Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Info Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya

Info Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya




Orang Kurang Upaya
  1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya
    • Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

  2. Kemasukan Ke Institusi
    • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  3. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
    • Keputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  4. Bantuan Kewangan
    Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    • Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    • Keputusan permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  5. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

Orang Kurang Upaya (OKU) 

Definisi




Mengikut AktaOrang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya”(OKU) itu bermaksud seperti berikut;

“Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,mental,intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental.


Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

Perkhidmatan Bahagian Orang Kurang Upaya kembali

Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka.


Sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya.



Tokoh OKU

Albert Einstein - masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab serta lambat memahami bahasa.
Thomas Alva Edison - cacat pendengaran apabila diserang demam cacar ketika kecil.
Stephen Hawking - lumpuh hampir seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor.

Kelayakan

Di Malaysia, definisi Orang Kurang Upaya ( OKU ) adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).

Kategori OKU

Kategori Orang Kurang Upaya

Terdapat 7 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pendengaran. Termasuk pekak dan bisu:
    • Minima (Mild) - (20 - < 30 db)
    • Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db)
    • Teruk (Severe) - (60 - < 90 db)
    • Profound - (> 90 db)

Kurang Upaya Penglihatan

  • Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)
  • Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Kurang Upaya Fizikal
Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll

Cerebral Palsy
  • Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan
  • Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki
  • Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki
Masalah Pembelajaran

Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
  • Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)
  • Down' SyndromeAutisma
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder
  • Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun)
  • Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

Lain-Lain


Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.

Pendaftaran OKU

Objektif
Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini.
Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis - jenis kecatatan
Untuk merancang kesesuaian program - program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya

Untuk menyediakan kemudahan - kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU

Warna Kad Kenal Diri OKU 

Fizikal - Hijau
Pendengaran - Ungu
Penglihatan - Biru
Masalah Pembelajaran - Kuning
Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu
Lain - lain - Coklat / Oren

Kad Kenal Diri OKU : Setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan di keluarkan kad Kenal diri.

 Tujuan KAD OKU :

Pengenalan diri
Memudahkan OKU mendapatkan perkhidmatan


Kemudahan / Keistimewaan untuk OKU (Malaysia sahaja)

1. Kemudahan Pendidikan
Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
Elaun RM300 bagi pelajar IPT
Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran
kementerian pelajaran
OUM ; Potongan 75% yuran pengajian

2. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan di Hospital Kerajaan

Bayaran wad Kelas 3
Bayaran Pakar
Bayaran Ubat

3. Pelepasan Cukai Pendapatan
Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak
OKU

Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yang
OKU

Pelepasan cukai sehinggah RM5000 bagi membeli alat - alat khas OKU

Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yg mengikuti kursus di IPT

4. Pengecualian Cukai Jalan; Dengan Syarat;

Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
Berdaftar dengan JKM
Pengecualian kepada pemohon sahaja
Sebuah kenderaan dalam satu masa
Memiliki lesen memandu yang sah

5. Kemudahan Pengangkutan
Tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia
(MAS)

6. Pengecualian Bayaran
Dokumen Perjalanan
Kad Pengenalan

7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan
Bagi semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dll.

8. Jagaan dan Pemulihan di Institusi
Taman Didikan Kanak - kanak Kurang Upaya (TDKKU) ; Sembulan, Tawau & Sandakan di Sabah.
Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU) ; Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.

9. Tele-Komunikasi (Telekom Berhad)
Bayaran sewa bulanan dikecualikan
Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj.

10.kemudahan asas.
kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan mereka
tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperi bas dan kereta api

Sumber; website JKM 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .