Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/07/03

Diploma Seni Mushaf Restu College

Permohonan Diploma Seni Mushaf Restu College
Pendaftaran Program Diploma Seni Mushaf 
untuk Sesi 2012-2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, InshaAllah antara prospek kerjaya anda selepas Peperiksaan SPM ialah anda boleh melanjutkan pengajian ke Kolej Restu dalam Bidang Diploma Seni Mushaf. 

Pada post ini dijelaskan juga hala tuju kerjaya anda selepas melanjutkan pengajian dalam Diploma Seni Mushaf di Kolej Restu.

Selain itu, Program Diploma Perbankan Islam turut ditawarkan di Kolej Restu. Kepada lepasan SPM 2011, khususnya calon SPM 2011 di SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2, rebutlah peluang keemasan ini.

Restu College merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kolej ini  didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) [KPT (JPS) 600-03/849(07)]

Hak untuk menubuhkan kolej telah diberikan kepada Restu Holdings Sdn Bhd bagi pihak Restu Foundation.

Kolej Restu terletak di  Shah Alam, Selangor.

BIASISWA KEPADA YANG LAYAK!



5 BIASISWA oleh Restu Yayasan  masih dibuka!! Sila hubungi 03-55119001/2/3 (ext 261) atau e-mel untuk enquiries@restucollege.edu.my untuk pendaftaran.

Kemudahan

Kolej Restu beroperasi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam serta dilengkapi dengan kemudahan bilik kuliah, studio, auditorium, perpustakaan, makmal komputer, galeri seni, surau, kafeteria dan asrama.

Lokasi premis Kolej Restu terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam (Bus Rapid, Seranas), Masjid Negeri Shah Alam, Perpustakaan awam Raja Tun Uda Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Seni, Taman Rekreasi, Pasaraya, bank dan lain-lain.

Program Diploma Seni Mushaf


Program ini dibangunkan untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang seni Islam khususnya Seni Khat & Iluminasi Al-Qur'an. Program ini merupakan integrasi di antara pengetahuan Seni Islam secara tradisi dan seni rupa kontemporari. Kurikulumnya turut menggabungkan aplikasi pengetahuan reka bentuk grafik dan penghasilan produk Seni Islam.

Menggabungkan kepakaran SENI KHAT dan ILUMINASI

Syarat Kemasukan:

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kepujian atau yang diiktiraf setara dengannya termasuk kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni.

Calon yang tiada kelulusan Pendidikan Seni perlu menjalani temuduga/ujian yang dikendalikan oleh Kolej Restu. Temu bual dan penilaian akan dibuat bagi calon-calon yang tidak mempunyai latar belakang Pendidikan Seni.

 Antara Komponen Silibus

- Seni Khat - Nasakh, Thuluth, Reqa'ah, Kufi, Diwani & Nasta'liq
- Iluminasi Al-Qur'an
- Seni Mushaf & Penyalinan Al-Qur'an
- Seni Halus dan Reka Bentuk Grafik
- Teori & Sejarah Seni
- Kemanusiaan - Pengajian Islam, pengajian Malaysia, Keusahawanan, Bahasa Iinggeris & Arab, Tulisan Jawi dan lain-lain.

Skima Pembelajaran:
Sila klik di sini

Prospek Karjaya:
Penulis Khat
Pelukis
Pereka Grafik
Usahawan Seni
Guru Seni Khat
Pembaca Pruf Teks Al-Qur'an
Penolong Kurator Muzium.
PENTASHIH / SEMAKAN AL-QUR’AN (Bagi yang ada latar belakang Pendidikan Agama secara formal lagi digalakkan memohon)

KURSUS PERBANKAN ISLAM
PENGENALAN

Restu Diploma College dalam kursus Perbankan Islam akan memupuk kefahaman yang mantap konsep asas serta membangunkan dan memajukan pengetahuan yang relevan yang diperlukan untuk maju dalam perbankan Islam atau kajian Selain dari

 Ia telah direka dengan minda jangkaan majikan dan akan menawarkan pelajar program bersepadu pembelajaran dan pengetahuan praktikal yang berurusan dengan struktur yang digunakan di kawasan yang berbeza operasi perbankan Islam.

TEMPOH PENGAJIAN


3 tahun (sepenuh masa)
7 semester
Syarat Kemasukan:

Sijil Pelajaran Malaysia SPM / SPMV dengan 3 kredit / kelayakan lain yang setara

syarat tambahan

Kredit dalam Bahasa Inggeris / Kredit Kredit Restu Kolej Sijil Bahasa Inggeris di Yayasan dalam Sijil Perniagaan
 Antara Komponen Silibus

Produk Perbankan Islam dan Perkhidmatan
Statistik untuk Perniagaan
Aliran Moden dalam Perbankan Islam
Perbankan dan Undang-undang Perniagaan
• Pengurusan Kewangan
Pasaran Modal Islam


Masalah dan pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan & Pentadbiran
Yayasan Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Pesiaran Damai, Seksyen 10
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5511 9001/2/3 (Samb. 316/318)
Faks: (+603) 5512 3788
Email : admin@restu-art.com
Website : http://www.restucollege.edu.my/

INFORMASI BERKAITAN KOLEJ RESTU

Keinginan untuk menjadikan Kolej Seni Islam muncul selepas selesai Projek Mushaf Al-Quran  Malaysia  oleh Yayasan Restu. Melalui projek, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan Kesenian Islam terutamanya mushaf, seni khat dan seni Zukhruf telah diterokai dan diperluaskan. Ini harta pengetahuan yang telah diatur dan dianjurkan sehingga disiplin seni yang khusus dan unik telah ditubuhkan.

FALSAFAH

Falsafah Restu Kolej ialah penyebaran pengetahuan Seni Islam yang berdasarkan Tauhid dan dikelilingi oleh ajaran sebenar Islam (Syariah Islam). 
Untuk membentuk satu generasi pelukis Islam yang lengkap mencakupi  mental, fizikal dan rohani dan bahawa mereka juga mampu menangani cabaran dunia pekerjaan dan khususnya dunia seni.

OBJEKTIF

Menjadikan  Kolej Restu sebagai  pusat bagi pembangunan pengetahuan Seni Islam yang memberi tumpuan kepada Seni Visual. Menjadikan Kolej Restu sebagai pusat untuk pembudayaan kesenian Islam yang mempunyai identiti budaya tempatan dan sejagat.

MOTTO

Menyedarkan Melalui Kesenian Islam.

  ARTIKEL DARIPADA UTUSAN MALAYSIA TAHUN 2007

TUGAS menyalin mushaf al-Quran bukan mudah dan bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya kerana penyalin al-Quran biasanya terdiri daripada para hafiz yang menyalin al-Quran berdasarkan hafazan mereka dan mahir dengan seni khat dan jawi.

Namun banyak al-Quran yang disalin dahulu tidak dapat dicetak kerana beberapa masalah dan lama-kelamaan bidang penyalinan mushaf al-Quran semakin kurang diberi perhatian.

Bimbang dengan perkembangan itu, Yayasan Restu, sebuah organisasi yang telah 14 tahun terlibat dalam penyalinan manuskrip al-Quran di negara ini menawarkan kepakarannya untuk memastikan bidang penyalinan mushaf al-Quran terus hidup melalui penubuhan Kolej Restu.

Dengan menawarkan kursus kesenian Islam di peringkat sijil, kolej yang didaftar sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan terletak di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam ini telah berjaya melahirkan lebih 300 pelajar yang mahir dalam bidang kesenian Islam termasuk penyalinan al-Quran.

Luar dugaan

Kini Kolej Restu semakin berkembang serta sedang dalam persediaan untuk mewujudkan program-program pengajian di tahap yang lebih tinggi dan usaha tersebut telah menarik minat negara-negara luar untuk menghantar pelajar mereka mendalami ilmu kesenian Islam di Kolej Restu.

Sambutan yang di luar dugaan itu membuka ruang kepada Kolej Restu untuk merintis peluang menjadi tempat tumpuan pengajian khusus dalam bidang kesenian Islam di peringkat antarabangsa.

Menurut Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa, memang banyak pihak yang inginkan kepakaran dalam kesenian Islam ini terutama dalam penyalinan mushaf al-Quran untuk diturunkan kepada generasi akan datang bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman.

Oleh itu, Kolej Restu telah berusaha melahirkan penyalin mushaf melalui pendidikan dalam bidang seni khat dan seni zukhruf (seni menghias al-Quran) secara sistematik, ilmiah dan komprehensif melalui kursus-kursus yang ditawarkan.

“Kita telah mengambil banyak pelajar-pelajar tempatan dan setelah tamat pengajian ada di antara mereka yang bekerja di bidang seni hiasan dalaman, pejabat agama, guru agama dan ada yang kembali bertugas di Yayasan Restu sebagai penyalin mushaf al-Quran.

“Kita juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Sains Malaysia, Melaka, Terengganu dan Bauchi, Nigeria untuk program pengambilan pelajar dari dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, pada tahun lalu, Kolej Restu telah memberi kursus singkat kepada mereka yang berminat dalam Kursus Kemahiran Seni Khat dan Kraf dan seramai 21 pelajar termasuk dari Aceh, Indonesia telah menerima sijil tamat kursus daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed pada 9 Ogos lalu.

Mustapa pada majlis yang sama turut merasmikan Program Pengambilan Pelajar Luar Negara selain menyaksikan usaha penyalinan manuskrip mushaf al-Quran beriluminasi penuh terpanjang iaitu kira-kira 210 meter yang dijangka siap pada Ramadan ini.

Sehingga hari ini Kolej Restu telah menerima 20 pelajar dari Nigeria, lima pelajar dari Acheh dan sedang menunggu pendaftaran pelajar baru dari Singapura, Brunei dan Kazakhtan.

Sementara itu, beberapa pelajar luar negara yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Restu melahirkan rasa gembira kerana dapat mempelajari ilmu kesenian Islam yang sukar diperoleh di tempat kelahiran mereka.

Osman Yusuf, 22, yang sebelum ini merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat di Universiti Ahmad Bello, Zaria, Nigeria berkata, beliau sudah dua bulan belajar ilmu kesenian Islam dalam bidang reka bentuk dan hiasan dalaman berkonsepkan Islam di Kolej Restu.

Rakyat Nigeria yang fasih berbahasa Arab ini melahirkan rasa senang menuntut di sini kerana corak pembelajaran dan bahasa pengantarnya yang mudah difahami.

Ariffin Ramli, 19, yang merupakan bekas guru agama di Aceh berkata, beliau mengikuti Kursus Seni Khat dan Kraf selama tujuh bulan di Kolej Restu.

Pelajar tajaan Yayasan Restu ini memberitahu, beliau rasa bertuah kerana dapat belajar dengan tajaan di Malaysia kerana keluarganya kurang berkemampuan.
“Sebelum ini saya mengajar agama di Pondok Pasantren Babun Najah dan selepas tamat kursus, saya berharap dapat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi agar dapat menyalurkan ilmu yang saya pelajari di pondok selepas tamat nanti,” katanya.

Share:

2 comments:

Kamarul said...

Terima Kasih :)

kwon jihyo said...

Assalamualaikum...saya ingin bertanya sekiranya berminat dengan mushaf seni ni berapakah kos pembiayaannya...sbb ni IPTS kan

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL