Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke GiatMARA Julai 2013 Cepat Mohon Ya

Permohonan Ke GiatMARA Julai 2013 Cepat Mohon Ya

Kepada ibubapa budiman , dan pelajar yang ingin mengikuti kursus di GIATMARA terpilih, borang sudah boleh di ambil di Pejabat Latihan Negeri masing masing,  untuk pengambilan tahun 2013/intake 2013.

Tindakan untuk memohon sebagai pelatih di GiatMara Malaysia, adalah langkah alternatif terbaik, khususnya calon lepasan SPM atau setaraf  ataupun belia-belia yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan yang lain sebelum ini. Pengambilan untuk tahun 2013 ialah pada Januari dan Julai (2 kali setahun).

Giat Mara bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara


 


Objektif
  • Melahirkan tenaga mahir negara
  • Mewujudkan usahawan
  • Membantu membasmi kemiskinan


Promosi pengambilan pelatih GIATMARA
Giat Mara Malaysia telah mengadakan promosi pengambilan pelatih untuk sesi Julai 2013
  • Elaun RM200 Sebulan
  • 80% Amali manakala 20% Teori
  • Selibus menepati standart industri
  • Tenaga pengajar pakar

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan  latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.



KUMPULAN SASAR
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
  • Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian


SISTEM LATIHAN
  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
  • Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular
  • 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit
SYARAT  - SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Umur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan
CAJ/YURAN
  • RM1.00/Jam bagi Program Asas
  • RM2.00/Jam bagi Program Pertengahan
JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN
  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
  • Kelas Malam
  • Cuti / Hujung Minggu
BORANG PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma  melalui:
  1. Muat turun di sini “BORANG PERMOHONAN LATIHAN 1MALAYSIA-GIATMARA”
  2. Datang sendiri ke GIATMARAberhampiran
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon seperti “DISINI”


Borang Pendaftaran GIAT MARA

Boleh didapati di pusat GIAT MARA yang berdekatan atau daftar secara online dengan melayari laman web rasmi klik pautan url http://www.giatmara.edu.my

Sebagai makluman, pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak yang terbabit

Untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, boleh membuat demikian di laman Facebook rasmi Giat Mara Malaysia (klik)





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .