Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tanjong Pagar

KAKITANGAN KTMB, Mohd Helmy Rahim menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen Tanjong Pagar, semalam.

Tren terakhir ke Singapura jam 11 malam selepas 60 tahun perkhidmatan

SINGAPURA: Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini, akan tamat mulai tengah malam ini, apabila perkhidmatan ke republik itu berakhir di Woodlands Train Checkpoints mulai esok.

Tren terakhir KTMB akan meninggalkan Stesen Tanjung Pagar mulai jam 11 malam ini menjadi noktah perkhidmatan stesen kereta api Tanjung Pagar, yang turut dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan itu. Pengurus Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, yang turut bersedih mengenangkan tamatnya operasi KTMB di situ, turut berbangga kerana menjadi antara 67 kakitangan termasuk di Stesen Keretapi Bukit Timah itu.

“Tentunya saya turut bersedih, apatah lagi sepanjang hampir 15 tahun bertugas di stesen ini, semua kakitangan di sini sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

“Malah, boleh dikatakan 30 Jun memori paling menyedihkan sepanjang perkhidmatan 25 tahun saya bersama KTMB,” katanya yang menganggap dirinya sebagai duta kecil negara di Singapura.

Ketua Stesen Keretapi Bukit Timah, Atan Ahmad, 46, berkata cabaran paling besar sepanjang dua tahun bertugas di stesen yang wujud sejak 1951 sebagai laluan Singapura – Kranji itu adalah bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.
“Pernah terjadi insiden gerabak terbalik akibat masalah teknikal, namun syukur tiada yang cedera, namun saya gembira dengan tugas sebagai pengawal landasan walaupun ia sangat berisiko.

“Justeru, semua memori akan terpahat sampai bila-bila dan saya pasti sedih bila perkhidmatan terakhir pada 30 Jun nanti,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sepanjang 14 kilometer, manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjung Pagar adalah 10.25 kilometer.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .