Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bila Blog Diserang Malware, apa yang perlu dibuat

Bila Blog Diserang Malware, apa yang perlu dibuat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sejak seminggu yang lalu, apabila melayari blog Dunia Cikgu Kaunseling melalui Google Chrome, didapati akan keluar warning daripada pakcik gugel. Iaitu malware sudah menyerang blog ini.

Saya minta maaf kerana kesulitan yang timbul tersebut menyukarkan pelayar mendapat informasi daripada blog ini.

Aduhai blog picisan sebegini pun, malware minat juga ke?

Apa yang patut dibuat bila amaran tu keluar? Relaks, dan usah gelabah. :).

Macam ni amarannya:

"Warning: Something's Not Right Here!

Macam gambar kat bawah ni:


Jadi, bila amaran tu dah keluarkan beritahu nikbir09.ws penyebab malware, saya cuba cari kod nikbir dalam blog saya ini. Oh rupanya ia ada pada salah satu widget yang saya pasang di sidebar blog saya ini yang menggunakan aplikasi Jquery.

Iaitu pada widget popular post by commentors.

Begini langkahnya:

1. Log masuk ke akaun blogger 
2. Klik pada > design
3. Klik HTML/Javascript yang ada letak code Jquery/popular post/atau kalau tak jumpa semua html/javascript yang letak di bahagian page elements.
4. Dah jumpa widget tu, saya terus delete. Nak ubah kod html dalam widget tu, rasa tak berapa reti aka tak berapa confident. 

5. Alhamdulillah, lepas tu blog Dunia Cikgu Kaunseling ni dapatlah dibuka semula seperti biasa.

Kepada para pelajar dan rakan-rakan bloggers, yang ada blog dan mempunyai masalah malware ni, segeralah buang script dia ya.

Masih nak guna widget Popular Post By Commentors tu. Boleh ikuti langkah seperti ini:
1. Log masuk ke akaun blogger 
2. Klik pada > design
3. Klik HTML/Javascript yang ada letak code Jquery/popular post/atau kalau tak jumpa semua html/javascript yang letak di bahagian page elements.
  
4.  Tekan CTRL+F dan paste : nikbir09.ws
5.   Delete code seperti bahagian yang dibawah


<script language="JavaScript">
aBold = false;
numposts=10;
maxshowresult=10;
home_page = "http://NAMABLOGANDA.blogspot.com/";
</script>
<script src="http://nikbir09.ws/jeritanblog/toppost.js" type="text/javascript"></script>
6. Gantikan dengan:

<script language="JavaScript">
aBold = false;
numposts=1000;
maxshowresult=5;
home_page = "http://NAMABLOGANDA.blogspot.com/";
</script>
<script src="http://sites.google.com/site/testingsahaja/toppost.js" type="text/javascript"></script>
7. Save.


Peringatan :

1.Pastikan letak code yang baru antara jika virus ada di jquery accordion


<h5 class="msg_head">POPULAR POST</h5>
<div class="msg_body">
CODE 
</div>

0 Comentarios