Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/06/06

Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita

Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita





Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita

  Sekarang cuti sekolah telah pun  bermula. Di dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah. Namun kebanyakan pelajar di tahun peperiksaan, pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan.

Pada waktu cuti sekolah begini, anak-anak kita berpeluang melakukan apa sahaja aktiviti yang tidak boleh mereka lakukan sebelum ini.

Apakah aktiviti yang akan mereka lakukan? Siapakah yang bertanggungjawab mengaturnya?

Meneliti situasi pada hari ini, para ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerjaya sehinggakan anak-anak tidak mendapat perhatian sebaiknya. Hasilnya, cuti anak-anak tidak pernah terisi dengan perkara yang berfaedah.

Anak-anak di bandar umumnya terdedah kepada pelbagai pengaruh antaranya ialah pengaruh televisyen yang mengandungi 1001 saluran, internet yang melekakan, games, filem-filem tempatan dan antarabangsa yang boleh ditonton dengan membeli CD atau mendownloadnya sahaja. 

Selain itu, mereka juga terdedah dengan pengaruh rakan-rakan yang mengajak mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti merokok, merayau di tengah malam dan sebagainya.
Persoalan
Adakah para ibu bapa sanggup melihat anak-anak mereka membuang masa di hadapan tv atau laptop selama berjam-jam lamanya? Adakah mereka sanggup membiarkan anak-anak mereka bangun daripada tidur hanya selepas matahari naik mencacak di atas kepala?
Di manakah sensitiviti seorang ayah dan ibu yang mahukan anak-anaknya menjadi penyejuk mata hati seperti yang difirmankan Allah di dalam Surah Al-Furqan, ayat ke-74?

Menurut Imam Al-Bughawi di dalam tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertaqwa yang mampu menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang kita doakan setiap waktu.

Mainkan peranan sebagai ibu bapa

Sebelum kita menyalahkan orang lain, para ibu bapa wajib dipersalahkan terlebih dahulu. Apakah perancangan mereka untuk anak-anak mereka jika mereka mampu menyiapkan perancangan tahunan jabatan dan organisasi mereka bekerja?


Janganlah dianggap makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang disediakan sudah cukup untuk membuktikan tanggungjawab sebagai ibu bapa sudah ditunaikan. Tidak! Peranan ibu bapa terhadap anak-anak lebih lagi daripada itu.

Anak-anak perlukan perhatian, belaian dan kasih sayang. Setiap apa yang mereka lakukan, mereka memerlukan sokongan dan dukungan. Paling kurang mereka memerlukan respon sama ada setuju atau tidak.
Sesungguhnya tiadalah sesebuah negara itu melainkan terdiri daripada kelompok masyarakat di dalamnya. Begitu juga masyarakat, tiada lain yang mengisi kelompok masyarakat itu melainkan keluarga-keluarga yang berada di dalamnya.

 Demikian juga keluarga, anak-anak sebenarnya yang menjadi komponen negara seterusnya menjadi tunjang di dalam kebangkitan sesebuah tamadun atau keruntuhannya.
Jika baik anak-anak, bererti baiklah keluarga. Jika baik keluarga, maka baiklah masyarakat. Dan jika baik masyarakat, maka cita-cita dan impian mewujudkan negara Islam yang rakyatnya benar-benar melaksanakan segala ajarannya akan terlaksana.
Contoh pengisian cuti sekolah
Luangkanlah sedikit masa merancang pengisian anak-anak walaupun hakikatnya bukan sahaja untuk musim cuti sekolah, bahkan setiap masa.

Kita boleh menjadikan solat berjemaah di rumah sebagai budaya, dengan itu kita boleh melatih anak-anak lelaki menjadi imam seterusnya ia mampu melatih sifat berani dan kepimpinan di dalam diri selain dapat menghafal beberapa ayat sebagai bacaan di dalam solat.
Budaya makan bersama juga boleh diamalkan. Dengan makan bersama, kasih sayang akan terjalin dan hubungan akan lebih erat. Ibu bapa berpeluang mengambil tahu perkembangan anak-anak ketika itu.

Aktiviti gotong-royong membersihkan rumah akan mendidik anak-anak tentang kebersihan. Jika perkara ini menjadi kebiasaan, akan lahir sifat pembersih di dalam diri mereka. 

 Selain itu, aktiviti ini akan melatih mereka menjadi anak yang taat kepada setiap arahan ibu bapa.
Kem-kem motivasi dan kem ibadah semakin banyak diadakan sempena cuti sekolah. Memang benar yuran yang dikenakan agak mahal walaupun program tersebut hanya berjalan selama beberapa hari, namun anggaplah yuran tersebut sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Agak pelik juga apabila terdapat ibu bapa yang sanggup membayar harga yang mahal untuk membeli kereta dan perabot rumah tetapi tidak sanggup membayar untuk kebaikan anak-anak mereka.
Jika di negara Mesir, cuti sekolah anak-anak diisi dengan program hafazan Al-Quran di masjid-masjid. Perkara ini amat positif kerana ia memupuk kecintaan kepada Al-Quran di dalam hati anak-anak. Menariknya, program ini dijalankan secara percuma dan turut dianjurkan pertandingan hafazan sebelum cuti berakhir.

Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak pulang ke kampun. Suasana desa yang permai memang bagus untuk kesihatan kita.

Memang seronok balik kampung kerana kebanyakana anak-anak kecil apabila di kampung dapat lepas bebas ke sana ke mari. Bahkan dapat berkawan dengan anak-anak kampung yang juga biasanya saudara-mara.

Berbasikal, berpanas, terjun sungai, mandi di air terjun, membantu jiran tetangga yang mengadakan kenduri kahwin dengan mencuci cawan dan gelas misalnya, atau pergi ke ladang mengutip buah sawit yang lerai bersama datuk atau merentas desa menjadi aktiviti anak-anak kita apabila di desa.

Menghantar anak pulang ke kampung apabila cuti sekolah adalah fenomena biasa bagi ibu berkerjaya. Antara sebabnya, risau anak sendirian di rumah sedangkan sebelum itu masa mereka banyak dihabiskan di sekolah dan kelas agama.

Ibu bapa mengambil pendekatan menghantar anak pulang ke kampung kerana hati lebih tenang. Ada orang menjaga dan mereka tidak susah hati memikirkan makan pakai si anak. Namun ada anak-anak yang merungut kerana sudahlah hari biasa jarang bertemu dan berkomunikasi dengan ibu bapa yang sibuk, cuti sekolah pun dihantar balik ke kampung!

Ada juga ahli keluarga nenek di kampung yang tidak senang kerana setiap kali cuti sekolah, orang tua itu akan kepenatan melayan kerenah cucu yang nakal dan manja. Menjaga kanak-kanak atau mengemas rumah yang berkecah bukanlah kerja yang mudah.

Anak-anak bagaimanapun sebenarnya boleh dihantar pulang ke kampung nenek mereka ketika cuti sekolah tetapi bukan begitu lama, sehingga cuti sekolah tmat.

Mungkin hanya beberapa hari atau bagi cuti yang panjang, seminggu dua. Selebihnya mereka sepatutnya menghabiskan cuti dengan ibu bapa dan keluarga sendiri.

Waktu cuti sekolah, ibu bapa boleh memantau sikap sebenar anak sendiri. Melatih anak berdisiplin dari segi tanggungjawab terhadap keluarga dan juga terhadap Allah.

Ketika ini, ibu bapa (walaupun kedua-duanya bekerja) boleh mula melatih ciri-ciri kedewasaan kepada anak terutama sekiranya mereka sudah 11 atau 12 tahun.

Bagi ibu yang berkerjaya, tidak mendapat cuti pada cuti sekolah, apa yang boleh anda lakukan?

Cuti sekolah ini elok melatih anak sama ada lelaki atau perempuan membuat kerja asas di dapur. Ajar cara memasak nasi dan kemudian beri tanggungjawab memasak nasi kepada mereka manakala anda sendiri sebagai ibu menyediakan lauk yang ringkas sebelum pergi kerja.

Kemas rumah. Sekiranya hari biasa anak-anak anda kepenatan dengan jadual sekolah yang padat, cuti sekolah bahagi-bahagikan tugas kepada mereka untuk mop lantai, mengemas bilik dan ruang tamu atau mengganti langsir baru.

 Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Beri tugas sama rata.Jika ibubapa membezakan anak perempuan dan lelaki, apabila dewasa, anak-anak anda akan ingat tindakan anda yang pilih kasih. Namun anak solehah dan soleh biasanya tidak berdendam dengan ibu bapa yang pilih kasih.

Aktiviti berfaedah tidak semestinya ke kem cuti sekolah. Anda boleh merancang aktiviti sekeluarga walaupun tidak perlu keluar rumah. Aktiviti ini tidak perlu menunggu musim hari raya. Cat baru ruang tamu bersama ayah pada hujung minggu.

Ibu pula menyediakan hidangan lazat selepas penat bekerja.

Memasak? Bukan hanya masak kek atau puding yang sesuai dijadikan aktiviti keluarga pada hujung minggu tetapi juga masakan lain. Anda juga boleh merancang majlis barbeku sekeluarga. Jika masa terhad, biarkan anak membantu menjayakannya.

Ambillah hati anak anda pada waktu cuti sekolah ini. Mungkin selama ini hubungan anda dan anak agak jauh kerana kesibukan masing-masing, gunalah cuti sekolah untuk merapatkannya kembali.

Bawa anak ke kelas pengajian agama di masjid atau surau. Dengar pengajian agama bersama-sama sama ada kuliah siang mahupun malam.

Riadah. Joging bersama-sama di taman beberapa jam pada waktu petang atau pagi pada hujung minggu sangat menyeronokkan. Bawa bekalan makanan dan selepas itu berkelah bersama-sama.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu menyedari kepentingan mengisi masa lapang anak-anak. Jika kita tidak menyusun percutian mereka, secara automatik anak-anak ini akan mengisi masa mereka mengikut selera sendiri, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran.

>





Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List