Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula









Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai salah seorang Pembantu Guru Kesihatan (2011), antara tugas saya ialah membantu program kesihatan di sekolah. 

 Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA. Gambar daripada Kosmo.

Kepada pelayar blog ini, boleh lihat entry sebelum ini,



TENGKU ADNAN bersama Aminah (kanan) menyampaikan replika kad Program Vaksinasi HPV kepada seorang pelajar Kolej PTPL di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 16 Julai - Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).


Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun sahaja dibuat selepas suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi tujuan itu, katanya.

HPV merupakan penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada tahun 2007. - BERNAMA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .