Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/07/23

Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)

Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) Penajaan KPT



Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)

OBJEKTIF

Pada dasarnya biasiswa SLTP yang disediakan adalah untuk  menaja pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti keperluannya di politeknik dan kolej komuniti.

 Setelah tamat pengajian dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.75 dan tertakluk kepada semua syarat lantikan dipenuhi, pelajar akan dilantik sebagai tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti.

GOLONGAN SASARAN

Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (bagi pengajian di dalam Negara) dan lepasan  Diploma/Matrikulasi yang cemerlang (bagi pengajian ke luar Negara).

PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Pertama

TEMPAT PENGAJIAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN                PERJANJIAN

Pemohon yang menerima tawaran Biasiswa ini dikehendaki berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti sekurang-kurangnya 4/5 tahun bagi kursus-kursus bukan professional atau 6/7 tahun bagi kursus-kursus professional. Sekiranya enggan, tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam  perjanjian.

PENAJAAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA  

SYARAT:
  • Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
  • Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program ijazah pertama di mana-mana  IPTA;
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan;
  • Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 di peringkat Diploma/Matrikulasi/semester terkini;
  • Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain;
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
  • Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.

PENAJAAN BIASISWA SLTP KE LUAR NEGARA

SYARAT:

  • Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh tutup permohonan;
  • Memperolehi Diploma/Sijil Matrikulasi yang cemerlang dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas daripada Politeknik atau IPTA dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang     ditawarkan;
  • Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain;
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
  • Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
  • Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL,600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based),  atau IELTS 6.0. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ( Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya dalam proses pemilihan ).
PEMILIHAN

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

PERMOHONAN DAN PERTANYAAN:
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.

Talian Utama   03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839


Share:

3 comments:

Nurra Asyirra said...

bila bukak SLTP nie ye??

thanks

Nurra Asyirra said...

Salam...nak tye SLTP bukak bila 2012 nie ye?thanks

Cikgu Kaunseling Ma said...

Nurra
Saya pun tidak tahu bila. Nurra boleh rujuk web KPT dari semasa ke semasa ya.

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL