Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

UPSI teruskan projek bina sekolah di Kemboja

UPSI teruskan usaha bina bilik darjah di Kemboja


JABATAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, akan meneruskan projek membina sekolah agama di Kemboja, walaupun berhadapan masalah kewangan hingga proses pembinaan tergendala.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar,berkata pihaknya masih memerlukan sekitar RM35,000 bagi meneruskan pembinaan tiga bilik darjah dan bilik guru di Kampung Brai-bis Chenam, Phnom Penh.

Beliau berkata, inisiatif lain termasuk menganjurkan kutipan membabitkan warga kampus UPSI dan diharap mendapat sokongan pelbagai pihak.



Katanya, projek berkenaan perlu diteruskan bagi membolehkan kemudahan itu dimanfaatkan 120 murid dalam satu masa.

“Sumbangan pelbagai pihak begitu dialu-alukan bagi membantu menampung kos menyiapkan atap dan melengkapkan perabot bilik darjah dalam bangunan berkenaan,” katanya.

Junaidi berkata, sebelum ini pihak pengurusan tertinggi UPSI dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pernah mengadakan lawatan dan melaksanakan program kemasyarakatan di sana.

Usaha itu kata beliau, menyuntik semangat serta motivasi generasi muda di sana untuk terus gigih belajar dan maju dalam hidup.

Keterangan lanjut mengenai sumbangan boleh hubungi pihak pengurusan menerusi talian 012-3350601 (Norhayati) atau 05-4505338 (Suhaida).

Sumber; Berita Harian  2012/06/20

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .