Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! 




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada petang ini, saya ingin mengambil kesempatan menyertai sebuah pertandingan sempena Hari Guru 2011 yang dianjurkan oleh Encik Shah, pemilik blog  http://www.abgshah.com/.

 CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Oleh Dunia Cikgu Kaunseling. 
Sebuah Karya bertajuk, 
Terima kasih, cikgu.


Diadaptasi daripada pengalaman Dunia Cikgu Kaunseling semasa sesi kaunseling. 
Watak di sini bukan  menggunakan nama sebenar. 



Pagi itu, hujan turun renyai-renyai. Seorang pelajar perempuan, Enon  sedang menikmati sekeping biskut.  Tadi, sewaktu bertemu guru yang berada di Bilik Kesihatan tersebut, Enon mengadu sakit perut, pedih.  

Apabila ditanya adakah sudah mengambil sarapan pagi, jawab Enon , dia tidak suka ambil sarapan pagi.

Lalu, Cikgu Onah telah  memberikannya sekeping biskut keping oatmeal dan segelas air susu Green Tea Colustrum.  Kebetulan Cikkgu Onah memang sudah menyediakan stok makanan tersebut. Ini memandangkan ada di antara pelajar yang  datang berjumpanya, mengadu sakit perut. Apabila diberi susu dan sekeping biskut, sakit perut mereka hilang lalu mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa.

Selesai makan, Enon menyapukan Minyak angin jenama Minyak Angin Ambar Kenanga yang disediakan oleh Cikgu Onah. Kemudian, Enon meletakkan minyak tersebut ke tepi katil.

Manakala Cikgu Onah memerhatikan Enon dari tempat duduknya. Cikgu Onah yang sedang mengenalpasti akan penyakitnya, samada benar-benar sakit atau tidak,  kemudian menghampiri  Enon.

"Saya telefon penjaga kamu, ya Enon?" tanya Cikgu Onah.

"Erm, takpelah cikgu. Tak perlulah. Saya sakit sikit je. Mungkin saya sakit perut sebab pagi tadi tak sarapan. Malam tadi masa ibu panggil makan pun, saya tak lalu makan," ujar Enon.

"Kalau begitu, kamu kena balik ke kelas. Kamu tak boleh berehat lama-lama di bilik kesihatan ini," ujar Cikgu Onah.

"Tapi, saya pening sangat cikgu," Enon memicit-micit kepalanya. Bau minyak kapak melatari ruang sickbay khas untuk pelajar perempuan itu.  

"sekarang pukul 9.20. Kamu rehat 10.20 kan?"

"Ya, cikgu,"

"Waktu rehat nanti, kamu keluar rehat. Makan dan minum di kantin Busu, ya",

"InshaAllah, cikgu," jawab Enon, sedikit ceria di wajahnya.

Itu adalah kali pertama Enon masuk meminta minyak angin di Bilik kesihatan tersebut. Bermakna, pertama kali Cikgu Onah menemui Enon secara personal.

Memerhatikan gaya tubuh pelajar berkenaan, Cikgu Onah merasakan perlu untuknya mengadakan sedikit temubual dengan Enon.

Diringkaskan cerita, setelah Enon kelihatan sihat sedikit, sebelum waktu rehat tiba, Cikgu Onah menembual Enon. 

Setelah proses mengenali pelajar terbabit sebagaimana panduan kaunseling individu,  Enon akhirnya berkongsi cerita hatinya.

MENGAPA IBU DAN AYAH MEMBUANG KAMI, CIKGU?

"Mengapa ibu buat kami begini, cikgu? Mengapa ayah meninggalkan kami begitu sahaja, cikgu? Adakah sebab adik saya cacat, lalu kami dibuang?" 

"Enon, kita tidak tahu mengapa ibu dan ayah Enon buat begitu pada Enon dan adik Enon.  Walaupun ibu ayah enon membuang Enon dan adik, sekurang-kurangnya mereka tidak membiarkan enon dan adik begitu sahaja, kan? Ayah tinggalkan juga surat beranak Enon dan adik,"

"Tapi, itu bermakna mereka membuang kami, cikgu,''

"Mereka mungkin terpaksa buat begitu, Enon. Mungkin sebab ibu dan ayah Enon sudah bercerai, lalu ibu buntu hendak menyara Enon dan adik, atau saja mungkin mereka hidup miskin dan melarat. Mereka tinggalkan kamu berdua di surau itu mungkin besar harapan mereka agar kamu berdua ditemui orang baik-baik yang sudi memelihara kamu," terang Cikgu Onah.

"Sampai hati ibu dan ayah tinggalkan kami begitu saja. Bukankah adik saya baru berusia 8 bulan ketika itu, terlalu kecil untuk dibiarkan sendirian dengan si kakak ini yang hanya berusia 3 tahun untuk menjaganya?"

"Enon, sekarang enon sudah berusia berapa tahun?" tanya Cikgu Onah, cuba mengajak Enon berfikir.

"15 tahun, cikgu,"

"Ha, dah 15 tahun pun Enon hidup di dunia ni. Sudah besar remaja Enon. Adik, berapa tahun?"

"13 tahun, cikgu," jawan enon lagi.

"Cuba enon lihat. Sepanjang 15 tahun ini, tolak 3 tahun tempoh enon bersama ibu dan ayah, Enon sudah menikmati kehidupan yang baik, kan?"

"Ya, cikgu. Saya ada ibu angkat yang baik hati, ada adik-adik yang ramai di asrama anak yatim kami....,"

"Enon rasa susah tak selama hidup ini?"

"Tak, cikgu. Cuma ...,"

"Cuma pa, Enon?" tanya Cikgu Onah pabila melihat Enon mula memberhentikan bicara.

"Cikgu, saya seperti ada yang tak puas dalam hidup ini. Iaitu ibu, ayah kandung di sisi seperti keluarga orang lain," lemah tutur bicara Enon.

Kemudian Cikgu Onah meminta Enon membuat satu lukisan. Ia bagaikan satu terapi untuk Enon. Enon kelihatan ceria dengan hasil lukisan ringkas itu.


DOA ANAK SOLEH/ SOLEHAH 

''Sebagai tanda kita anak yang solehah, selalulah kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar ibu ayah kita diampunkan doasanya oleh Allah. Semoga dengan doa anak yang soleh dan solehah ini, Enon dapat berjumpa dnegan ibu ayah Enon di syurga kelak," tutur Cikgu Onah.

"Ini kerana, Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka,"

"Walaupun ibu ayah buang saya cikgu?" tanya Enon lagi.

"Ya walaupun ibu ayah berbuat tidak baik kepada kita, kita mesti memaafkan mereka. Kerna jasa mereka  sangat besar dalam mengandung dan melahirkan kita dengan penuh susah payah,"

"Walaupun saya cuma anak angkat tapi kasih sayang ibu di rumah anak yatim itu melebihi segalanya. Saya sedar cikgu, sebenarnya saya dikelilingi oleh insan yang mulia hatinya.  Ibu angkat dan  kawan-kawan yang senasib yang saling membantu,"

"Ibu dan ayah mungkin tidak mampu menjaga saya dan adik. Saya sekarang faham cikgu, kerna ibu dan ayah saya saya  kini disini, kerna mereka juga  saya melihat keindahan bulan dan matahari. aSya hari ini tidak hidup melarat,"  bicara Enon dengan linangan air mata.
HARGAI APA YANG KITA ADA KINI, USAH DITANGISI MASA LALU KITA, KERNA HIDUP KITA CUMA SEBENTAR UNTUK TERUS BERDUKACITA

Setelah beberapa ketika proses provokasi, dan proses menolong bantu berjalan, sampai ketikanya, akhirnya Enon meluah bicara,

"Betul kata cikgu, hidup kita cuma sebentar untuk kita terus meratapi masa lalu kita. Yang penting, kita harus menghargai kehidupan yang kita kecapi sekarang, kan cikgu?"

"Hmm macam tulah anak murid saya.

"Yang penting, Enon tumpu dan fokus pada pelajaran ya. PMR dah semakin dekat....,"
," tutur Cikgu Onah.

"Terima kasih, cikgu. Terima kasih sebab cikgu memberikan saya panduan dalam kehidupan ini," Enon mencium tangan Cikgu Onah sewaktu sesi kaunseling itu berakhir. 

"Oh iya, cikgu. Terima kasih susu yang cikgu berikan tadi tu. Alhamdulillah perut saya tak mem memulas lagi," kata Enon sambil menjijit beg sekolah. 

Izinkan saya akhiri entry ini dengan kad ucapan mengandungi Puisi  Guru Oh Guru Karya Allahyarham Usman Awang. 



Sekian.....





 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .