Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular

Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular



Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana, tingkatan enam ibarat pra-universiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.

Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih program pengajian Asasi, Matrikulasi, Diploma atau di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.

Mana tidaknya, walaupun dikatakan pra-universiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.

Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.

Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.

Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti. Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA, dari Akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Julai 201.

Sekolah menengah atas guna peperiksaan Sistem Modular tahun ini

Kementerian Pelajaran akan memperluas Sistem Modular iaitu peperiksaan mengikut semester di peringkat sekolah menengah atas ke seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
 

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian belum bercadang mengadakan sistem itu secara berpusat seperti yang terdapat di pusat matrikulasi.
 
"Walaupun sistem ini bukanlah merupakan sistem baharu kerana sudah diperkenalkan beberapa tahun lalu di peringkat tingkatan enam di negara ini, tetapi ia akan diperluaskan lagi ke seluruh negara mulai tahun ini," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2011 hari ini.
 
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang.
 
Pada majlis itu, Abd Ghafar turut menyampaikan hadiah kepada pengetua dan guru besar mewakili sekolah yang berjaya dalam kategori masing-masing, termasuk anugerah bagi Gred Purata Sekolah (GPS), Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Anugerah Lonjakan.
 
Abd Ghafar berkata sistem modular yang diperkenal itu memerlukan pelajar tingkatan enam menjalani pengajian tiga semester untuk mengumpul mata sebelum diterima melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mengikut sistem
Beliau berkata sistem itu mempunyai kelebihan dan setiap pelajar diberi pengisian dalam bidang pendidikan yang lebih luas berbanding sistem biasa.
 
"Ini membolehkan mereka menerima pendidikan dengan lebih cepat setelah diterima melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi," katanya.
 
Mengulas penyerapan sekolah agama rakyat di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), beliau berkata langkah itu lebih memberi kebaikan kepada Kementerian Pelajaran ke arah penambahbaikan mata pelajaran di negara ini selaras strategi transformasi Pendidikan Negara.
 
Tanpa menyebut jumlah sebenar bilangan sekolah di Kelantan yang bakal diterima sebagai sekolah di bawah SABK kementerian itu, Abd Ghafar berkata beliau bangga dengan pencapaian pelajar sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri itu, kerana ia turut meningkatkan mutu pendidikan negara. - Bernama


Pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra. Tingkatan 6 Akan Guna Sistem Modular

Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.

Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.

“Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.
“Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.
“Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama,” katanya.
Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.
“Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.
“Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran,” katanya.
Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.

BERITA LAIN BERKAITAN SISTEM MODULAR INI:

Bermula pengambilan PPU Tahun 1 sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4 Januari 2012.
Pelajar PPU Tahun 1 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan PPU pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah.


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .