Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sains Marin bukan sekadar di laut

Sains Marin bukan sekadar di laut


Pengenalan:


TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.

Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.

Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.

Antara IPTA yang menawarkan kursus sains Marin:

Universiti Putra Malaysia klik sini , http://www.ibs.upm.edu.my/ibsbm/sublaboratori/sainsmarin/pengenalan.htML

UMT,http://www.umt.edu.my/mala/v7/jab_sains_marin.php

PELUANG KERJAYA

Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.

Skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.

Kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.

Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.

Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.

Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.

Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.

Terdapat juga graduan sains Marin yang menjawat jawatan sebagai pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.

Peluang graduan sains marin turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.

Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.
Sumber; klik sini.

0 Comentarios