Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/07/27

INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU KAYA KHAZANAH

INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU  KAYA KHAZANAH



  
Visitors playing with kelah, an endangered species,
 at a sanctuary set up in Sungai Relau, Merapoh. 

Sanctuary ikan kelah di Kuala Juram adalah destinasi pilihan bagi pengemar ikan kelah. selain mandi manda anda juga boleh bermain & berenang bersama spesis ikan ini di sekeliling anda..satu pengalaman yang pasti sukar diperolehi di lokasi lain..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Melihat ikan kelah berenang di air jernih di Sungai Relau, Pahang, mengingatkan saya pada pengalaman masa kecil saya di sebuah penempatan yang mana saya mudah sahaja melihat ikan berenang, ada udang-udang kecil dan ketam batu bermain-main di air jernih sungai kecil di situ. Sangat  banyak dengan di pinggir sungai ada pokok periuk kera. Namun setelah 15 tahun berlalu,  sekarang pemandangan itu sudah tiada lagi  di situ. Ini kerana pesatnya pembangunan di kawasan itu turut mencemarkan air sungai di kawasan itu lalu udang dan ikan pun saya dah tak nampak lagi di situ selain airnya sudah kotor. Semoga keindagan alam dan kekayaan khazanah negara kita walau di mana ia berada akan dipelihara oleh masyarakat setempat dan pihak berkaitan.

T aman Negara SUNGAI RELAU, MERAPOH...Sungai Relau terletak diselatan Taman Negara Pahang. Ia merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Negara bahagian selatan Kuala Tahan .Sementara pintu masuk yang berhampiran ialah Kuala Koh Di Kelantan dan Tanjong Mentong di Terengganu.

Sungai Relau terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM).  Selain itu pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat. Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.




Taman Negara Sungai Relau merupakan laluan utama bagi pendakian Gunung Tahan. Terdapat 2 alternatif pendakian iaitu Sungai Relau-Gunung Tahan-Sungai Relau ( 4 hari ) dan Sungai Relau-Gunung Tahan-Kuala Tahan ( 1 minggu )..pendaki akan menempuhi pelbagai jenis lapisan hutan semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna sebelum sampai ke puncak. aktiviti ini sesuai bagi mereka yang meminati cabaran!!!! ia merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA

SEDIKIT FAKTA


 Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malaysia ia itu Pahang, kelantan dan terengganu.Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman NegaraTaman Negara meliputi kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.


Taman Negara Pahang seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar .Taman Negara negeri Kelantan Darul Naim seluas 1013 km persegi bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri trengganu seluas 853 km persegi bersamaan 85300 hektar. Dasar Perundangan yang dikuatkuasa di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahang No.2 tahun 1939; Enakmen taman Negara Kelantan no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara Terengganu no 6 tahun 1939 Objektif penubuhan Taman Negara adalah seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara


ARTIKEL DI BAWAH DARI KOSMO ONLINE:

SEBAIK sahaja memasuki simpang Bentong, Pahang perjalanan kru Horizon menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau (TNPSR) ditemani oleh pemandangan pekan-pekan kecil. 

Sedikit sebanyak suasana tersebut menjadikan perjalanan sejauh 250 kilometer dari Kuala Lumpur tidak dirasakan terlalu jauh. Perjalanan itu melewati pusat bandar Bentong, Raub dan Kuala Lipis sebelum tiba di destinasi yang dinanti-nantikan.


Pemanduan ke sana menjadi sedikit mencabar kerana terdapat banyak kenderaan memotong secara berbahaya walaupun berada di selekoh tajam di jalan satu lorong itu.


Namun, hati semakin teruja tatkala melihat beberapa bongkah ‘hutan batu’ gergasi yang ditumbuhi pohon-pohon hijau merimbun, menandakan lokasi yang ingin dituju semakin hampir. Pemanduan selama lima jam terbayar sewaktu kaki melangkah masuk ke hutan simpan TNPSR, Merapoh di Kuala Lipis.

Ketenangan benar-benar dirasakan bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kerja kerana tiada gangguan panggilan keluar masuk di TNPSR. Liputan perkhidmatan telefon mudah alih terhad membuatkan anda lebih dekat dengan alam semula jadi.
Suasana di rimba masih terjaga dengan kekayaan flora dan fauna yang diidamkan oleh seorang pencinta alam. Jika anda ingin merasa sendiri pengalaman menangkap ikan kelah menggunakan tangan kosong, TNPSR adalah tempatnya.
Pengurus RA Adventure & Tours, Roslan Abdullah, 49, atau lebih dikenali dengan nama Pak Teh oleh penduduk setempat sudah berpengalaman selama enam tahun membawa pengunjung ke santuari ikan kelah TNPSR.

Di situ pengunjung boleh menangkap ikan kelah hanya dengan menggunakan tangan.
Tiada magis dan mata kail diperlukan. Itulah keunikan santuari berkenaan kerana ikan kelah yang terdapat di sana sudah jinak dengan manusia.
“Pengunjung boleh memberikan makanan di atas tapak tangan, malah mengangkat ikan kelah dengan begitu sahaja di santuari ini. Tetapi mereka harus melepaskan ikan tersebut kembali ke sungai selepas menangkapnya supaya populasinya tidak terganggu.
“Pihak kami membawa pengunjung melawat santuari selama dua jam untuk dua sesi iaitu pada pukul 10 pagi atau 2 petang,” ujarnya yang menternak ikan tilapia dan patin sejak tahun 1987.
Taman Negara Pahang yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi sememangnya kaya dengan khazanah alam untuk diteroka sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kepada mereka yang ingin meneroka kehidupan malam di taman negara itu, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat hidupan liar dengan mengikuti aktiviti Night Safari Walk.
Penguasa Taman Negara Pahang, Abu Zahrim Ismail berkata, mereka yang bernasib baik berpeluang melihat haiwan jenis nokturnal (haiwan yang aktif pada waktu malam) seperti tapir, musang dan kucing hutan ketika Night Safari Walk.
“Pengunjung dinasihatkan agar tidak memakai wangian dan tidak membuat bising kerana ia akan menyebabkan haiwan tersebut lari.
“Mereka akan dibawa menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu pelancong berlesen kerana laluan yang digunakan agak jauh iaitu sepanjang tujuh kilometer,” jelasnya.
Bagi penggemar aktiviti lasak bolehlah mencuba aktiviti menerokai gua-gua yang terdapat di Merapoh.
Aktiviti selama tiga jam tersebut mendedahkan pengunjung kepada cabaran memanjat dinding gua menggunakan tali, meredah tasik dan abseiling untuk keluar dari perut gua.
Pemandu pelancong alam semula jadi, Mohd. Zulkifli Daud, 40, membawa kru Horizon mencuba sendiri aktiviti tersebut di salah satu gua terkenal di Merapoh iaitu Gua Jinjang Pelamin.
“Pengunjung tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan kerana segala kelengkapan berkaitan disediakan dan mereka akan diiringi beberapa orang petugas untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

 Keunikan gua ini, tasik dalam gua akan dipenuhi dengan air pada musim kering, manakala air gua menjadi kering apabila tiba musim hujan. Kami masih belum mengetahui tentang penjelasan saintifik di sebalik fenomena tersebut,” katanya sambil berpesan kepada mereka yang berminat agar menghubungi RA Adventure & Tours terlebih dahulu untuk membuat tempahan awal.
Gua Jinjang Pelamin mendapat namanya disebabkan oleh percantuman dua tiang atau batu kapur stalagtit dan stalagmit.
Deruan hormon adrenalin bertambah rancak apabila berpeluang pula memandu kenderaan semua permukaan (ATV) yang baru diperkenalkan sejak awal tahun ini di Taman Cabaran Merapoh.
Pengusahanya, Mohd. Hafizul Hafiz Abdullah, 30, memberitahu, terdapat cabaran laluan ATV disediakan buat masa ini di taman tersebut.
Setiap laluan memiliki tahap kesukaran yang berbeza bersesuaian dengan permintaan pelanggan.
“Harga bagi setiap laluan cabaran bergantung kepada tahap kesukarannya. Ada laluan yang dibuat di luar kawasan taman negara kerana ia lebih ekstrem.
“Pelanggan akan dibekalkan dengan kelengkapan keselamatan lain seperti topi keledar keselamatan, gogel khas, sarung tangan, pad siku dan lutut, selain diminta untuk memakai kasut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.




Sumber;
Kosmo Online
NST;










Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (464) Halatuju (337) selepas SPM (337) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) Haluan Kerja Pendidikan (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List