Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/07/16

Langkah Jika Anak Anda Dibuli





“SITI tak mahu pergi sekolah. Tak seronok,” kata anak saudara penulis selepas dua bulan sesi persekolahan dibuka awal tahun ini. Hairan juga, kenapa si bongsu yang mempunyai perwatakan ceria tiba-tiba enggan ke sekolah sedangkan dia yang paling teruja untuk belajar di sekolah yang sama dengan dua abangnya.

Selepas puas ditanya barulah Siti memberitahu, rupa-rupanya dia sering dicubit oleh rakan sekelas yang duduk di hadapannya. Maka ibunya meminta si abang yang dilantik menjadi pengawas sekolah untuk memberitahu rakan tadi supaya menghentikan perbuatannya itu. Kami sekeluarga tidak menganggapnya sebagai buli (walaupun ia membuatkan Siti tidak mahu ke sekolah). Kami membuat andaian mungkin rakannya geram melihat wajah Siti yang gebu dan bulat.

  



FIZIKAL...buli fizikal biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan remaja lelaki.


AKRAB...mempunyai kawan-kawan rapat dapat elakkan kanak-kanak daripada jadi mangsa buli.


SINDIR...sindir, umpat dan ejek termasuk dalam perbuatan buli.


SUKAN...dapat pupuk rasa saling menghormati pada kanak-kanak dan remaja.

Namun secara umumnya kanak-kanak memang mudah menjadi mangsa buli, terutama yang baru masuk tahun satu. Sebelum si kecil anda menjejakkan kaki ke sekolah rendah, ibu bapa sepatutnya sudah menjalankan tanggungjawab mengajar anak-anak supaya mereka tidak menjadi mangsa buli.

Jika diperhatikan sekarang banyak sekolah meletakkan papan tanda atau pemberitahuan di papan kenyataan memberi peringatan kepada pelajar supaya segera membuat laporan kepada guru sekiranya mereka atau kawan-kawan menjadi mangsa buli.


Insiden buli tidak harus dipandang ringan kerana jika si pembuli itu berkumpulan, ‘denda’ dikenakan kepada mangsa yang pada asalnya hanya untuk berseronok boleh bertukar menjadi ‘seksaan’ sehingga membawa kecederaan dan ada yang berakhir dengan kematian. Membuli beramai-ramai memang boleh membuatkan orang hilang pertimbangan apatah lagi dengan sokongan moral daripada sorakan rakan pembuli.


Secara umumnya, kanak-kanak lelaki lebih cenderung menjadi mangsa buli berbanding perempuan sama ada dalam bentuk buli fizikal atau psikologi. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, mangsa buli kadang-kadang bertukar menjadi pembuli. Apabila dibuli, mangsa mungkin menunjukkan tindak balas seperti berasa resah atau agresif.

Oleh kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan, mangsa buli ini menjadikan kanak-kanak lain yang difikirkan tidak akan melawan sebagai sasaran. Dalam keadaan ekstrem, ada mangsa buli yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderaan yang dialami atau mereka boleh bertindak agresif dengan menyerang si pembuli.

Menurut Pakar Polisi dan Pendidikan Keluarga, Universiti New Hampshire, Malcolm Smith yang menjalankan kajian ke atas buli di kalangan rakan sebaya selama 30 tahun berkata, buli menjejaskan kehidupan kanak-kanak yang disisihkan kerana pelbagai sebab termasuk kemurungan, mempunyai isu kesihatan mental dan berbeza daripada segi saiz dan bentuk badan.



Berdasarkan laporan agensi berita Associated Press (AP), ibu bapa dan pendidik berkata, melalui program pencegahan buli, kanak-kanak boleh diajar kemahiran sosial dan emosi yang diperlukan untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa buli.

Pun begitu, pencegahan buli bukan bermakna mengalihkan perhatian si pembuli kepada mangsa lain sebaliknya menerbitkan budaya saling sayang menyayangi dan menghormati serta membentuk persahabatan di kalangan kanak-kanak supaya tiada yang disisihkan. Apa yang penting, program ini perlu dimulakan sejak di prasekolah lagi.

Kajian Universiti Yale mendapati mangsa buli mempunyai kecenderungan dua hingga sembilan kali untuk membunuh diri berbanding orang yang tidak dibuli.
Kajian di Britain pula menunjukkan sekurang-kurangnya separuh kes bunuh diri di kalangan golongan muda ada kaitan dengan buli. Berdasarkan statistik yang dilaporkan dalam ABC News, 30 peratus pelajar di Amerika Syarikat menjadi pembuli atau mangsa buli dan kira-kira 160,000 kanak-kanak tidak mahu ke sekolah kerana bimbang dibuli.


Apa itu buli?

Buli ialah perlakuan yang boleh menakutkan atau membahayakan orang lain. Kanak-kanak pembuli biasanya akan memilih mangsa yang lebih lemah dan sering bersendirian dan membuli mereka berulang kali. Biasanya buli bermula di sekolah rendah dan paling banyak berlaku di sekolah menengah.

Sebenarnya buli ada beberapa bentuk iaitu:

● Fizikal - membabitkan cubit, pukul, tumbuk, sepak, menolak atau sengaja membuatkan seseorang terjatuh.

● Emosi - perbuatan mengejek, menyindir, mengumpat atau memberi gelaran tertentu terutama yang memalukan semuanya termasuk dalam kategori buli. Malah dalam era moden ini, banyak berlaku buli siber iaitu menulis dengan tujuan memburuk-burukkan atau memalukan seseorang menerusi laman sosial, blog, e-mel atau pesanan ringkas (SMS) juga dikira sebagai buli.

Buli melalui teknologi moden ini lebih besar kesannya daripada kaedah buli konvensional kerana ia boleh ‘dilengkapkan’ dengan gambar dan disebarkan kepada beribu-ribu orang dalam sekelip mata melalui hujung jari saja.

Bagi anda yang menerima apa saja e-mel atau SMS mengenai keburukan seseorang, buangkan segera dan jangan anda pula yang menjadi ‘posmen’ memanjangkan cerita tidak baik itu. Dengan berbuat demikian, anda secara tidak langsung terhindar daripada menjadi pembuli tanpa sedar.

Meskipun buli siber tidak menyebabkan sebarang lebam atau luka, ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana ia mencederakan emosi dan meruntuhkan keyakinan serta harga diri seseorang.

Buli di kalangan kanak-kanak perempuan biasanya membabitkan kaedah yang berkaitan dengan emosi contohnya mangsa diasingkan dan disindir atau diumpat. Di kalangan kanak-kanak lelaki, kedua-dua bentuk buli dilakukan (fizikal dan emosi) seperti ditolak dan diejek dengan nama memalukan.


Ciri pembuli dan mangsa

Mengapa kanak-kanak boleh menjadi pembuli? Kanak-kanak yang membuli rakan sebaya biasanya datang daripada keluarga yang ‘agresif’ yang mana dia sering melihat orang dewasa bergaduh di rumah. Kanak-kanak ini menjadi pembuli kerana mereka sering dibuli di rumah.

Ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka menjadi pembuli. Dalam kesibukan kerja, ramai ibu bapa menyerahkan lebih separuh daripada tanggungjawab mendidik anak kepada guru. Namun sedarkah anda, guru tidak mungkin dapat memberi perhatian sebaik ibu bapa kerana waktu mereka bersama anak anda adalah terhad dan dalam masa singkat ini mereka perlu mengawal ramai pelajar. Jadi tidak kira sesibuk mana pun, sebagai ibu bapa, kita perlu meluangkan masa untuk mendekati dan memerhatikan keadaan anak.


Ciri kanak-kanak pembuli:

● Mungkin menyaksikan keganasan fizikal dan percakapan mahupun sebarang tindakan agresif di rumah. Mereka menganggapnya sebagai perlakuan biasa dan bertindak mengikut apa yang dilihat.

● Mungkin memukul atau menolak kanak-kanak lain.

● Biasanya mempunyai kekuatan fizikal.

● Pembuli boleh jadi popular atau tidak di kalangan rakan sebaya.

● Sukar untuk mematuhi peraturan.

● Tidak kisah atau mempedulikan perasaan orang lain.

● Berasa atau berfikiran mereka lebih hebat daripada orang lain.

● Suka dipandang tinggi.

● Berasakan orang lain perlu mematuhi kata-kata mereka.


Ciri mangsa buli

Kanak-kanak mangsa buli sering berasa malu dan tidak mahu hal berkenaan diketahui oleh guru, ibu bapa atau orang dewasa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu memerhatikan keadaan anak dan carilah jika mereka menunjukkan tanda dibuli. Kanak-kanak yang dibuli akan menunjukkan perlakuan seperti:

● Sensitif.

● Lebih suka menyendiri, tidak mahu bergaul dengan orang lain.

● Menganggap dirinya lemah, tidak berguna.

● Sikapnya boleh bertukar menjadi cepat marah.

● Resah.

● Sukar tidur pada waktu malam.

● Pasif dan membiarkan orang lain mengawal keadaan. Malah mereka juga tidak mahu menegakkan hak sendiri.

● Murung dan bersedih.

● Ada kesan lebam pada badannya.

● Kerap menangis.

● Enggan pergi sekolah dengan memberikan pelbagai alasan.

● Hilang selera makan.


Apa yang boleh dilakukan oleh mangsa?

Biasanya mangsa buli pendiam dan pemalu. Mereka tidak pandai mempertahankan diri sendiri dan lama-kelamaan, mangsa buli mulai berfikir mereka memang ‘layak’ untuk dibuli.


Jika anak anda dibuli, ajarlah dia untuk:

● Membalas percakapan dengan berkata “Jangan buat begini pada saya”, “Saya tidak takut”. Ajak anak untuk berlatih menuturkan ayat mudah ini dengan tenang dalam suara yang kuat dan jelas.

● Jalan dan tinggalkan tempat berkenaan. Katakan pada anak supaya dia tidak lari walaupun hatinya berasa kecut.

● Beritahu guru dan ibu bapa. Guru dan ibu bapa boleh mengambil tindakan pantas untuk menghentikan perkara ini.


Bantuan ibu bapa

Mangsa buli perlu diberi perlindungan dan sokongan supaya ia tidak menjejaskan keyakinan mereka. Kanak-kanak pembuli perlukan bantuan kaunseling. Ia membantu pembuli memahami mengapa mereka tidak boleh berkelakuan demikian. Ia juga mengajar kanak-kanak pembuli bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dengan cara yang sihat.

Pada masa sama, ahli keluarga juga perlu diberikan kaunseling supaya ibu bapa (dan ahli keluarga) boleh bersama-sama mengubah situasi dalam rumah demi kebaikan anak yang masih kecil.

Mengapa buli perlu dihentikan? Kajian jelas menunjukkan pembuli biasanya mempunyai pencapaian pelajaran yang kurang baik dan berkemungkinan tidak dapat menamatkan sekolah. Rentetan itu, mereka akan cenderung untuk terbabit dalam pelbagai jenayah apabila dewasa kelak khususnya apabila sukar mendapatkan pekerjaan. Malah ada kajian mendapati pembuli lebih berisiko menyalahgunakan dadah dan alkohol.

Ada pakar psikologi berkata, ibu bapa perlu membantu anak mempunyai kawan sama ada di sekolah atau luar sekolah yang saling memberi sokongan antara satu sama lain. Kehadiran kawan dapat mengelakkan anak anda dan kawan-kawannya daripada menjadi mangsa buli.

Pada masa sama, ibu bapa juga disarankan belajar cara untuk memperkasakan emosi anak-anak. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah dengan bertanya apa yang dilakukan anak-anak ketika di sekolah. Tanyakan dengan siapa mereka makan dan bermain, siapa yang duduk di sebelah mereka di bilik darjah atau dalam bas, apa yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, adakah mereka nampak rakan mereka diejek atau dipulaukan?

Semua pertanyaan ini bukan sekadar mengajar anak anda berinteraksi bahkan ia secara tidak langsung menguatkan emosi si kecil kerana tahu mereka mempunyai ramai kawan. Jika anak anda memberitahu ada kawannya yang dipulaukan, anda bertanggungjawab memaklumkannya kepada guru sekolah, walaupun anda tidak kenal si mangsa supaya perkara itu boleh diselidik dan diambil tindakan sewajarnya.


Awasi tingkah laku dan aktiviti anak anda.

Antara kaedah lain yang berguna ialah memasukkan anak anda dalam kelas seni mempertahankan diri. Selalu tekankan kepada anak supaya tidak menyalahgunakan ilmu yang ada sebaliknya ia digunakan bagi melindungi diri sendiri.

Kanak-kanak yang belajar ilmu mempertahankan diri biasanya berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan ia juga secara tidak langsung dapat menjadi pendinding daripada dibuli kerana pembuli biasanya mencari mangsa yang dilihat lemah dan takut.

Namun apa yang paling penting ialah didikan asas di rumah supaya anak sentiasa menghormati, mengambil berat dan menyayangi orang lain. Jika anda melihat anak suka ‘membuli’ adik-adiknya, tanyakan pada anak, adakah dia suka jika diperlakukan begitu.

Menerima hakikat anak anda dibuli lebih mudah daripada mendengar berita anak anda menjadi pembuli. Jika anak anda pembuli, anda perlu bertindak segera dengan membantu dia memahami kesan daripada tindakannya itu.


● Ambil perhatian serius terhadap perkara ini. Beritahu anak dengan tegas bahawa buli adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

● Buat peraturan dan denda (yang menyebabkan dia kehilangan beberapa manfaat) jika dia membuli. Antara denda ini ialah tidak dibenarkan menonton rancangan kegemarannya buat satu tempoh, tidak boleh bermain permainan yang disukainya atau apa saja yang anda anggap wajar (tanpa menyebabkan kesakitan fizikal).

● Maklumkan kepada guru, pentadbir sekolah dan minta bantuan guru kaunseling untuk turut sama membimbing anak anda.

● Pantau aktiviti anak anda. Masukkan dia dalam aktiviti komuniti atau sukan dan galakkan dia berkawan dengan rakan yang cemerlang.

● Anda sendiri perlu menjadi teladan yang baik kepada anak. Elak daripada menunjukkan perlakuan agresif atau menggunakan perkataan yang menyakitkan hati.

● Puji anak apabila dia bercakap sopan, rajin dan berkelakuan baik.

● Sentiasa beritahu anak bahawa bersikap baik itu adalah perlakuan yang indah, disukai manusia dan disayangi Allah.

Sumber: Harian Metreo
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15









Posted via DraftCraft app
Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List