Azam Seorang Pemuda Yang Mahu Tinggalkan Dadah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini
SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.
Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.
Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud pun tak dapat menandingi jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun,dalam memastikan ummat akhir zaman masih dapat menikmati nikmat Iman dan Islam,nikmat yang terbesar anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Esa.
Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Menyesali apa sahaja yang telah berlaku dan mahu bertaubat adalah jalan terbaik untuk mendapat keampunan-Nya. Sebagai bukti kesungguhan kita mahu berubah, marilah kita sama mengerjakan amalan solat Sunat Taubat.
Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat sehingga 6 rakaat.
Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat:
Lafaz niat:
“Aku berniat solat sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Taala”.
Rakaat pertama baca Al Fatihah.
Al Fatihah
Seudah ta'awwudz,
membaca "ta'awwudz". Bacaan t'awwudz hukumnya sunnat. Lafazhnya yaitu:
A'uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
Aku berlinding kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.
lalu membaca surah Al Fatihah. membaca surah Al Fatihah pada setiap rakaat solat (wajib/sunnah) hukumnya wajib.
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
diikuti dengan Surah Al Kafirun.
Rakaat kedua baca Al Fatihah diikuti dengan Surah Al Ikhlas.
Selepas memberi salam, istighfar sebanyak 100 kali.
Akhirnya berdoa kepada Allah, Mohon keampunan bersungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Jika kita tidak tahu berdoa di dalam Bahasa Arab, kita boleh berdoa dalam Bahasa Melayu.
Apa yang penting doa yang dipohon itu kita fahami maksudnya. Sesungguhnya Allah yang bersifat Al Amin sangat mengetahui setiap apa yang kita pohon.
Orang yang ingin menyucikan hatinya dengan Allah akan sentiasa berusaha menunaikan Solat Sunat Taubat ini setiap hari.
Tidak kira pada waktu siang atau malam, sebaiknya sebelum melakukan solat-solat sunat lain, mulakan dengan melaksanakan solat sunat Taubat.
Solat ini menjadi penawar gundah hulana terhadap pelbagai masalah yang kita hadapi setiap hari.
Yakinlah, Allah akan membuka pintu keberkatanNya. Satu demi satu kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh mahu mendampingiNya.
Semoga kita sama-sama mengamalkannya, terutama untuk diri yang menulis ini juga.InsyaAllah.
Di kesempatan ini, myraudhatulukhuwah muatnaik artikel yang tersiar di Utusan Malaysia baru baru ini, perkongsian seorang pemuda kepada Puan Aniz (Utusan Malaysia) yang mahu meninggalkan najis dadah.
Entry myraudhatulukhuwah sebelum ini yang mungkin ingin ditinjau:
Cerita seorang isteri penagih dadah, klik sini.
Pengalaman Pesakit HIV Positif, Stigma, Diskriminasi, klik sini.
Maher Zain; InshaAllah versi Melayu, klik sini.
Always be There, klik sini.
Kita ikuti pandangan Puan Aniz dalam membantu anak muda ini.
Mahu tinggalkan najis dadah
PERKONGSIAN KLIEN PUAN ANIZ
Assalamualaikum Puan Aniz,
SAYA berusia 27 tahun dan atas nasihat ibu saya, saya menghubungi Puan. Sebenarnya saya seorang penagih dadah. Kini, saya tekad untuk kembali ke pangkal jalan. Wang gaji saya banyak dihabiskan untuk membeli dadah.
Dadah juga menyebabkan saya kehilangan pekerjaan.
Saya akui saya jauh daripada Allah, apatah lagi apabila berjauhan dengan ibu bapa. Persoalannya Puan, bagaimana agaknya saya mampu berubah? Tolonglah Puan, saya tidak mahu masa depan saya terus musnah, apatah lagi jika saya telah berkeluarga nanti.
FARID
Klang, Selangor
JAWAPAN PUAN ANIZ
SUBHANALLAH... Farid sebenarnya sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang begitu pengasih serta prihatin untuk melihat permata hati yang dikandungnya 28 tahun lalu berubah. Mudah-mudahan keramat kasih doa ibu serta izin Allah, Farid bertemu dengan kelancaran dan keberkatan serta kebahagiaan dalam transformasi diri yang Farid idam-idamkan.
Keberanian untuk bangkit, sembuh, menikmati impian diri adalah sangat mudah. Ia harus dimulai dengan kebenaran dari dalam diri untuk berubah. Tanpa izin dan keberanian serta penolakan dalam diri yang masih berkonflik, tidak akan mampu membawa Farid ke arah transformasi yang tulen. Ia harus disepakati dan disertai dengan kejujuran dalam konteks diri di mana minda, emosi, spiritual yang ingin sembuh, ingin bebas dari najis dadah dan ingin berubah.
Bila mana konteks dalaman iaitu minda, emosi, spiritual yang disertai lisan disepakati dengan kejujuran ingin berubah, insya-Allah langkah akan lebih harmoni dan kasih Allah pasti membantu.
Menerusi kaedah terkini dalam revolusi terapeutik kaunseling, sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh membantu.
Antaranya adalah emotional freedom technique iaitu satu terapi yang menggabungkan disiplin akupuntur, psikologi dan kesan interaksi tubuh dan sains iaitu sistem biologi individu.
Kaedah ini amat mudah dipraktikkan dan dipelajari. Dengan mengenal pasti isu yang menganggu dan meletakkan skala tekanan yang dialami individu, Farid boleh menjalani terapi ini.
Skrip diri yang ingin berubah dibacakan di titik akupuntur yang digariskan iaitu karate point, soket mata, dada dan pergelangan akhirnya disudahi dengan latihan pernafasan.
Saat menarik nafas ini, individu disaran memberi tumpuan semaksimum mungkin tahap tekanan yang dilalui. Kemudian, lepaskan nafas dan saya sarankan diakhiri dengan ucapan-ucapan murni dan kalimah Allah.
Lazimnya menerusi kaedah ini, individu mampu merasakan ketenangan, kesejahteraan dan kekuatan diri yang didambakan selama ini.
Setelah itu, jujur diri memberi bacaan bagi skala tekanan yang masih berbaki. Sekiranya masih belum lagi mencecah skala kosong atau FREE, teruskan proses ini berulang kali, insya-Allah biasanya tidak sampai lima minit sekiranya individu memberi kerjasama dan tumpuan yang baik.
Selain itu juga, dalam proses penyembuhan diri, Farid berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah, mohonlah dengan sepenuh hati bantuan daripada-Nya.
0 Comments:
Post a Comment