Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/06/24

Transformasi teknik, vokasional Ke Kolej Vokasional

Transformasi teknik, vokasional Ke Kolej Vokasional



Sebanyak 50 buah motosikal berkuasa tinggi dilepaskan sempena pelancaran Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia untuk mempromosikan kolej berkenaan kepada orang ramai di seluruh negara di SMV Batu Pahat, Johor, baru-baru ini .

Sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara digantikan dengan kolej vokasional bukan sahaja dari segi nama malah turut melibatkan perubahan kurikulum, penilaian serta persijilan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab berkata, transformasi ini melibatkan kurikulum teknik dan vokasional, tempoh pengajian, pengiktirafan persijilan, tenaga pengajar, infrastruktur dan yang paling utama penjenamaan semula sekolah-sekolah menengah vokasional kepada Kolej Vokasional.

"Kementerian Pelajaran telah melakukan satu perubahan besar dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional melalui Transformasi Vokasional dan Teknik (VOCTEC).

"Perubahan yang besar ini pastinya telah menarik minat seluruh masyarakat di negara kita khasnya kepada ibu bapa dan anak-anak mereka yang berada di bangku sekolah," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, golongan ibu bapa dan pelajar ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang perubahan dalam bidang pendidikan vokasional, hala tuju dan manfaat masa depan daripada transformasi ini.

Sehubungan itu, BPTV menganjurkan Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia untuk mempromosi, menerangkan, membuat pameran, memberi taklimat dan apa jua yang berbentuk outreach kepada masyarakat serta golongan sasar bagi memberikan mereka input yang terkini, jelas dan tepat.


"Ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab warga Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk menjadi deliver atau penyampai agar dasar kementerian dalam bidang ini mencapai kejayaan," terangnya.

Jelajah selama lima hari yang diterajui Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Batu Pahat ini melibatkan penyertaan seramai 150 peserta termasuk para pegawai BPTV, pengetua, guru penolong kanan, ketua bidang, guru, pelajar dan alumni sekolah.

Ia melibatkan 50 buah motosikal berkuasa tinggi serta beberapa buah kereta, van, pacuan empat roda dan bas.

Konvoi melalui sembilan negeri bermula di Johor dan kemudiannya ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan berakhir semula di Johor.

Menurut Ahmad Tajudin, para peserta melakukan pendekatan kepada masyarakat dalam dua bentuk promosi iaitu melalui pergerakan kenderaan dan promosi statik di lokasi terpilih.

"Pendekatan yang dilakukan ini diharap dapat mencapai objektif utama program iaitu untuk menjadikan kolej vokasional sebagai pilihan utama para pelajar," katanya.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA., 11/6/2012

Jelajah KV 1Malaysia 2012 beri impak positif




KUALA TERENGGANU 29 Mei - Program Konvoi Jelajah Kolej Vokasional (KV) 1Malaysia 2012 mampu memberi impak positif terhadap perkembangan institusi berasaskan kemahiran di negara ini.

Ketua Urus Setia program, Mohd. Yunus Yusof berkata, usaha itu dapat menarik minat lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memilih kolej vokasional sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pengajian.
"Objektif utama program ini ialah untuk mempromosikan kolej vokasional kepada orang ramai sejak ia dinaik taraf daripada sekolah menengah vokasional mulai awal tahun ini.

"Selain itu, ia juga bertujuan memperbetulkan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kualiti pendidikan vokasional di negara ini," katanya ketika ditemui konvoi itu tiba di sini hari ini.

Mereka dalam rangka promosi institusi berkenaan kepada masyarakat seiring dengan Transformasi Pendidikan Vokasional diperkenal awal tahun ini.

Konvoi sebanyak 50 motosikal berkuasa besar selain kereta pacuan empat roda, van dan bas itu melibatkan 164 peserta terdiri daripada para pelajar dan kakitangan daripada 21 buah sekolah menengah vokasional dari seluruh negara.
Ia bermula dari Batu Pahat, Johor melalui Pahang dan tiba di Terengganu petang ini sebelum menuju ke Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL