Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/06/24

Tengku Puan Pahang di persada dunia

Tengku Puan Pahang di persada dunia


Artikel ini dipetik daripada Ruangan Kolumnis Cetusan,oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdullah Ahmad, di muka surat 48, Akhbar Sinar Harian, Ahad, 24 Jun 2012. Saya muat naik di blog ini sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan. Sekian, terima kasih.


Tengku Puan Pahang di persada dunia




Dari pertengahan Mei hingga pertengahan Jun, kolumnis bercuti sebbatical tahunan di London dan Belanda berkebetulan dalam period yang sama dengan perayaan 60 tahun atau Jubli Intan Ratu Elizabeth II naik takhta United Kingdom (UK), Larian Obor Olimpik, permulaan 
pertandingan juara bola sepak Euro 2012 dan berlangsungnya temasya Chelsea Flower Show yang termasyhur itu.


Kolumnis gembira walaupun matahari terbit dan bercahaya cuaca dingin - amat menyegarkan dan selesa.




Selama enam dekad di atas takhta banyak bekas tanah jajahan British merdeka termasuklah kita, Ghana dan Nigeria.
Sejumlah 12 Perdana Menteri telah berkhidmat di bawah baginda bermula dengan Churchill hingga Gordon  Brown. David Cameron, Perdana Menteri sekarang, adalah yang ke 13 di bawah pemerintahan baginda. Margaret Thatcher mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah British.
Ratu atau Queen Elizabeth II, seperti Elizabeth I dan Queen Victoria, adalah tiga ratu (dan raja) yang terunggul.
Kolumnis dan isteri pernah menghadap dan diperkenalkan kepada baginda dan keluarga dirajanya sebelum jamuan makan malam diraja bagi diplomat-diplomat di London pertengahan 1980-an dan juga telah menghadiri  beberapa kali jamuan teh diraja di Istana Buckingham.
Pada 15 Mei lalu, kolumnis dijemput makan tengah hari di House of Lords meraikan Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika itu dalam lawatan kerja di London tetapi tidak dapat hadir kerana kolumnis hanya tiba di Heathrow  Airport pagi 16 Mei.
Apa pun sebelah malam kolumnis menghadiri jamuan makan malam di Hilton Hotel Park Lane meraikan pemenang Asian Women of Achievement Awards 2012 yang dihadiri Menteri Dalam Negeri UK, Theresa May, Cherie Blair
dan ramai lagi.


Dua pemenang utama adalah Farah Pandith, US Special Representative to Muslim Communities atau Penasihat Hillary Clinton tentang komuniti Islam sejagat dan Tengku Puan Pahang, Tuanku Azizah.


Kolumnis perturunkan ringkasan citation dalam bahasa asal:


“Princess Azizah is the daughter of the Sultan of Johore and wife of Tengku Makhkota (Crown Prince) of Pahang.A firm believer of the adage: ‘Teach A Girl You Educate A Family. We recognise her tonight for, among her many activities, her outstanding work for the World Association of Girl Guides and Girl Scouts on local, regional and  worldwide levels'.


Diam-diam sahaja, tanpa paluan gendang, kompang, rebana ubi dan silat, Tuanku Azizah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang pemimpin wanita yang berkaliber dan berjasa.


Baginda tidak sekadar pemimpin wanita di negeri Pahang sahaja! Apa yang menarik minat kolumnis dan agak terkejut juga kepetahan baginda berucap dalam bahasa Inggeris secara spontan, tanpa teks, di majlis antarabangsa dan di London pula.


Sebenarnya, baginda ada teks ucapan tetapi oleh kerana Farah berucap tanpa teks dan mendapat tepukan gemuruh baginda telah membuat keputusan kilat turut berucap tanpa teks: Ringkas, berkesan tentang  aktiviti-aktivitinya terutama program fertiliti untuk mereka yang ingin anak di negeri Pahang dan diselang-selikan dengan humour yang subtle.
Keputusan baginda menakjubkan ramai tetamu termasuk 10 tetamu dari Malaysia di antara tetamu yang berjumlah 700 orang itu. Kerana kepetahannya Tuanku Azizah telah mendapat tepukan yang gemuruh.
Kolumnis tidak malu - sungguh berasa megah seorang bakal Tengku Ampuan dan bakal Raja Permaisuri Agong boleh berucap sedemikian.


Tidak ramai barangkali yang menduduki takhta atau bakal bersemayam bisa bicara sebegitu idiomatik, petah kecuali mungkin Tuanku Zaharah Salim, Tuanku Bainun, Tuanku Raja Zarith, Sultanah Kalsom, dan Tuanku Lailatul Shahreen.
Suka duka, sistem raja berperlembagaan amat penting dikekalkan di Malaysia.


Ratu Elizabeth II mempunyai, selepas perayaan Jubli Intan, approval rating 80 peratus. Golongan Republikan satu masa dahulu kuat juga kini merosot kerana rakyat British sekarang gembira dan seronok dengan pendekatan realis keluarga diraja mereka.


Apa pun tiada bangsa lain tercekap seperti British mengurus dan memelihara adat dan istiadat dengan penuh dignity dan kemuliaan.
Yang menakjubkan majlis adat istiadat rasmi dilaksanakan secara ringkas dan tanpa banyak bicara! Ratu Elizabeth II, selepas tragedi Puteri Diana, kata Speaking: “has reinvented and reenergised the British Monarchy - iaitu memberi tenaga, nafas dan peranan baru kepada keluarga diraja British.”
Baginda membawa perubahan-perubahan yang sesuai dengan tuntutan zaman dan politik yang akan membantu menyelamatkan sistem beraja berperlembagaan.
Aktor-aktor baru terutama melalui cucunya Putera William dan isterinya Kate Middleton (anak kelahiran keluarga menengah yang berpendidikan universiti dan cantik pula) telah meningkatkan lagi populariti keluarga diraja  Windsor, yakni keluarga diraja yang memegang takhta British ketika ini.
Sistem monarki di UK terlihat lebih selamat daripada sistem monarki di negara lain.


Inilah kekuatan keluarga diraja British - sering berubah mengikut peredaran zaman.
Sepanjang perayaan Jubli Intan, kolumnis lihat rakyat British amat sayang dan puja raja mereka secara spontan pula. Pesta Sungai Thames dihadiri satu juta manusia yang majoriti mengibarkan bendera Union Jack.
Berpuluh-puluh ribu bahkan ratusan ribu menghadiri konsert diraja dengan tetamu khas diraja seramai 5,000 dipilih melalui cabutan telah dihiburkan dengan pementasan, tarian dan nyanyian bintangbintang antarabangsa dan bintang-bintang British sendiri.
Cameron dan isterinya, juga Timbalan Perdana Menteri dan isteri kelihatan duduk di barisan keempat di ruang khas diraja. Pengerusi BBC di barisan hadapan bersama Ratu Elizabeth.
Di setengah negara dan negeri, lazimnya kerusi barisan hadapan hatta kedua dan ketiga pun selain daripada kerabat diraja dibolot golongan politikus dan pegawai.
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL