Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/07/12

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah membuat semakan Keputusan Permohonan  Rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.

Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
  1. Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
  2. Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
  3. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
 Sila Buat semakan di sini.

     Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO.  Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. 

   Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam persekolahan tamat.

   Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.

   Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO  ini ada ditawarkan di Kuantan. 

 Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.

Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri 
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.



Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2. 
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.

Cuba baca print screen petikan akhbar ini:



Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?

      Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.

 POLITEKNIK METRO

Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.   

Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri. 


Apatah lagi Malaysia sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, maka keperluan tenaga teknikal amat penting dan negara tidak akan mencapai wawasan itu tanpa tenaga mahir dalam bidang teknikal.

Daripada jumlah itu, 700,000 pekerja mempunyai kelayakan di peringkat diploma seperti yang di jana oleh politeknik dan beberapa institusi pendidikan serta latihan yang lain. 

Pendidikan dan latihan di politeknik cukup relevan dengan keperluan industri dengan menawarkan bidang pengajian seiring dengan bidang ekonomi utama Negara (NKEA) seperti kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan. 

Politeknik METrO  merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik.

 Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

Politeknik Metro mempunyai ciri unik dalam menawarkan program pengajian bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi tempatan dan wilayah. Program pengajian yang ditawarkan adalah dalam bidang perkhidmatan dan perdagangan.

 Ini juga selari keperluan pekerjaan di bawah NKEA yang mengunjurkan keperluan pekerjaan tertinggi adalah dalam bidang pelancongan dan peruncitan menjelang tahun 2020. 

METrO - Maximising Education & Training Opportunities 

KONSEP POLITEKNIK METRO

1) Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.
 
Konsep program pengajian Politeknik Metro  berbeza daripada segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang khusus . Program pengajian, kemudahan dan persekitaran yang dipadankan dengan keperluan industri. 

2) Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes).

Konsep politeknik metro ini juga unik dan tidak pernah dilaksana di mana-mana politeknik kerana ia menawarkan pendekatan Open Distant Learning (ODL) yang memudahkan golongan berkerjaya menyambung pengajian di sini untuk meningkat tahap pendidikan mereka.

3) Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan.

Politeknik Metro dibina untuk memudahkan rakyat termasuk golongan bekerja mendapat pendidikan teknikal di kawasan yang hampir dengan mereka menerusi pengajian secara sepenuh masa dan sambilan dengan kos pengajian yang rendah.

Politeknik Metro disediakan di tengah masyarakat dengan harapan dapat menyumbang kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang tidak bernasib baik termasuk golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU). 

Penyediaan asrama untuk pelajar tidak menjadi keutamaan kerana pelajar berulang-alik dari kediaman masing-masing. 


CIRI-CIRI POLITEKNIK

Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.

Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel.

Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students

Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan pelajar bekerjaya.

CIRI-CIRI PROGRAM

Mempunyai nilai pasaran tinggi
Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
Mendapat akreditasi MQA
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN DAN LOKASI:

Politeknik METrO Kuala Lumpur
   Diploma In Retail Management
   Diploma in Hotel & Catering Management

Alamat;
    Politeknik METrO Kuala Lumpur
    No 2-12, Jalan Setiawangsa 10,
    Taman Setiawangsa,
    54200, Kuala Lumpur
    Tel: 03-42518000
    Fax: 03-42517979

Politeknik METrO Kuantan
   Diploma in Foodservice (Halal Practice)
   Diploma in Tourism & Hospitality

Alamat:
    Politeknik METrO Johor Bahru,
    d/a Politeknik Johor Bahru
    KM 10, Jalan Kong Kong
    81700 Pasir Gudang,
    Johor Darul Takzim
    Tel: 07-2612488
    Fax: 07-2612963

Politeknik METrO  Johor Bahru
   Diploma in Islamic Banking & Finance
   Diploma in Logistic & Supply Chain Management

Politeknik METrO Kuantan,
No A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Sri Dagangan 11
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 609 5173 259
Faxs : 609 5173 259

PERTANYAAN DAN KEMYUSKILAN, SILA HUBUNGI:
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319 

Politeknik wadah lahirkan penginovasi hebat

Kini ruang dan peluang untuk rakyat khususnya yang bekerja meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi dalam aspek teknikal sudah disediakan. Ini sekali gus membuka lembaran baru sistem pengajian tinggi negara kerana selama ini hanya universiti tertentu saja yang bersedia membuka peluang mengikuti pembelajaran cara itu.

Dengan adanya Politeknik Metro, jumlah tenaga pakar dalam bidang teknikal dan vokasional pasti berjaya dihasilkan secara optimum. Malah, diramalkan bidang ini akan mendapat wajah baru yang lebih segar dengan kerancakan penyelidikan dan penerokaan pelbagai inovasi bermanfaat untuk negara.

Tunjang teras kepada kelangsungan perkembangan pembangunan industri negara pada masa depan banyak bergantung kepada penyediaan tenaga pakar dalam bidang teknikal dan vokasional. 

Kesediaan dan kemampuan pihak IPT termasuklah politeknik menawarkan graduan yang hebat dan berkemahiran unggul pasti dapat menyumbang kepada hasrat negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Soalnya, bagaimana kita mampu merealisasikan hasrat murni itu? Jawabnya sudah tentu terletak pada kesediaan pihak IPT termasuklah seluruh politeknik dan institusi kemahiran lain menggembleng usaha memperhebatkan kualiti pengajian.

Justeru, penubuhan Politeknik Metro menepati hasrat itu yang ingin melahirkan anak tempatan berkebolehan sebagai bangsa pencipta.

Dengan pengajian teras utamanya menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional, dirasakan politeknik termasuklah Politeknik Metro mampu memikul amanah besar melahirkan bangsa pencipta. 

Oleh itu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi atau lebih dikenali sebagai Pusat Inovasi Politeknik seharusnya berperanan secara lebih aktif dalam menggerakkan usaha mengetengahkan hasil cipta dan inovasi bermutu.

Dengan semangat anak muda yang sentiasa dahagakan ilmu dan kemahiran ketika mereka belajar di politeknik berupaya melahirkan warga tempatan yang berani menjadi seorang penginovasi hebat.


Sesungguhnya dengan wujudnya Politeknik Metro itu menjadikan sektor pengajian tinggi negara semakin hidup berkembang subur dengan kerancakan pesat menuju pencapaian visi negara sebagai sebuah negara maju.


Inilah langkah yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, sekali gus memenuhi keperluan pasaran industri negara.


Politeknik Metro adalah satu lagi mercu tanda baru sektor pengajian tinggi negara yang akan menggalas tanggungjawab besar membina wajah baru masyarakat bestari.



Sumber: Harian Metro,
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin, Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Politeknik Metro Lengkapkan Sistem Pengajian Politeknik - Khaled 

KUALA LUMPUR: Penubuhan politeknik metro akan menyempurnakan lagi sistem pengajian politeknik yang sedia ada sejajar dengan pelan transformasi politeknik yang dilancarkan Februari tahun lepas (2010).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penubuhan politeknik metro juga bukan untuk menyaingi politeknik konvensional yang lain tetapi merupakan satu inisiatif baru bagi melonjakkan lagi pengajian politeknik khususnya dalam menawarkan program pengajian berasaskan perkhidmatan.

"Penubuhan politeknik metro menyediakan program pengajian sepenuh masa dan secara sambilan dalam bidang pekerjaan seperti perdagangan dan perkhidmatan yang sememangnya memenuhi keperluan sosioekonomi tempatan dan wilayah terutamanya bagi keperluan industri kecil dan sederhana dan syarikat multinasional," katanya semasa merasmikan politeknik metro di Setiawangsa di sini, Khamis.

Mohamed Khaled berkata selain politeknik itu, dua lagi politeknik metro akan ditubuhkan tahun ini (2011) di Johor Baharu dan Kuantan manakala tujuh lagi bakal dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Katanya konsep politeknik metro adalah unik yang meliputi lima ciri utama berbanding politeknik konvensional lain.

"Antara cirinya termasuk berbaloi dengan wang yang dibelanjakan kerana pembangunannya mengambil pendekatan pertambahan capaian dengan modal minima yang tidak memerlukan perbelanjaan tinggi serta beroperasi di bangunan komersial di dalam bandar tanpa memerlukan kemudahan asrama," katanya.

Mohamed Khaled berkata politeknik itu juga dikhususkan kepada kalangan penduduk tempatan atau pelajar harian dengan sasaran enrolmen pelajar seramai 1,000 orang dengan pelaksanaan dua program pengajian sepenuh masa melalui pengambilan dua kali setahun.

"Jenis program yang ditawarkan adalah berbentuk sepenuh masa dan sambilan dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pengalaman dan pengetahuan menggunakan ICT secara optimum," katanya.

Beliau berkata dalam aspek program pengajian, politeknik metro memfokuskan kepada penawaran program bercirikan nilai pasaran tinggi seperti pengurusan peruncitan dan perkhidmatan makanan termasuk diploma reka bentuk fesyen, diploma kewangan dan perbankan Islam, diploma pengurusan pelancongan, diploma pengurusan hotel dan katering dan diploma animasi digital.

Mohamed Khaled berkata penubuhan politeknik metro boleh menampung permintaan pelajar yang semakin meningkat dan menambahkan akses ke pengajian politeknik memandangkan untuk pengambilan Jun lepas, politeknik yang sedia ada hanya mampu menawarkan 29,000 tempat berbanding permohonan sebanyak 119,000 orang.

"Kementerian Pengajian Tinggi meletakkan harapan dan sasaran yang besar agar inisiatif baru ini akan melonjakkan lagi prasarana sekitar pengajian tinggi, bermakna kualiti pengajian di politeknik metro juga mesti berada pada tahap terbaik agar dapat menawarkan mutu ilmu dan kemahiran yang terbaik pada pelajar, katanya. -BERNAMA

Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL