Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/06/21

Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP

Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP


Kembara Pendidikan Negeri Pahang  IKIP

Tarikh : 22- 23 Jun 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Dewan Lama Majlis Daerah Rompin.

Aktiviti Menarik Menanti Anda.
  • Pameran Pendidikan.
  • Sesi Taklimat dan Pendidikan Kerjaya -
  •  Maklumat bidang pengajian yang ditawarkan di IKIP seperti Pengajian Islam, Pengurusan dan Perniagaan, Seni Lukis dan Seni Reka serta bidang Sains dan Teknologi.
  • Sesi temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
  • Kuiz Minda
  • Cabutan Bertuah

Orang ramai, khususnya LEPASAN SPM,  dijemput hadir.

KAMPUS KOLEJ IKIP DI TAMAN GELORA KUANTAN




PETA KOLEJ IKIP DI KUANTAN

MENGAMATI MODEL KAMPUS INDUK... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menunjukkan sesuatu pada model kampus sambil diperhatikan oleh (dari kiri ke kanan) Dato' Prof Dr Zaleha, Dato' Saariah, Tan Sri Abdul Rashid, Dato' Dr Abdul Monir dan ahli Lembaga Pengarah, IKIP Education Sdn Bhd, Dato' Ti Lian Ker.   

Artikel di bawah (IKIP capai penarafan 5 bintang, IKIP bantu pelajar SPM pilih kursus ke IPT, Ikip teruskan program Jelajah Kembara Pendidikan) menggambarkan prestasi IKIP yang berkualiti tinggi dan dekat dengan masyarakat khususnya pelajar sekolah menengah.

*** Kampus Induk IKIP Sudahpun bermula kerja-kerja tapak. Pembinaan kampus induk Kolej Antyarabangsa IKIP ini di atas tanah seluas 6.3 hektar, dijangka siap dalam tempoh lima (5) tahun pada 2017 dengan mampu menampung pelajar 2,000 orang.
*** Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahukan usaha digerakkan bagi menjadikan Kolej Antarabangsa IKIP sebagai sebuah ‘full-fledged university’ (universiti sepenuhnya).
*** Boleh dijayakan sementelah Kolej Antarabangsa IKIP mempunyai keupayaan termasuklah adanya Lembaga Penasihat Akademik yang dianggotai oleh tokoh-tokoh termasuklah Dato’ Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
*** Antara ciri-ciri utama kampus induk Kolej Antarabangsa IKIP yang sedang dalam pembinaan ini ialah bangunan-bangunan Canselori, dewan utama, sekolah-sekolah pengajian, pusat pelajar serta empat (4) blok asrama empat (4) tingkat. 

Ikip teruskan program Jelajah Kembara Pendidikan

  Artikel ini dari petikan dari Utusan Malaysia, 13/6/2012
MARAN 12 Jun - Kolej Antarabangsa Ikip dengan kerjasama Yayasan Pahang meneruskan program Jelajah Kembara Pendidikan Negeri ke daerah ini selama dua hari di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini baru-baru ini.

Menerusi program jelajah itu, kolej berkenaan menyampaikan maklumat bidang pengajian yang ditawarkan seperti pengajian Islam, pengurusan dan perniagaan, seni lukis dan seni reka serta bidang sains dan teknologi kepada pengunjung.

Menurut Naib Presiden Pembangunan dan Pentadbiran Kolej Antarabangsa Ikip, Rugayah Hussin, selain pameran, pelbagai program menarik diatur untuk pengunjung seperti pameran pendidikan, sesi taklimat pendidikan dan kerjaya, kuiz menguji minda dan cabutan bertuah.

"Selain itu, matlamat utama program ini adalah sebagai medium menyampaikan informasi mengenai peluang pengajian tinggi dan kerjaya serta memberikan input tentang pinjaman pendidikan yang disalurkan oleh Yayasan Pahang di Ikip.

"Lebih 15 gerai pameran disediakan untuk pengunjung mendapatkan maklumat terperinci berkaitan institusi tersebut selain melihat hasil kerja bekas penuntut," katanya.

Tambah Rugayah, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan terutama pelajar sekolah, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain individu yang ingin mencari peluang pekerjaan di situ.

"Kami berharap pengunjung mendapat maklumat lengkap serta memilih bidang pendidikan dan kerjaya bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki," jelasnya.

Katanya, program itu akan diteruskan ke daerah lain di seluruh negeri ini bagi memberi input berguna kepada semua golongan.

"Selepas program pertama yang diadakan selama tiga hari di Kuantan, kita akan meneruskan program berikutnya ke daerah Raub pada 15 dan 16 Jun ini dan berharap penduduk di sana hadir memeriahkan program tersebut," ujarnya.
 

IKIP capai penarafan 5 bintang

Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) diumum antara 20 kolej swasta yang mendapat penarafan 5 bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Sistem Pengurusan Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQuest) bagi tahun 2010/2011.

Sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu, adalah sistem yang bertujuan untuk menilai pencapaian kolej swasta di Malaysia yang menghasilkan tiga laporan yang berdasarkan College Based , Cluster Based dan International Student Readiness.

Timbalan Naib Presiden Akademik IKIP, Encik Airul Amri Amran berkata, dengan penarafan 5 bintang ini, ia dapat membuka mata masyarakat akan kewujudan IKIP sebagai pesaing dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

“Dengan mendapat penarafan lima bintang oleh MYQUEST, ini membuktikan bahawa IKIP mempunyai sumber yang berkualiti dari segi pensyarah yang berkelayakan mengikut bidang serta kemudahan yang telah disediakan.

“IKIP sedang menambah baik perbincangan pelan strategik, pengiktirafan Total Quality Management (TQM) melalui Total Quality Fast Track Model (TQFTM) serta pemantapan bahagian akademik dalam usaha mencapai penarafan enam bintang pula,” katanya semasa ditemubual.

Ini menunjukkan IKIP di tahap yang terbaik dalam memenuhi aspirasi negara serta mampu menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti secara berterusan.

Selain itu, ia turut menggambarkan bahawa IKIP mempunyai kekuatan daya saing yang tinggi, serta berkualiti bukan setakat kepada program-program yang ditawarkannya malah dari segi pengurusan keseluruhannya.

Penilaian yang telah dijalankan itu, merupakan bukti kesungguhan kerajaan untuk melonjak pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan mampu berdaya saing supaya pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan dengan pendidikan di negara lain.

Usaha yang cuba ditonjolkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu mampu menghasilkan IPTS yang benar-benar berkualiti, menggalas cita-cita negara untuk melahirkan modal insan yang unggul serta menguasai nilai dan berkemahiran tinggi.

Ini juga sebagai landasan untuk memastikan program Kementerian Pengajian Tinggi itu dapat dilaksanakan secara terstruktur dan sistematik ke arah pencapaian matlamat untuk memastikan visi pengajian tinggi dapat dicapai secara berterusan.
Langkah ini bertujuan bagi memastikan IPTS yang terdapat di Malaysia memperbaiki mutu perkhidmatan serta meningkatkan kualiti pengajian tinggi menjelang tahun 2013 supaya memenuhi semua piawaian dan peraturan yang ditetapkan.

IKIP bantu pelajar SPM pilih kursus ke IPT

PETIKAN DARIPADA WEBSITE IKIP

TEMERLOH – Program anjuran Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) telah membuka mata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Temerloh (SMK Kerdau) agar lebih berhati-hati dalam memilih kursus diminati yang banyak ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut guru kaunseling, Hidzir Ismail, usaha yang dilakukan oleh IKIP itu sangat berkesan untuk membolehkan para pelajar mengenal pasti hala tuju selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka kelak.

“Saya sangat menyokong apa yang IKIP lakukan dalam memberi peluang kepada para pelajar mengenal pasti kursus-kursus yang bertepatan dengan kelayakan dan bersesuaian dengan minat mereka.” katanya.

Pihak IKIP juga turut dipelawa bagi menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga pelajar, lebih mengetahui dan memahami kepentingan dalam memilih kursus yang tepat untuk anak mereka.

Disamping itu, Mini Suhaini Awang juga merupakan seorang guru kaunseling sekolah berkenaan berpendapat, program seperti ini dapat menimbulkan minat pelajar-pelajar untuk tidak berputus asa dan memberi pelajar semangat baru dalam merealisasikan impian mereka.

Tambahnya lagi, program ini merupakan satu platform dan pendedahan yang baik untuk membantu para pelajar mengetahui minat mereka sekaligus menjadi modal insan yang cemerlang.

Nur Mastura Abdul Razak, 17, salah seorang pelajar yang menyertai program itu berpendapat, program seperti ini sangat tepat kerana dapat membantu pelajar-pelajar memilih kursus-kursus yang ditawarkan di IPT selepas tamat SPM nanti.

“Bagi saya, pengalaman seperti ini mendorong saya untuk lebih berusaha untuk maju dalam pelajaran dan menambah pengetahuan tentang kursus-kursus yang bukan sahaja ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa IKIP malah IPT tempatan yang lain,” katanya.

Mohammad Azrul Azri, 17, juga berpendapat, program ini sangat menyeronokkan kerana didedahkan mengenai apa yang bakal saya lalui selepas SPM berharap agar pihak IKIP akan menganjurkan aktiviti seperti ini lagi di masa akan datang.

Program selama sehari yang dihadiri lebih 83 pelajar calon SPM tahun itu, turut memuatkan beberapa aktiviti antaranya taklimat pendidikan, penyampaian hadiah, permainan dalam kumpulan, nyanyian lagu, melukis, dan ice breaking bagi memberi semangat kepada para pelajar sepanjang menyertai aktiviti itu Mac lalu.
Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List