Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/07/23

Adakah Emosi Anda Terganggu

Adakah Emosi Anda Terganggu


Adakah Emosi Anda Terganggu

Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Ia juga adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang ataupun takut.

Semua manusia dikurniakan perasaan dan sebaliknya terbit pula satu elemen unik yang kerap kali kita dengar iaitu emosi. Namun apa itu emosi sebenarnya dan mengapa golongan wanita dan anak muda kebiasaannya dikatakan beremosi?

Kata ‘emosi’ diturunkan daripada bahasa Perancis, Èmotion, dari Èmouvoir, ‘kegembiraan’. Emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. 




Perasaan marah itu mungkin datang dan pergi dengan cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak enak untuk tempoh tertentu.

Beremosi boleh dikenal pasti sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia membabitkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan pada emosi ini akan mempengaruhi komunikasi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.


Apakah tanda-tanda perubahan emosi?


Ia boleh dilihat jika seseorang itu mudah marah, cepat terasa hati jika ditegur, cepat ‘down’ apabila ditimpa masalah, terlalu memandang sesuatu yang kecil menjadi rumit dan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Bagaimanapun sesuatu yang kita semua perlu tahu adalah, individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Manakala individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. 


 Sinonim gaya hidup

Selain itu juga, individu berkenaan kurang mahir mengurus perasaan negatif serta menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Emosi sememangnya sinonim dengan gaya hidup dan peribadi orang muda hari ini. Ada saja yang tidak kena di mata mereka yang mana kemudiannya mengundang rasa marah dan geram.

Jika membenci atau menyampah dengan sikap seseorang, mudah sangat untuk mereka terus menjatuh hukum dan kemudiannya membenci sedangkan silapnya terlalu kecil.
Logiknya, emosi sudah pun wujud dalam sanubari kita sejak lahir lagi.

Bayangkan, anak kecil sendiri akan menangis jika kelaparan dan kanak-kanak kecil akan demam jika berjauhan dari ibu bapa mereka.

Rasa rindu dan marah itu adalah sejenis perasaan yang terbentuk daripada emosi.
Gen.Y berpeluang meneliti beberapa laman sosial dan blog remaja yang mana berkongsi kisah dan perasaan masing-masing. Paling terbaru adalah perlawanan bola sepak antara Johor dan Kelantan.

Apa yang jelas mampu kita lihat pada setiap satu komen yang diletakkan mereka adalah penuh emosi dan tidak berfikir sebelum berkata. Itulah realiti yang ada pada mereka kerana jiwa dan perasaan orang muda begitu berkobar-kobar
dan hangat.

“Kalau kalah pun kami bermaruah daripada ada ‘orang kampung’ ugut nak bakar stadium, apa cerita?” Itu antara kata-kata dan pandangan mereka. Belum lagi ada yang lengkap dengan bahasa kesat dan lucah.


Bertindak sebelum fikir

Mengapa anak muda begitu? Coretan seorang anak muda dalam majalah Ceritera Aku, ada menyebut yang itulah realiti jiwa muda berbanding orang lama.

“Kami lebih beremosi kerana tindak balas perasaan kepada perkara sekeliling atau sesuatu yang berlaku lebih cepat. Timbul perasaan ingin ‘back up’ atau saja untuk ‘in’ dalam sesuatu perkara membuatkan kami lebih beremosi.

“Namun apa yang penting, anak muda lebih suka guna otak selepas tangan atau kaki fikir dulu. Itu selalunya berlaku yang mana selepas sesuatu berlaku barulah masing-masing sibuk menggunakan fikiran untuk mencari penyelesaian.

“Paling jelas, golongan muda dikatakan gemar membuat kacau dan menimbulkan masalah namun selepas itu hanya berlalu pergi tanpa menyelesaikannya. Orang lain pula akan datang dan terpaksa berhempas-pulas memikirkan cara untuk menanganinya.

“Justeru secara kesimpulan, bukan saja di rantau ini atau Malaysia sebaliknya seluruh dunia tamadun sudah pun membentuk yang anak muda atau lebih tepat golongan remaja berperangai begitu,” katanya.

Perubahan emosi juga meninggalkan kesan dan impak tidak kira muda atau pun tua. Antaranya adalah menahan marah, memendam rasa, amalan kepada sikap negatif dan menyimpan sesuatu, tekanan yang melampau di dalam hati, ketegangan emosi dan minda yang tidak bertolak ansur.

Selain itu perubahan emosi juga mampu meninggalkan kesan termasuk kekesalan melampau, mudah menyesal, mudah merungut perkara remeh-temeh dan tidak boleh memikirkan penyelesaian dengan bijak.


Bergurau kasar

Persoalannya, bagaimanapun untuk kita membentuk emosi yang baik walaupun diketahui umum yang kesannya banyak yang negatif jika gagal dikawal?

Penyelesaiannya mudah, sentiasa berdampingan dengan orang positif dan usah tunggu sehingga sesuatu perkara menjadi teruk untuk difikirkan. Kemudian, fikir sebelum bercakap adalah petua yang paling mujarab khususnya golongan muda yang lebih bersikap dingin dan ‘cakap lepas’.

Bila terkena kesannya baru hendak menyesal atau memikirkan cara untuk ‘membersihkan’ keadaan. Pastikan anda tarik nafas panjang-panjang, belajar untuk menerima kekurangan orang lain dan belajar untuk menjaga air muka orang lain.

Jika dilihat senario anak muda hari ini, masing-masing lebih gemar bergurau dengan cara yang kasar dan melampau hingga membabitkan unsur seksual dan maruah diri. Justeru ada lebih baik jika ingin memastikan emosi anda sentiasa dalam keadaan baik, fikirkan setiap perbuatan sebelum dilakukannya.

Kemudian jangan bertekak atau suka bercakap mempertahankan diri sebaliknya lebih optimis dan menerima apa saja kritikan daripada pihak lain. Jika difikirkan dengan teliti, tiada apa yang rugi pun jika kita lebih bersikap terbuka.

Jangan cakap apa yang anda rasai, sebaliknya berfikir apa yang bakal terjadi adalah langkah terbaik untuk menyerapkan emosi positif selain jangan suka menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.

Itu adalah penyakit dalam kalangan anak muda hari ini yang gemar menuding jari ke arah orang lain walaupun hakikatnya salah itu adalah pada diri sendiri. Terakhir untuk anda memiliki emosi yang positif adalah elakkan bercakap dalam tempoh terlalu lama.  


Sumber; Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/2







Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (464) Halatuju (337) selepas SPM (337) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) Haluan Kerja Pendidikan (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List