Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Manfaatkan Kolej Komuniti

Manfaatkan Kolej Komuniti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah, lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti, anda boleh melihat website Kolej Komuniti Temerloh.

http://www.kkmen.edu.my/kktemerloh/

Sebagaimana yang kita sedia maklum, 

 

Bermula pada ambilan sesi akademik 2011/2012, Kolej Komuniti dan IKBN telah dikategorikan sebagai Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Sila klik, (permohonan telah ditutup), Permohonan Ke IPTA, TEVT & ILKA 2011/2012, di sini.

SENARAI PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) YANG DITAWARKAN DI KK TEMERLOH UNTUK AMBILAN JULAI 2011:


SIJIL PENYENGGARAAN BANGUNAN
- PERPAIPAN DOMESTIK  ( 4 BULAN)
- PENGHAWA DINGIN DOMESTIK( 4 BULAN)
- PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK( 4 BULAN)
- KIMPALAN ARKA DAN GAS( 4 BULAN)

SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

- PAKAIAN TRADISIONAL WANITA ( 4 BULAN)
- PAKAIAN KONTEMPORARI WANITA  (6 BULAN)
- PAKAIAN LELAKI ( 4 BULAN)

SIJIL APLIKASI PERISIAN KOMPUTER

- PENGURUSAN PERISIAN PEJABAT( 5 BULAN)
- PENGURUSAN PANGKALAN DATA( 5 BULAN)

SIJIL JAHITAN KREATIF

- JAHITAN LANGSIR ( 5 BULAN)
- SENI QUILTING DAN TAMPAL HIAS ( 5 BULAN)

(CAWANGAN LIPIS)


SIJIL PENGENDALIAN PELANCONGAN
- PEMANDUAN PELANCONGAN BANDAR (6 BULAN)
- SMK PEMANDU PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI (6 BULAN)

(CAWANGAN BERA)

SIJIL AKUAKULTUR
- TEKNIK PEMBIAKAN IKAN ( 3 BULAN)
- TEKNIK ASUHAN IKAN ( 3 BULAN)
- TEKNOLOGI TUMBESARAN IKAN( 6 BULAN)
- PEMPROSESAN HASIL AKUAKULTUR( 4 BULAN)

Karnival Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur, Manfaatkan Kolej Komuniti


TEMERLOH 19 Julai – Rakyat diminta memanfaatkan kewujudan Kolej Komuniti di kawasan masing-masing sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kolej tersebut dibina bukan sahaja untuk melatih pelajar baru tetapi turut menyediakan pelbagai ilmu dan kemahiran jangka pendek kepada penduduk setempat.

Katanya, pelbagai ilmu dan kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej berkenaan dapat membantu penduduk menambah pendapatan isi rumah.

‘‘Antara program yang dilaksanakan kolej ini ialah Program Latihan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Program ini berjaya melahirkan 80,291 pelajar mempelajari pelbagai bidang kemahiran pada tahun pertama dilancarkan di seluruh negara sehingga hari ini menerusi Karnival Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Karnival Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur di padang awam Kubang Gajah di sini semalam.



Menurut Saifuddin, semua yang terbabit mengikuti 4,155 kursus jangka pendek yang ditawarkan antara 20 hingga 32 jam dengan bayaran serendah RM10.

Beliau memberitahu, antara kursus yang ditawarkan termasuk muzik, bahasa dan teknikal yang dipecahkan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

‘‘Program yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan pelbagai kursus jangka pendek kepada pengunjung termasuk kursus bahasa Arab kepada pegawai masjid daerah ini,” ujarnya.

Saifuddin berkata, program latihan itu membabitkan dua bahagian iaitu kepada mereka yang mahu menambah kemahiran dan yang mempunyai kelulusan tetapi mahu menambah kemahiran sedia ada.

Menurutnya, dengan kesungguhan yang ditunjukkan Kolej Komuniti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, program itu mampu mencapai objektif dan matlamat yang diharapkan.

‘‘Penubuhan Kolej Komuniti juga terbuka kepada agensi kerajaan dan sektor swasta untuk melatih kakitangan mereka bagi menambah nilai ilmu dan kemahiran sedia ada supaya pekerja lebih berdaya saing dan cekap,’’ ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia, klik sini,

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .