Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/07/14

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DI SMK LEPAR HILIR

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DI SMK LEPAR HILIR


Cik Nazrah Baharudin dan cik Siti Hajar Saaey 
sedang memberikan taklimat berkaitan kepentingan berkoperasi.


Para pelajar memenuhi Dewan Bestari SMK Lepar Hilir.


En Ramli, GPK Koko SMK Lepar hilir
 dan Puan Junaidah Ketua bidang merangkap Guru Koperasi SMKLH. Untuk info lanjut berkaitan Hari Koperasi SMKLH 2013 sila ke blog SMK Lepar Hilir di sini.

Secara peribadi, saya merakamkan terima kasih kepada Maktab Koperasi Malaysia di atas kesudian mereka datang ke sekolah kami. Khususnya kepada Cik Nazrah Baharudin dan cik Siti Hajar Saaey  di atas kerjasama erat yang mereka berikan. Meraka telah datang dari Petaling Jaya sehari sebelum itu semata-mata untuk memberikan taklimat di SMK Lepar Hilir.

 Begitu juga kepada Puan Siti Mariam Binti Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir,  Encik Ramli, Guru Kokurikulum SMK Lepar Hilir dan Puan Junaidah, Guru Koperasi SMK Lepar Hilir, di atas keizinan bagi memberi ruang kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir menjemput Maktab Koperasi Malaysia memberikan taklimat di SMK Lepar Hilir.
 
Kepada lepasan SPM dan Lepasan STPM yang berminat melanjutkan pengajian di Maktab Koperasi Malaysia, anda sangat dialu-alukan.
Maktab Koperasi Malaysia merupakan sebuah agensi kerajaan. Anda digalakkan membaca entry ini sehingga tamat bagi mengetahui apa itu Program Diploma Pengurusan Koperasi bagi lepasan SPM dan
Program Iijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi  bagi pelajar lepasan STPM.

Diploma Pengurusan Koperasi

Diploma Pengurusan Koperasi merupakan satu usaha Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dalam mengisi matlamat untuk menjadikan institusi ini sebagai salah satu Pusat Pengajian Tinggi yang setaraf dengan IPT yang lain. Program Diploma ini akan dijalankan secara sepenuh masa selama 2 1/2 tahun dan ia menggantikan Diploma Pengurusan Koperasi sepenuh masa (1 tahun) dan separuh masa (2 tahun) yang dijalankan di MKM sejak tahun 1991.




Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran pengurusan koperasi bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja pengurusan yang cekap dan terlatih. Selaras dengan itu kandungan kursus akan menekankan teknik-teknik pengurusan terkini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam gerakan koperasi.



Program ini merupakan satu peluang istimewa kepada pemimpin-pemimpin koperasi bagi membolehkan mereka menimba ilmu dan memegang jawatan yang lebih tinggi. Ia juga merupakan satu peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperoleh jawatan yang lebih baik.



Objektif Program 


Objektif Program Diploma Pengurusan Koperasi adalah:

  • Untuk memantapkan kefahaman mengenai koperasi dari segi konsep, falsafah, prinsip dan perundangan.
  • Untuk melengkapkan pelajar dengan teknik-teknik dan kemahiran pengurusan koperasi khususnya dari segi pembentukan dan perlaksanaan strategi-strategi perniagaan dengan berteraskan prinsip-prinsip dan perundangan koperasi.
  • Untuk membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran penganalisaan dan membuat keputusan di dalam perancangan dan pengurusan organisasi.

 

Kumpulan Sasaran

  • Pemimpin-pemimpin koperasi.
  • Kakitangan pengurusan koperasi.
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi yang mengawasi koperasi.
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/mana-mana agensi kerajaan atau swasta.
  • Lepasan SPM/STPM.


KELAYAKAN MASUK

  1. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit(Bahasa Melayu, Matematik dan 1 mata pelajaran lain); atau
  2. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Senarai Program
 

Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi (ANTARABANGSA) bertanggungjawab mengendalikan program peringkat antarabangsa seperti jalinan kerjasama dan sangkutan, di samping program jangka panjang MKM seperti Diploma Pengurusan Koperasi dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi (BBA MKM-UUM).



Pusat ini banyak mengendalikan urusan antarabangsa dan bertindak selaku Sekretariat bagi program sangkutan/ICA untuk menghantar pegawai–pegawai ke luar negara, selain menjadi Sekretariat bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau lebih dikenali sebagai MTCP. Selain itu Antarabangsa juga menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke MKM.



Matlamat utama Pusat Antarabangsa melaksanakan Program Diploma Pengurusan Koperasi dan BBA MKM-UUM adalah untuk melahirkan seberapa ramai graduan diploma dan ijazah yang berkualiti bagi membolehkan lebih banyak koperasi mempunyai tenaga pengurusan yang terlatih, cekap dan berkaliber.



DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI
Semester 1
Mata pelajaran Jam kredit
Sejarah, Prinsip dan Falsafah Koperasi
3
Asas Pengurusan
3
Pengenalan Teknologi Maklumat
3
Tamadun Islam
3
Kokurikulum 1
1
Bahasa Inggeris 1
3
Mikroekonomi
3
Semester 2
Pentadbiran Koperasi
3
Kokurikulum II
3
Asas Pemasaran
3
Perakaunan Kewangan1
3
Statistik Perniagaan
4
Bahasa Inggeris II
3
Mikroekonomi
3
Semester 3
Undang-Undang Koperasi
3
Matematik Perniagaan
4
Perakaunan Kewangan II
3
Kenegaraan Malaysia
3
Bahasa Inggeris Komunikasi
3
Aplikasi Teknologi Maklumat
4
Semester 4
Pembangunan Koperasi
3
Pengurusan Kewangan I
3
Pengurusan Sumber Manusia
3
Penyelidikan Perniagaan
3
Ekonomi Malaysia
3
Bahasa Inggeris Komunikasi untuk Perniagaan
3
Semester 5
Keusahawanan & Perancangan Perniagaan
3
Pengurusan Operasi
3
Undang-undang perniagaan
3
Perakaunan Pengurusan
3
Pengurusan Kewangan II
3
Pengurusan Strategik
3
Latihan Industri
Latihan Industri 3 bulan
4


Yuran

Yuran Pengajian Diploma Pengurusan Koperasi bagi 5 semester adalah RM3465.00 sahaja


Iijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi 
Satu perjanjian usaha sama di antara MKM dan UUM telah ditandatangani bagi melaksanakan satu Program kerjasama iaitu pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi . Program kerjasama ini akan dijalankan secara sepenuh masa di MKM dengan Kampus Petaling Jaya akan menjadi kampus utama bagi menjalankan program kerjasama ini. Pengambilan pertama akan bermula pada sesi Disember 2008.
Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran pengurusan koperasi bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja pengurusan yang cekap dan terlatih. Selaras dengan itu kandungan kursus akan menekankan teknik-teknik pengurusan terkini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam gerakan koperasi.

Program ini merupakan satu peluang istimewa kepada pemimpin-pemimpin koperasi bagi membolehkan mereka menimba ilmu dan memegang jawatan yang lebih tinggi. Ia juga merupakan satu peluang kepada pelajar-pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperoleh jawatan yang lebih baik.

Objektif Program
  • Melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dari aspek pengurusan koperasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
  • Menambah peluang pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan koperasi kepada pelajar dalam negara dan luar negara.
  • Mengetengahkan ilmu dan teknik-teknik pengurusan koperasi yang menyeluruh dan terkini sebagai satu disiplin ilmu untuk dipraktikkan.
  • Membekalkan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang pengurusan koperasi ke arah memantapkan pengurusan koperasi dengan lebih sistematik yang berdaya saing.

Kumpulan Sasaran
  • Individu lepasan Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma
  • Tenaga Kerja Pengurusan Koperasi dan anggota koperasi
  • Pegawai-pegawai Jabatan/Agensi Kerajaan yang mengawal selia koperasi
  • Pegawai-pegawai Jabatan/Agensi Kerajaan atau swasta
Kelayakan Kemasukan AM
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai dan
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM/ setaraf dan
  • Lulus mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Perdagangan di peringkat SPM/ setaraf atau Matematik Kertas Julai dan
  • Lulus STPM dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya

    a) Gred (NCMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan
    b) Gred (NCMP 2.00) dalam dua(2) mata pelajaran lain atau
     
  • Mendapat sekurang-kurangnya peringkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau
  • Mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dengan kelayakan yang baik dan ada kaitan dengan program yang ditawarkan dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET)


 Yuran Iijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi  


1. Yuran Pengajian
• Pemimpin/tenaga kerja koperasi dan pegawai kerajaan yang menyelia koperasi, anggota dan anak anggota pergerakan koperasi
Caj per kredit RM     45.00
Yuran Pengajian (129 jam x RM45.00)    RM 5,805.00
Yuran sekali sepanjang pengajian RM 1,405.00
Jumlah RM 7,210.00

• Individu Biasa
Caj per kredit RM      125.00
Yuran Pengajian (129 jam x RM125.00)    RM 16,125.00
Yuran sekali sepanjang pengajian RM   1,405.00
Jumlah RM 17,530.00

• Pelajar luar negara
Caj per kredit RM      150.00
Yuran Pengajian (129 jam x RM150.00)    RM 19,350.00
Yuran sekali sepanjang pengajian RM   1,405.00
Jumlah RM 20,755.00

2. Penginapan Asrama
Kemudahan asrama disediakan dengan bayaran seperti berikut:
Bil Jenis Bilik
Bil. Bilik
Sewa per orang
1 Dorm (10 & 18 orang)
2
RM    60.00/bulan
2 Satu Orang Sebilik
8
RM 150.00/ bulan
3 Dua Orang Sebilik
14 (P) & 21 (L)
RM  100.00/bulan
4 Tiga Orang Sebilik
19
RM    80.00/bulan
5 Dua Orang Sebilik (Berhawa Dingin)
22
RM  200.00/bulan

3. Pembiayaan
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN)
  • Lain-lain pinjaman - Yayasan Negeri, Bank Rakyat dan lain-lain


Pembiayaan
Pembiayaan untuk mengikuti program ini sama ada:-
  • Pinjaman – Skim Pinjaman Pendidikan-i MKM (Biasiswa tabung KWAPK).
    • Muat Turun: Borang Permohonan Biasiswa MKM (211 KB)
      *Pinjaman boleh ubah hanya diberikan kepada anak anggota koperasi dan anggota koperasi sahaja.
      *Bagi pelajar yang ibu bapa tidak menjadi anggota mana-mana koperasi, pelajar boleh memohon untuk menjadi anggota Koperasi Pelajar MKM, pinjaman boleh ubah hanya boleh dipohon setelah genap setahun pelajar menjadi anggota.

  • Lain-lain Pinjaman Pendidikan – Yayasan Negeri, Bank Rakyat



Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

FACEBOOK:  https://www.facebook.com/pages/Maktab-Koperasi-Malaysia/261954543851955




Tawaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi
 Muat Turun Borang Permohonan  (PDF, 396 KB)
(Perisian Adobe Acrobat Reader adalah percuma dan boleh muat turun di www.adobe.com)

Senarai Borang Untuk Pendaftaran Pelajar Baru

Sepenuh masa : 4 tahun atau 8 semester
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Urusetia
Program Kerjasama MKM-UUM
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi
Maktab Koperasi Malaysia
No. 21 Jalan Selangor, 46050 Petaling Jaya
No. Tel : 03-7952 4500 Faks : 03-7955 0863
Email :  antarabangsa@mkm.edu.my




Urusetia
Diploma Pengurusan Koperasi
Maktab Koperasi Malaysia
Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi
No. 21 Jalan Selangor, Seksyen 6
46050 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03-7952 4500  No. Fax : 03-7955 0863
email : mkm@mkm.edu.my
 
Pusat Antarabangsa & Pendidikan Tinggi
Maktab Kerjasama Malaysia
No. 21 Jalan Selangor, 46050 Petaling Jaya.
No. Tel : 03-7960 4099 Faks : 03-7955 0863
Email :  antarabangsa@mkm.edu.my




Muat turun borang permohonan (162 KB). Anda dikehendaki mengisi, mencetak dan menghantar bersama-sama dokumen-dokumen sokongan kepada urusetia dan daftar secara online di sini.



Muat Turun Borang Pengesahan Penerimaan (Borang Pengesahan Penerimaan ini hendaklah diposkan bersama Borang Permohonan dan disertakan dengan sampul surat berukuran 10.2cm x 22.8 cm beralamat sendiri dan bersetem RM0.50.)






Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List