Elak dehidrasi dengan air dan buah
Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien.Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika 2011. Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya.
Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.
Air dan buah elakkan dehidrasi
Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.



















































