Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pelajar Cemerlang Gagal Mendapat Tempat Di Universiti Kabinet bincang bantu pelajar


Pelajar Cemerlang Gagal Mendapat Tempat Di Universiti Kabinet bincang bantu pelajar

 

Kabinet bincang bantu pelajar gagal dapat tempat di universiti - Najib

Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalan Percubaan PMR Negeri Pahang 2012


Soalan Percubaan PMR Negeri Pahang 2012.


SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
JPN Pahang 2012

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013

RM32.3 juta duit raya peneroka FELDA

 Jumlah berdasarkan kedudukan harga sawit

Sungkai: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan duit raya RM32.313 juta kepada 112,635 peneroka FELDA bagi menyambut Aidilfitri.

Setiap peneroka akan menerima RM300, manakala yang tidak menghantar hasil ladang dan tanam semula bersama FELDA pula akan menerima separuh daripada jumlah itu.

“Jumlah itu dianggap munasabah berdasarkan kedudukan harga sawit yang menurun sekarang. Lagipun peneroka baru saja menerima dividen daripada saham Felda Global Ventures.

Ceramah Kerjaya Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM

Ceramah Kerjaya Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM  

 
Ceramah Kerjaya - Taklimat Kemasukan ke Matrikulasi KPM SMK Lepar Hilir 2013
Program Matrikulasi Kolej Matrikulasi Pahang 


KALENDER MUET 2013 DAN CARA DAFTAR MUET

KALENDER MUET 2013 DAN CARA DAFTAR MUET
 KALENDER MUET 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Peperiksaan MUET adalah peperiksaan yang penting. Pelajar calon STPM perlu mengambil peperiksaan MUET. Begitu juga mahasiswa di univerisiti dan kolej.
 
Berikut adalah kalendar aktiviti MUET untuk sesi November 2013. Jadual dibawah dikeluarkan secara rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia khas untuk calon yang telah  mendaftar MUET pada sesi ini.
 
 Perlu diingatkan kepada calon bahawa tarikh tutup MUET pada tahun 2013 adalah 25 Julai 2013. Calon perlu mendaftar sebelum tarikh tutup berkenaan kerana permohonan lewat tidak akan diproses.
 
Cara Pendaftaran MUET 2013
 

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Julai 2013

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Julai 2013
Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
 Yayasan Bank Rakyat Julai 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM dan STPM/ Matrikulasi ada berita gembira untuk anda daripada Yayasan Bank Rakyat. 

Permohonan terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah.Sila klik button readmore pada entry ini untuk info lanjut.


Permohonan ke Politeknik September 2013 Program Ijazah Sarjana Muda

Permohonan ke Politeknik  September 2013 Program Ijazah Sarjana Muda


Permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ambilan September 2013 secara online. Calon yang layak boleh mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa.

Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik 2013 Ambilan September
 

Elak dehidrasi dengan air dan buah

Elak dehidrasi dengan air dan buah

Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. 


Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika  2011. Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya. 


Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.

Air dan buah elakkan dehidrasi



SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun, puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan berwajah kusam. 


Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.


Subhanallah pelajar tahfiz otaknya seperti hidup

Subhanallah pelajar tahfiz otaknya seperti hidup 


Al Fatihah untuk Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin di Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu yang meninggal dunia Jun lalu dalam kebakaran. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang dikasihi dan dicintai. AMin. Semoga kejadian ini menjadi ibrah buat kita.
Sekadar catatan tambahan, jom kita jenguk artikel blog ini yang lepas iaitu
 Kisah Siti hajar iktibar buat kita, sila klik di sini.

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup


TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.



MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DI SMK LEPAR HILIR

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DI SMK LEPAR HILIR


Cik Nazrah Baharudin dan cik Siti Hajar Saaey 
sedang memberikan taklimat berkaitan kepentingan berkoperasi.


Para pelajar memenuhi Dewan Bestari SMK Lepar Hilir.


En Ramli, GPK Koko SMK Lepar hilir
 dan Puan Junaidah Ketua bidang merangkap Guru Koperasi SMKLH. Untuk info lanjut berkaitan Hari Koperasi SMKLH 2013 sila ke blog SMK Lepar Hilir di sini.

Secara peribadi, saya merakamkan terima kasih kepada Maktab Koperasi Malaysia di atas kesudian mereka datang ke sekolah kami. Khususnya kepada Cik Nazrah Baharudin dan cik Siti Hajar Saaey  di atas kerjasama erat yang mereka berikan. Meraka telah datang dari Petaling Jaya sehari sebelum itu semata-mata untuk memberikan taklimat di SMK Lepar Hilir.

 Begitu juga kepada Puan Siti Mariam Binti Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir,  Encik Ramli, Guru Kokurikulum SMK Lepar Hilir dan Puan Junaidah, Guru Koperasi SMK Lepar Hilir, di atas keizinan bagi memberi ruang kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir menjemput Maktab Koperasi Malaysia memberikan taklimat di SMK Lepar Hilir.
 
Kepada lepasan SPM dan Lepasan STPM yang berminat melanjutkan pengajian di Maktab Koperasi Malaysia, anda sangat dialu-alukan.
Maktab Koperasi Malaysia merupakan sebuah agensi kerajaan. Anda digalakkan membaca entry ini sehingga tamat bagi mengetahui apa itu Program Diploma Pengurusan Koperasi bagi lepasan SPM dan
Program Iijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan)Pengurusan Koperasi  bagi pelajar lepasan STPM.

Diploma Pengurusan Koperasi

Diploma Pengurusan Koperasi merupakan satu usaha Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dalam mengisi matlamat untuk menjadikan institusi ini sebagai salah satu Pusat Pengajian Tinggi yang setaraf dengan IPT yang lain. Program Diploma ini akan dijalankan secara sepenuh masa selama 2 1/2 tahun dan ia menggantikan Diploma Pengurusan Koperasi sepenuh masa (1 tahun) dan separuh masa (2 tahun) yang dijalankan di MKM sejak tahun 1991.

SOALAN PMR PERTENGAHAN TAHUN TERENGGANU 2013


SOALAN PMR PERTENGAHAN TAHUN TERENGGANU 2013




Bahasa Melayu K1 ---SKIMA


Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup

Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup


Allah Maha Kuasa...
Tidak Mengira Ruang dan Masa...
Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa...
Walau Di Mana Jua...
Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan.
Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.
Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,
maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.
Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.
Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.

 Hayati satu cerita.
Suatu ketika Siti Aisyah rha. menceritakan kepada Rasulullah saw sebuah peristiwa yang baru dilihatnya mengenai seorang ibu dengan dua anaknya yang sedang kelaparan. Seorang yang bersimpati memberikan tiga potong roti kepada keluarga tersebut. Si ibu memberikan seorang sekeping kepada anak-anaknya dan sekeping untuk dirinya yang juga lapar. Kerana kelaparan si anak dengan cepat menghabiskan roti masing-masing. Atas belah kasih sayang sebagai seorang ibu, dia tidak sampai hati memakan roti yang dihajatkan untuk dirinya, lalu roti yang sekeping itu dibelah dua dan diberikan kepada anak-anaknya. Si ibu sanggup kelaparan demi anak-anaknya. Setelah mendengar cerita Aisyah, Rasulullah saw bersabda: “Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu itu.”



BAYI berusia lapan bulan, Kio Bao bernasib baik kerana masih hidup selepas ditikam 90 kali oleh ibunya. 
Semoga anak kecil ini mendapat tempat perlindungan sewajarnya. 
 Sebarkan kasih sayang sesama manusia agar kita turut menerima kasih sayang dari-Nya!

Bayi gigit puting ibu ditikam 90 kali

SEMINAR IPT ANAK YATIM PERMATA HATI ZON 3 DAERAH KUANTAN

SEMINAR IPT ANAK YATIM PERMATA HATI ZON 3 DAERAH KUANTAN


SEMINAR IPT ANAK YATIM PERMATA HATI ZON 3 DAERAH KUANTAN
telah diadakan di SMK Tengku Afzan, Kuantan, Pahang.
Seminar diadakan bertarikh 12 Julai 2013, Hari Jumaat  semalam.
Seminar dirasmikan oleh Puan Hajah Nor Naseha Rosni bt Mohd Arshad 
Pengetua SMK Tengku Afzan, Kuantan.

Mesyuarat Koordinator PERHATI.

Isteri Penagih Dadah Mangsa HIV Disisihkan dan dihalau mertua

Isteri Penagih Dadah Mangsa HIV Disisihkan dan dihalau mertua

Hari ini, janSeorang janda kematian suami  dan anak kecilnya disahkan menghidap HIV lalu disisihkan masyarakat termasuk keluarga sendiri. Mereka berdua diasingkan di sebuah pondok kecil.

Penyakit itu dibawa oleh arwah suaminya seorang nelayan, seorang penagih dadah dan melanggan pelacur di negara jiran, Isteri tidak tahu suami ambil dadah hinggalah ketika arwah  nazak baru doktor beritahu punca penyakitnya.

Daripada kisah ini dapatlah diambil iktibar bahawa tidak semua pesakit HIV disebabkan sikap mereka tetapi juga disebabkan oleh sikap pasangan mereka.


Mangsa HIV kongsi kisah hidup

BACHOK – Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, masih ada segelintir golongan disisihkan akibat beberapa faktor yang mungkin tidak diterima sesetengah pihak seperti penghidap HIV/ Aids.
Dihalau mentua selepas suami meninggal


Seminar Peningkatan Profesionelisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuantan 2013

Seminar Peningkatan Profesionelisme
 Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuantan 2013


Seminar Peningkatan Profesionelisme
 Guru Bimbingan dan Kaunseling  Kuantan 2013

Tempat diadakan seminar:

Kolej IKIP di Kuantan (Kampus 5) (Nama Lama : Kolej IKIP5)
Taman Pertanian Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.
No Tel : 09-573 6888 

Seminar dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah Kuantan,
Tuan Haji Mohamad Bin Hamid.
 
Artikel di blog ini sebelum ini berkaitan Kolej IKIP sila kli di pautan IKIP, di sini.


Sebahagian gambar-gambar semasa seminar dijalankan.



Tn Hj Ali Afandi Pegawai JPN Pahang Unit HEM



 Pegawai IKIP sedang memberikan taklimat kepada GBK yang hadir.

 Mesyuarat MGKK Kuantan 2013.

SPM 7A Syarat Jadi Guru

SPM 7A Syarat Jadi Guru

Syarat minimum SPM 7A mohon jadi guru


KUALA LUMPUR 8 Julai - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.


Al Fatihah Hashim Mat Zain Guru Mati Ditembak

Al Fatihah Hashim Mat Zain Guru Mati Ditembak

Al-fatihah kepada Allahyarham Hashim Mat Zain, Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Pancor di tembak mati semasa baru keluar dari sekolah petang tadi. Salam takziah kepada seluruh keluarganya, sahabat handai, rakan-rakan guru dan murid-murid SK Beris Panchor.

Guru penolong kanan mati ditembak depan sekolah

Mula Puasa 1434 Umat Islam di Malaysia Rabu

Mula Puasa 1434 Umat Islam di Malaysia Rabu

  KUALA LUMPUR 8 Julai - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013

Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kali ke 2 Kuantan Pahang 2013


Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur 
Kuantan Pahang 2013


Alhamdulillah pada Hari Selasa, 2 Julai 2013 yang lalu, penulis blog cikgukaunseling.com berkesempatan mengikuti
Program Jelajah Psikososial Zon Pantai Timur Kuantan Pahang 2013
di  BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.

Maaf ye pelayar blog ini sebab saya dah kurang dapat kemaskini blog ini memandangkan banyak tugas hakiki di alam realiti yang perlu saya tuntasi.
Terima kasih kepada anak-anak SMK Lepar Hilir yang membuatkan
Bilik Unit Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir sentaisa hot market,:).

Berita yang saya tulis ini pun dah seminggu berlalu, namun saya tetap akan muatnaik di sini memandangkan bagi saya program ini sangat bermanfaat kepada semua peserta program.

Permohonan Ke GiatMARA Julai 2013 Cepat Mohon Ya

Permohonan Ke GiatMARA Julai 2013 Cepat Mohon Ya

Kepada ibubapa budiman , dan pelajar yang ingin mengikuti kursus di GIATMARA terpilih, borang sudah boleh di ambil di Pejabat Latihan Negeri masing masing,  untuk pengambilan tahun 2013/intake 2013.

Tindakan untuk memohon sebagai pelatih di GiatMara Malaysia, adalah langkah alternatif terbaik, khususnya calon lepasan SPM atau setaraf  ataupun belia-belia yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan yang lain sebelum ini. Pengambilan untuk tahun 2013 ialah pada Januari dan Julai (2 kali setahun).

Giat Mara bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara


Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2013M 1434H Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa 

Dan Imsak Tahun 2013M 1434H Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua pelayar Muslim blog ini, 
saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2013M/1434H Untuk Seluruh Negeri

Berikut adalah senarai Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh 
Malaysia Tahun 1434H/2013M
MELAKA

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .