Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011

Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada Bekas guru besar, Cikgu Muhammad Bakar, 61, dan bekas pengetua, Cikgu Siti Messopran Sheikh Luji, 59, atas Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran 2011, pada 16 Julai lalu. Majlis sambutan diadakan di Dewan Ibnu Sina SMK Sri Jengka Maran.

Di dalam sambutan tersebut, SMK Jengka Pusat 2 terlibat sebagai AJK Guru Bersara. 

Untuk info dan gambar selanjutnya, berkaitan Program Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Maran, 2011, sila klik, http://pkgbandarmaran.blogspot.com/2011/07/sambutan-perayaan-hari-guru-daerah.html
Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Ahli Parlimen Maran  (kanan) membantu Muhammad Bakar yang berkerusi roda selepas majlis penyampaian 
Tokoh Guru Peringkat Daerah di SMK Seri Jengka, Maran, semalam. - 
Gambar daripada Utusan Malaysia/ Salehuddin Mat Rasad 
MARAN 20 Julai, (Utusan Malaysia, Khamis, 22/7/2011) - Bekas guru besar dan pengetua, Muhammad Bakar, 61, dan Siti Messopran Sheikh Luji, 59, masing-masing dinobatkan sebagai Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah di sini hari ini.

Muhammad yang berasal dari Kampung Gong Limau, Kemaman, Terengganu memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Sungai Lembing, Kuantan pada 1971 selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak.

Sepanjang kerjayanya, beliau menjawat guru besar di beberapa sekolah di sini dengan sekolah terakhirnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bota, Chenor dekat sini sebelum bersara pada 2004.

Siti Messopran pula yang berasal dari Kampung Telok Melati, Chenor memulakan perkhidmatan perguruannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1975.

Beliau diberi kepercayaan sebagai pengetua di beberapa sekolah bermula di SMK Jengka 18 dekat sini sebelum bersara wajib di SMK Maran pada 28 Oktober 2007.

Kedua-dua tokoh pendidik terbabit diberi pengiktirafan setelah mengambil kira jasa dan pengorbanan masing-masing dalam dunia pendidikan terutama di negeri ini. 

Program yang turut dihadiri Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Zainul Abidin Daud itu dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Dalam ucapannya, Ismail mengingatkan pendidik supaya bersedia menjadi guru berwibawa dan serba boleh kerana ia selari dengan tema Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Tegas beliau, peranan guru amat penting kerana mereka dianggap sebagai penentu hala tuju rakyat masa hadapan.

"Guru harus menyedarkan anak bangsa terhadap sejarah jatuh bangun negara sehingga Malaysia muncul sebagai sebuah negara contoh dan dikagumi," katanya.

Menurut beliau, untuk mengekalkan kemakmuran negara, sebarang gejala yang boleh merosakkan negara perlu ditentang habis-habisan.

Sementara itu, Zainul Abidin berkata, Hari Guru merupakan wadah bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum pendidik dalam merealisasikan impian melahirkan rakyat berminda kelas pertama.

2 Comments:

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Ma

Tahniah kpd Cikgu Mohammad Bakar

Wassalam

Cikgu Ma said...

waalaikumussalam tuan rozali
terima aksih, tuan
semoga Cikgu Mohammad membaca catatan ini
wassalam

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .