Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012.

Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Permohonan hanya menggunakan kaedah atas talian sahaja ( Internet). Pelajar-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI)  di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.

Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.

Para pelajar boleh berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing jika tidak faham, atau meninggalkan pertanyaan di ruang komen di bawah posting ini atau boleh menghubungi terus pihak Pengambilan Pelajar Bahagian Matrikulasi KPM.

Kebanyakan pelajar yang saya temui sebelum ini, mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.

Contohnya apabila saya tanya kenapa taknak mohon matrikulasi;

"Saya rasa result peperiksaan saya nanti tak baguslah cikgu. Sebab sebelum ni result tak berapa nak bagus, jadi malas nak apply Matrik lah ,cikgu," omel seorang pelajar. Tapi bila result SPM keluar, Alhamdulillah, cemerlang juga.

Jadi, usah rasa putus asa, usah rasa rendah diri, usah rasa tak layak nak masuk IPT dan rasa tak yakin. Anda belum menempuh peperiksaan sebenarnya lagi, kan? Jadi, buang dan campakkan jauh-jauh rasa negatif dan pemikiran tak boleh berjaya tu jauh-jauh.

 InshaAllah, anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dengan syarat usaha yang berterusan dan sistematik, tak pernah kenal erti jemu dan putus asa daripada rahmat Allah bagi pelajar Muslim, rajin buat kerja sekolah yang cikgu berikan, rajin bertanya guru, hormati guru anda, hormati ibubapa anda dan lain-lain lagi tip kejayaan insan cemerlang, boleh anda search di google atau search sahaja di blog ini.

Oklah. Sila ambil perhatian ya pelajar. Sebelum memohon Matrikulasi KPM ni, anda kena ada No Pin dulu. Hanya di Bank Simpanan Nasional sahaja dijual No Pin ini.

Jualan No PIN BSN Mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012 bagi pengambilan sesi 2013/2014.Oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

Sejarah Matrikulasi KPM Secara Ringkas

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).

Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Untuk sesi pengambilan 2009 / 2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).

Kini, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012  iaitu permohonan melalui internet (PMI).

KONSEP

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.

 Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa
  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua (2) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains dan Aliran Teknikal) dan Jurusan Perakaunan. 

    2.      Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

 Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat (4) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains sahaja) . Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal tidak terlibat.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

 

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

 Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI).

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Borang Online Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia 2012/2013 di sini.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Panduan Permohonan

Kategori Pemohon 

     Jenis sekolah pemohon  
  A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) /
         Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)

  B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
         (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.

  E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/
         Tamil (SMJKC/T).
     CARA MENGISI
      Sila klik senarai yang berkaitan dengan jenis  sekolah anda. Jika anda dari sekolah berasrama penuh,  sila klik butang yang berkaitan.
Pilihan Jurusan/Aliran
  M001 (Sains)
  M003 (Perakaunan)
  M007 (Teknikal)
   Sila klik senarai jurusan/aliran pilihan anda. Jika anda memilih Jurusan Perakaunan, sila klik senarai yang berkaitan. Pastikan jurusan yang dipilih layak dengan mata pelajaran SPM yang anda daftar.

Semakan Permohonan Matrikulasi 

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2013 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2013 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi


Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan. 

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi


Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Biasanya  pada pertengahan April. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2012.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan dan masalah, sila hubungi:

Bahagian Matrikulasi (BMKPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7,
Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Telefon : 03-88844083/ 03 8884 4036/ 4040/ 4083
Faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.

92 Comments:

Farahin Azman said...

kalau calon persendirian atau calon ulangan boleh mohon matrik tak?

Puan Ummi said...

Farahin
setahu saya boleh
asalkan kelayakan keputusan SPM itu menepati syarat dan umur tidak melebihi seperti yang disyaratkan.

Unknown said...

assalamualaikum..cikgu...boleh sy tau bila tarikh untuk pendaftaran upu sesi 2013/14?

Amanina said...

assalamualaikum cikgu. Tadi saya ada isi borang matrik ni tapi tak sempat nak hantar saya ter'pangkah' tab tu. Boleh saya isi sekali lagi? ada effect tak pada proses kemaskini yg akan datang?

harap cikgu balas ye

Puan Ummi said...

Unknown
waalaikumussalam
cuba lihat nanti dalam akhir bulan oktober dan awal november.takpe nanti kalau ada info berkaitan, saya cuba publish di sini secepat mungkin

Puan Ummi said...

waalaikumussalam Amanina
apply sekali lagi ya.pastikan jangan pangkah tab tu ya sebelum submit borang permohonan.

irah said...

bila tarikh akhir beli nombor pi tu?

Anonymous said...

bila tarikh akhir beli no pin tu?

Puan Ummi said...

Irah dan Anym:
tarikh akhir beli no pin 10 Oktber 2012,sebaiknya sebelum 10 oktober dah beli no pin.

Emannuel said...

cikgu,saya sudah mengisi borang PMI dan telah mengisi semua ruangan yang disediakan.setelah selesai mengisi,saya Klik butang hantar dan kemudian Website Not Found",bolehkah saya kembali mendaftar lagi dengan nombor pin yang sama sebab saya tidak tahu sama ada pendaftaran saya berjaya atau tidak

Anonymous said...

Maaf, saya nak tanya adakah pencapaian kokurukulum(jawatan yang disandang) pada tingkatan 1->4 diambil kira dalam permohonan matrikulasi.

Anonymous said...

askum cikgu,,klau pelajar bukan warganegara bleh mohon tak? ataupun pelajar yang menggunakan pas pelajar ?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu saya nak tanya kalau saya pengawas pusat sumber dan bendahari pusat sumber saya kena pilih yang mana?

-xdeath said...

assalamualaikum. cikgu.

sye nak tanyer,

1. Untuk tingkatan 5 tahun ni yang bakal menduduki peperiksaan spm2012 (2012).. bila kami boleh beli no "PIN" BSN. Dan bila borang permohonan ke UPU/politeknik bagi batch kami akan dibuka?

2. Cikgu boleh terangkan kat saye? apa tu yang ditulis kat UPU? "borang kemasukan sesi 2012/2013". ape maksud dia..? untuk batch spm 2012 ke? yang 2012/2013 tu ape maksud dia. Untuk sesi kami ke? 2013 tu?.

btw saye nak kongsi sikit dari cikgu saye.. beliau ade sertai seminar upu.. n sye nak kongsi sikit..


Tentang pengisian borang UPU :-

untuk isi borang upu, ada dua fasa :-
fasa pertama :-
Pemohon perlu mengisi borang online upu di "www.jpt.mohe.gov.my" yang akan dibuka pada 1 november 2012 - 31 Disember 2012. Selepas isi borang pemohon perlu hantar dan "print" borang tersebut.

fasa kedua :-
Belian No. Pin BSN UPU untuk "lepasan SPM tahun 2012" hanya boleh dibeli pada 4 January 2013 u.No pin BSN UPU yang dijual sekarang hanya untuk lepasan SPM tahun 2011(sekiranya terbeli, no.pin tu memang tak boleh guna apa). Borang fasa 2 hanya boleh dibuka selepas Result SPM 2012 diumumkan. Pemohon digalakkan memohon segera bagi mengelakkan "over access" pada website. pengisian borang fasa 2 memerlukan pemohon untuk mengisi bersama result spm 2012 mereka.

Borang Fasa dua hanya dibuka 2 minggu selepas tarikh result spm diumumkan. pemohon perlu hantar, cetak dan simpan borang yang dicetak untuk "kedua-dua fasa, sebagai bukti penghantaran borang".

p/s: tak silap sy no. pin kena beli dua kali, sekali untuk upu sekali lagi untuk politeknik.. kalau nak isi le.. sye tak ingat haritu maybe ade tertinggal time taklimat haritu.. kalau cikgu ade info harap bagitau kat sini ye :D

Anonymous said...

bila pembelian pin upu untuk pelajar spm 2012 dibuka ?

Puan Ummi said...

ANON
Bagi PERMOHONAN UPU, pembelian no pin UPU biasanya dibuka pada awal November.

Sila layari http://upu.mohe.gov.my/upu.php untuk informasi terkini.

Anonymous said...

Salam cikgu,saya pelajar lepasan SPM 2010 tetapi saya belum melanjutkan pelajaran di mana-mana.Saya memang ada keinginan yang kuat untuk menyambung pelajaran tetapi masih tiada rezeki.Adakah saya masih layak untuk memohon UPU?Bilakah tarikh tepat pengeluaran UPU?
YANG INGIN TAHU...

Anonymous said...

Kalau saya mohon untuk matrikulasi dan berjaya dapat tawaran, adakah saya tidak akan dapat tawaran untuk ipta?

Anonymous said...

Salam cikgu,saya berumur 19tahun.saya masih layak memohon upu taraf spm ke?-lina-

nor azlin azman said...

Assalamualaikom cikgu... sya ragu2 untuk mem0hon matrik kerana saya tidak mengambil mata pelajaran matematik tambahan... adakah pelajar seperti sya bole memohon matrik???? terima kaseh... ;D

Anonymous said...

No pin masih boleh dibeli?

aqeylah said...

Salam cg...sy da terlepas tarikh tu..maknanya sy da xley apply la?huhu...

Anonymous said...

salam cikgu...saya dah terbeli no pin upu masa trial spm hari tu...rmai pelajar dah terbeli...boleh pakai ke no pin tu untuk januario nnti?

Puan Ummi said...

wsalam -xdeath
terima kasih ye atas informasi yang -xdeath berikan. sangat saya hargai. sorry baru malam ni saya berkesempatan membalas komen anda

Puan Ummi said...

Anon December 10, 2012 5:05 PM

tak ape. simpan dulu ye. ia boleh digunakan apablia UPU dibuka nanti. januari tu untuk yang bukan beli lalu sekolah. pihak sekolah memangd ah uruskan sebelum SPM tempoh hari kan? jadi simpan baik2 no ID TU ya

Puan Ummi said...

Salam Anon October 11, 2012 8:25 PM

Tarikh UPU 2013 untuk beli no pin ID (yang bukan melalui pihak sekolah) Boleh beli pada januari 2013

Unknown said...

cikgu...mcm mna nak mohon matrikulasi bg lepasan spm 2012 selepas tempoh permohonan telah ditutup...saya amat memerlukan bantuan cikgu..

muhammad addin said...

Cikgu.....bagaimanakah cara untuk memohon matrikulasi bagi sesi 2013/2014 selepas tempoh permohonan telah ditutup
saya telah membeli kod pin permohonan pada Julai 2012.Akibat leka,saya tidar sedar bahawa tempoh permohonan telah ditutup
bagaimanakah caranya untuk saya memohon semula.
saya amat memerlukan bantuan anda

muhammad addin said...

Cik.....bagaimanakah cara untuk memohon matrikulasi bagi sesi 2013/2014 selepas tempoh permohonan telah ditutup
saya telah membeli kod pin permohonan pada Julai 2012.Akibat leka,saya tidar sedar bahawa tempoh permohonan telah ditutup
bagaimanakah caranya untuk saya memohon semula.
saya amat memerlukan bantuan anda

Anonymous said...

Cik.....bagaimanakah cara untuk memohon matrikulasi bagi sesi 2013/2014 selepas tempoh permohonan telah ditutup
saya telah membeli kod pin permohonan pada Julai 2012.Akibat leka,saya tidar sedar bahawa tempoh permohonan telah ditutup
bagaimanakah caranya untuk saya memohon semula.
saya amat memerlukan bantuan anda

Anonymous said...

salam cikgu, saya dah mohon before spm haritu, tp saya just log in satu kali je.. mcm mana nk pastikan dah submit? lagi satu, no pin saya dh hilang sbb ade kecurian n x ingt no tu..

Anonymous said...

salam cikgu, sy dh mohon before spm haritu, tapi baru smpt login satu kali je.. jd kira dh submit ke? lg satu, no pin sy hilang sbb ada kecurian, mcm mana ye?

Randolph Carlos Collar said...

Hello,cikgu saya nak tanya,saya pelajar spm 2011 dan ingin masuk matrikulasi pada januari. boleh tak cikgu?

Puan Ummi said...

Anon 22 dec
permohonan matrikulasi telah ditutup dik
utk lebih pasti adik sila call ke bahagian matrikualsi ye

Puan Ummi said...

anon oktober 16
matikulasi diuruskan di bawah KPM
IPTA diuruskan di bawah KPTM
Apa2 pun, mohon sahaja mana2 peluang yg terbuka.

Puan Ummi said...

Anon-Lina
Anonymous said...

Salam cikgu,saya berumur 19tahun.saya masih layak memohon upu taraf spm ke?-lina-

October 21, 2012 12:10 PM
Delete

Lina,
waalaikumussalam
sekarang pembelian no pin suah dijual
elok Lina beli segera. Cubalah Mohon, inshaAllaha da rezeki Lina dapatlah, jika lina kelulusan SPM, Mohon UPU yg guna kelulusan SPM. Boleh apply program diploma di U/ Politeknik dan ILKA/TEVT lain

Puan Ummi said...

jawapan
Sakaki Makio said...

cikgu...mcm mna nak mohon matrikulasi bg lepasan spm 2012 selepas tempoh permohonan telah ditutup...saya amat memerlukan bantuan cikgu..

December 22, 2012 7:01 AM


Saya pun tak dapat nak tolong Sakaki, sbab permohonan matrikulasi telah ditutup

cubalah mohon UPU, skrg pembelian no id d bsn sdg dibuka

Puan Ummi said...

muhammad addin said...

Cik.....bagaimanakah cara untuk memohon matrikulasi bagi sesi 2013/2014 selepas tempoh permohonan telah ditutup
saya telah membeli kod pin permohonan pada Julai 2012.Akibat leka,saya tidar sedar bahawa tempoh permohonan telah ditutup
bagaimanakah caranya untuk saya memohon semula.
saya amat memerlukan bantuan anda

December 22, 2012 9:36 AM


permohonan ke matrikulasi telah ditutup, saya minta maaf saya tak dapat nak bantu anda, skrg permohonan ke UPU sdg dibuka, silakan beli no id segera di bsn.

Puan Ummi said...

Anonymous Anonymous said...

salam cikgu, saya dah mohon before spm haritu, tp saya just log in satu kali je.. mcm mana nk pastikan dah submit? lagi satu, no pin saya dh hilang sbb ade kecurian n x ingt no tu..

January 3, 2013 7:28 PM

salam, jika anda telah click submit button, maka ia telah selamat dihantar ke pangkalan data KPM-Matrikulasi.

cuba anda hubungi bahagian matrikulasi KPM ye bagi mengetahui jawapan itu sbb saya pun tak tahu.

Puan Ummi said...

Randolph Carlos Collar said...

Hello,cikgu saya nak tanya,saya pelajar spm 2011 dan ingin masuk matrikulasi pada januari. boleh tak cikgu?

January 7, 2013 10:18 PM

hello Randolph
permohonan ke matrikulasi 2013 telah ditutup, anda bagaimanapun boleh memohon UPU 2013 Sekarang, no pin id sila beli di BANK SIMpanan Nasional ya.

Anonymous said...

salam.. saya nak tanya..
saya dh bli no pin id pada januari 2013 utk permohonan upu..
tapi saya masih belajar di politeknik..
saya akan tamat belajar pada bulan 5..
sempat ke saya mohon upu?
kalau xsempat.. boleh ke saya guna no pin id upu 2 utk intake seterusnya?

Puan Ummi said...

WSALAM
tamat belajar bulan mei 2013?
anda boleh mohon pada UPU 2014 nanti atau pada disember intake, pihak IPTA/ILKA ada membuat ambilan terus dan tidak melalui UPU

Anonymous said...

salam cikgu.. saya nak tanya, permohonan ke matrikulasi ada berapa fasa? saya dah mohon masa tahun lepas sebelum spm, saya kena mohon lagi ke? ataupun saya kena tunggu jawapan sahaja? harap cikgu dapat tolong.. :)

Anonymous said...

saya dah dapat no pin untuk permohonan ke upu.. boleh mula mohon sebelum keputusan spm keluar ke cikgu? ada berapa fasa permohonan ni? saya tak berapa jelas.. hopefully cikgu boleh bagi jawapan,, thankz.. :)

Khadijah's Place said...

nak tnya
kan utk calon spm 2012 , dorng dah mohon masa 2012 la kan ? nanti ada kemaskini utk 2013 . tapi masa buat permohonan tu sy dah kemaskini sbyk 3 kali . nanti 4/2 nie boleh kemaskini lagi . jadi saya nak tnya nie, adakah peluang sy utk kemaskini dah habis ke blm ?

Unknown said...

assalamualikum cikgu ,
saya sekarang di matrik sesi 2012/13 dan dapat pngk 1 2.41
bolehkah saya ulang matrik utk sesi 2013/14 atau sesi 2014/15 ??

Anonymous said...

saya sekarang di matrik sesi 2012/13 dan dapat pngk 2.41
bolehkah saya ulang matrik utk sesi 2014/15 ??

Anonymous said...

saya sekarang di matrik sesi 2012/13 dan dapat pngk 2.41
bolehkah saya ulang matrik utk sesi 2014/15 ??

Anonymous said...

saya sekarang di matrik sesi 2012/13 dan dapat pngk 2.41
bolehkah saya ulang matrik utk sesi 2014/15 ??

Anonymous said...

Sya nak tnya..
Klu sya dah msuk U and rsa nak tukar U boleh tak sya isi upu..i mean upu 2013 ni..tarikh ttup dah lepas ke..?
Sya spm 2010..

Puan Ummi said...

anon tarikh tutup UPU 2013 Belum tutup lagi. SPM 2010? erm nape nak tukar U? anda cubalah dulu ya apply, ada rezeki adalah. Ke nak apply program kesihatan di spa spt pembantu perubatan,fisioterapis, jururawat di kEMENTERIAN EKSIHATAN?
TUTUP 17 february ni

Fatin said...

salam .ckg , saya pelajar aliran sains , tp nak tukar pg jurusan perakaunan kt matrikulasi . so , dlm borang tu nak mohon jurusan sains @ perakaunan ? atau , mohon jurusan sains , lepas dah dpat nanti baru nak tukar pg akaun ?

Anonymous said...

assalamualaikum . camane nak mohon akaun klu jurusan sains erk ? dah dpat bru nak tukar ke ?

Anonymous said...

saya nk tnya
bru2 ni saya telah kemaskini permohonan ke matrikulasi...apabila saya hndak mencetak salinan permohonan yg tlh dikemaskini terjadinya server error...saya mencuba sehingga cubaan untuk kemaskini tmt...adakah wajib utk mencetak salinan permohonan yg tlh dikemaskini??

Anonymous said...

cikgu......adkah maklumat yg diisi tdk lengkap layak membuat rayuan bagi memasuki matrikulasi?

Unknown said...

salam cikgu. saye pelajar Sains tulen ambil fizik. sye telah mohon program matrikulasi untuk sesi 2013/2014. impian saye untuk menjadi doktor yang berjaya suatu hari nanti. masalahnya sekarang cikgu, kelayakan untuk masuk ke matrikulasi jurusan sains mesti ada subjek math, fzik, kimia, bio, bi, bm and addmath. smua subjek berikut sye ade ambil kecuali addmath. sye berminat dan fokus kepada jurusan doktor untuk ambil biologi. tp sye tak ambil addmath masa spm, adakah sye layak untuk masuk ke matrikulasi. sye risau la cikgu. tp trial ni td sye dpat 6A 2B 1C. bila saye melangkah ke peperiksaan spm sebenar, sye rasa yakin bahawa sye dapat jawab semua soalan kerana sye fikir mesti dpat 7A then matrik nak ambil sye sbb sye kan dah kurang peluang kerjaya tak ambil addmath.

email sye komen dan pendapat cikgu ye, raymond.douglas24@gmail.com

Anonymous said...

Salam cikgu.. Saya dah mohon matrik... Jika saya tak dapat.. Bagaimana saya nak buat rayuan? Guna no pin yang sama ka? Pliss.. :)

alwaysme said...

kalau result spm just dapat 1a. lepastu 4b+ still layak ke nak proceed ke matriks ni ? macam tak je :/

Fatin said...

Salam. Saya nak tanya, program dua tahun tu berbaloi x untuk student lebih memahami sukatan dan seterusnya memudahkan student mendapat keputusan yg cemerlang? Tq.

Anonymous said...

Kalu dpt 4a blh msk x matrik?

Anonymous said...

salam cikgu , kalau dapat 5a tapi kimia dapat D , boleh masuk matriks tak ?

Anonymous said...

salam cikgu .saya hendak membuat semakan matriks .tetapi saya keliru antara nombor siri matriks dan user id .user id memerlukan nombor matriks .nombor matriks yang mane satu pula ?harap cikgu balas .tq

Anonymous said...

i think u should visit your blog more often cikgu .sebab saya tengok bnyak soalan yg sudah lama tidak berjawab .thank u

Ukhty Anisa said...

assalamualaikum...cikgu...nak tanya..
keputusan spm saya memenuhi syarat2 kecuali kimia...kimia saya gred D...
masih boleh ka masuk matriks tu...?
kalau tak dapat matrikulasi,boleh ke kalau saya masuk form 6?
harap maklum balas cikgu.... n__n

Ukhty Anisa said...

assalamualaikum...cikgu....kimia saya ialah D....tapi yg lain alhamdulillah lulus dengan baik....3A...klau tak dapat matriks boleh masuk form 6 ke?tapi macam mane ye cikgu..?betul2 perlukan bantuan cikgu

SHARMINE NADIA said...

SAYA NAK MOHON..
TAPI TARIKH PERMOHONAN DAH TUTUP KE?

Anonymous said...

Cikgu saya ada masalah ckit ni...sy pelajar cina dan kira kira sya dpt msk matrik ke dgn keputusan yg hanya 7a.

Anonymous said...

Cikgu, mohon jawab soalan di atas. Saya pon mengalami masalah yang sama. Terima kasih.

Unknown said...

Salam cikgu.. Apa perbezaan antara matrik 1 tahun dgn 2 tahun yea ? Keliru.. Tq..

Unknown said...

Salam . apa perbezaan matrik 1 tahun dgn 2 tahun yea.. mohon penjelasan cikgu.. terima kaseh..

Anonymous said...

assalam cikgu .. alhamdulillah ..saya mendapat 9a dlm spm .. tapi kenapa prmohonan matrik sy tk brjaya ... sye tk thu la mane silap nye... :/
sy warganegare mlaysia .. tp parents sy tak .. itu mempengaruhi prmohonan sy ke ?

Anonymous said...

assalamualaikum. saya nak tanya cikgu, tentang second intake matrikulasi. utk pengetahuan cikgu ni results spm 2012 saya :

BM : A-
BI : D
Biology : C+
Physics : C+
Chemistry : B
Add. Math : B+

saya mmg telah melepasi syarat2 kelayakan, tapi sy slack dekat subjek BI tu sekarang ni. Untuk makluma cikgu, saya berminat sgt dgn aliran sains hayat di matrikulasi.

soalan saya, adakah dgn keputusan saya ni, saya layak utk masuk ke matriks utk second intake? saya berharap sgt saya dpt masuk ke matriks. ada kawan sy dia dapat D utk chemistry pun dia masih diterima masuk. untuk makluman cikgu juga keputusan Bahasa Inggeris tu saya telah hantar utk semakan semula ke kementerian kerana saya yakin gred BI saya tu diubah. Semasa trial saya telah mendapat dalam subjek BI tetapi semasa SPM sebenar saya mendapat gred D. saya yakin yg result BI saya tak seteruk tu. InsyaAllah.

jadi cikgu, adakah masih ada harapan lagi ruang untuk saya bagi kemasukan matrikulasi second intake ini jika sekiranye gred BI saya tu berubah (insyaAllah)? utk makluman cikgu results spm baru tu saya akan peroleh pada sekitar 21 jun 2013. jadi, bilakah tarikh semakan utk second intake itu? saya berharap utk mendapat respons dari cikgu. terima kasih!

Puan Ummi said...

waalaikumussalam tanpa nama April 26, 2013 at 2:21 AM;

cubalah buat rayuan ye saudara/i.
untuk berjaya atau tidak rayuan anda, bergantung kepada rezeki anda.

mohonlah juga institusi awam yang lain ye

Puan Ummi said...

Anonymous said...

Salam cikgu.. Saya dah mohon matrik... Jika saya tak dapat.. Bagaimana saya nak buat rayuan? Guna no pin yang sama ka? Pliss.. :)

March 13, 2013 at 11:26 PM
Delete
wslm,guna no pin yg sama
untuk info terkini sila ke fb matriks kpm ye dik
saya jarang dapat balas komen 2 anda kerana saya tidak sihat

Puan Ummi said...

raymond.douglas24
semoga anda telah berjaya dalam permohonan anda ke matrikulasi KPM dan dalam mengejar cita2 murni anda

Puan Ummi said...

Anonymous Fatin said...

Salam. Saya nak tanya, program dua tahun tu berbaloi x untuk student lebih memahami sukatan dan seterusnya memudahkan student mendapat keputusan yg cemerlang? Tq.

March 22, 2013 at 1:43 AM
Delete

waalaikumussalam. OK. Berbaloi sgt2.
ada peluang dan ruang, rebut dan ambillah ya. banyak pilihan ipta dan juga ke oversea jika result matriks anda cemerlang

Puan Ummi said...

Ukhty Anisa said...

assalamualaikum...cikgu....kimia saya ialah D....tapi yg lain alhamdulillah lulus dengan baik....3A...klau tak dapat matriks boleh masuk form 6 ke?tapi macam mane ye cikgu..?betul2 perlukan bantuan cikgu

March 25, 2013 at 10:12 PM
Delete

waalaikumussalam, semoga anisa telah berjaya ke form 6. dalam amsa yg sama, buatlah rayuan ke matrikulasi KPM.

Jika ada peluang buat diploma dalam mana2 bidang sains, silakan juga pohon.

yang penting mohon dulu dan kemudian buatlah pilihan yg terbaik dan sesuai dgn minat kerjaya anda

Puan Ummi said...

Anonymous said...

Cikgu saya ada masalah ckit ni...sy pelajar cina dan kira kira sya dpt msk matrik ke dgn keputusan yg hanya 7a.

April 21, 2013 at 10:58 AM
Delete

inshaallah ada rezeki, anda boleh ke matriks tapi ia bergantung kepada kekosongan tempat dan sila rujuk ke KPM bahagian matriks ya

Puan Ummi said...

Anonymous said...

assalam cikgu .. alhamdulillah ..saya mendapat 9a dlm spm .. tapi kenapa prmohonan matrik sy tk brjaya ... sye tk thu la mane silap nye... :/
sy warganegare mlaysia .. tp parents sy tak .. itu mempengaruhi prmohonan sy ke ?

April 25, 2013 at 4:09 PM
Delete

maaf saya tak tahu utk jawab soalan ni
sila rujuk matrrikulasi kpm

Puan Ummi said...

Untuk jawapan2 segera, para pelayar diharap ke fb matrikulasi KPM Terima kasih.

Puan Ummi said...

siti nasuha said...

Salam . apa perbezaan matrik 1 tahun dgn 2 tahun yea.. mohon penjelasan cikgu.. terima kaseh..

April 24, 2013 at 9:22 AM
Delete

wslam, setahun belajar setahun di matrikulasi. 2 tahun, 2 tahun di matriks, silibus sama.

Puan Ummi said...

saya jawab secara umum, kpd soalan di komen di sini dan juga email:

permohonan ke matrikulasi hanya untuk tahun spm semasa diumumkan sahaja. Contohnya kemasukan ke matrikulasi tahun 2013 ini hanya untuk lepasan SPM 2012 yang ada memohon pada tahun lepas lagi.

jika tak dapat matrikulasi dan sudah memohon pada tahun lepas, anda boleh buat rayuan di website bahagian matrikulasi KPM.

Urusan mendapat matrikulasi di negeri mana, dan dapat atau tidak matrikulasi adalah di bawah bidang kuasa bahagian Matrikulasi KPM.

Segala pertanyaan dan rayuan sila hubungi pihak mereka.

Anonymous said...

salam cikgu .fb matrikulasi kpm yg mana ye ?sbb bnyak sgt group .mungkin cikgu boleh letakkan link .tq .

Anonymous said...

salam cikgu saya lepasan spm 2011 dan mendapat keputusan:
Bm A+
Bi A
Pend.Islam A
Sjarah A+
Math A+
Add Math A+
Chem A+
Physc A-
Biology A-
boleh ke saya memohon untuk kemasukan ke matrikulasi bagi calon spm 2013? mohon pencerahan.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..saya nak tanya kalau dalam jurusan perakaunan,mata pelajaran Reka Cipta boleh ke dikira sebagai mata pelajaran teknik?

Anonymous said...

cikgu, sye dah terlepas memohon matrikulasi pada 2013 untuk 2014/2015 punye. ape cara lain yg perlu sye buat untuk masuk ke u. bleh ke sye mohon pd thun dpan

Anonymous said...

cikgu , sy kehilangan borg yg ad tls no matrik tu , tp sy msh ingt no, pin sy krna sy ad tulis dlm buku nota .. adakah pnting borang yg terctt no.pin sy tu ?

Anonymous said...

Ckgu,sy nk tnya ,sy pelajar aliran sains pertanian,klw kputusn spm sy ok ,boleh x sy ambek matrikulasi dlm jurusan sains??

Unknown said...

Cikgu, boleh tak kalu nk kemaskini untuk tukar jurusan ??
kalau xleh skrg nie, bole tak buat rayuan untuk tukar jurusan?

Najah Adilah said...

Salam cikgu.No pin matriks saya dah hilang dan saya juga lupa salin no.pin jadi macam mana saya nak buat rayuan matriks nanti? :(

Anonymous said...

Cg , mcm mne kalau kite da dpt tawaran matriks tpy tawaran tu jauh . ? Boleh ke kalo kite nk buat permohonan tukar tempat tawaran ? Terima kasih :)

Anonymous said...

salam, sya dpt bio(C+), fizik(C+), mate(A+), admaths(B+) dan kimia(D), boleh tak dpt matriks?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .