Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sijil kemahiran Malaysia Bagi Lepasan SPM

Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Lepasan SPM

Halatuju Selepas SPM. 

"Apakah bidang yang harus saya pilih, cikgu selepas SPM ini?", 
seorang bekas pelajar lelaki, lepasan SPM tahun sebelumnya,
yang datang Ke Bilik Kesihatan/ Bilik kaunseling bertanya kepada saya.

"Result SPM saya biasa-biasa je cikgu. Saya dah kerja lepas SPM. Tapi bila dah kerja, saya rasa nak sambung belajar pula. Apa bidang yang sesuai dengan saya cikgu?" seorang pelajar perempuan menghantar SMS di hand phone saya.

"Bidang kemahiran ni, saya rasa saya boleh pergi lah cikgu. Saya nak masuk bidang kemahiran lah, cikgu. Tapi, tak tahu, bidang apa yang sesuai dengan aliran yang saya ambil saya sekarang ye cikgu?" tanya seorang pelajar lelaki calon SPM, beberapa tahun lalu.

"Saya minat bidang jahitan, cikgu. Tapi saya Budak Sains. Macam mana ya cikgu?" soal seorang pelajar lelaki Tingkatan 4, suatu masa dahulu.

Ini adalah sebahagian persoalan yang dikemukakan kepada Dunia Cikgu Kaunseling.

HALATUJU SELEPAS SPM. Selepas SPM hendak ke mana? Sebenarnya, banyak pilihan. InshaAllah.

Pada entry ini, saya muatkan maklumat berkaitan Program Sijil Kemahiran Bagi Lepasan SPM.

Pesan saya buat anak didik dan bekas anak didik, sambunglah pengajian anda, walau dalam bidang apa. Rebutlah peluang dan ruang yang ada. Jika ada masalah, misalnya maasalah kewangan, mohonlah kepada Allah, semoga Allah memberi petunjuk kepada anda bagi menyelesaikan masalaah anda.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

 Printscreen Petikan 30 Julai 2010 Berita Harian


Perbandingan di antara program akademik dengan program kemahiran boleh dilihat dari rajah di atas.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. SKM kini menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

1. SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
2. SKM Tahap 2 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
3. SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
4. DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
5. DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
6. TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
7. MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (M'sia Skills Maister)
8. MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (M'sian Skills Technology)
 
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.


Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
Persijilan Kemahiran diiktirad oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
  • Pusat Bertauliah Awam (K)
  • Pusat Bertauliah Swasta (L)
  • Pusat Bertauliah Industri (I)
  • Pusat Bertauliah Persatuan (P)
  • Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.
 Boleh juga ke web ini http://www.skillsmalaysia.gov.my/.

PERMOHONAN
Sila rujuk web ini http://upu.mohe.gov.my/

Rombakan sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia, 30 Jan 2012.

55 bidang SKM diiktiraf diploma

55 bidang SKM diiktiraf diploma

Taiping- Kementerian Sumber Manusia menyenaraikan pendek 55 bidang kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Empat untuk diiktiraf setaraf diploma bagi tujuan penyelarasan perjawatan sektor awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, senarai terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

"Setelah diluluskan JPA kelak, lepasan SKM bakal menikmati peluang pekerjaan dalam sektor awam dengan tangga gaji dan gred setaraf pemegang diploma.

"Tindakan ini selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 lalu," katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 28 pengarah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia seluruh negara di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping di sini semalam.

 Maznah berkata, antara bidang kemahiran yang telah disenarai pendek itu ialah teknologi kimpalan, teknologi elektronik, teknologi pemesinan dan teknologi komputer.

 Beliau berkata, pihak nya berharap penyelarasan perjawatan sektor awam terbabit dapat diselesaikan JPA selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Dalam pembentangan Bajet 2010 pada September lalu, Najib mengumumkan SKM Tahap Empat diiktiraf setaraf dengan diploma yang ditawarkan institusi pengajian tinggi awam.

Pengiktirafan itu bertujuan membuka peluang lebih luas kepada lepasan institusi latihan itu untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam atau swasta.

SUMBER; KOSMO (25 Januari  2010)

Rombakan sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kementerian Sumber Manusia akan melakukan rombakan dalam sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di negara ini untuk memantapkan lagi graduan bagi memenuhi keperluan industri dan standard pekerjaan. 

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, rombakan itu merupakan agenda kementerian yang akan dibincangkan pada peringkat Kabinet bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan agenda ini dilaksanakan jadi kita akan pastikan perbincangan tersebut berjalan lancar dan dapat melakukan rombakan ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Penyedia Latihan Awam dan Swasta, di sini, hari ini. — BERNAMA 30/01/2012 6:49pm

1 Comments:

Unknown said...

Umur saya 17.saya mempunyai skm tahap 1 dan 2 bahagian masakan.
Saya tidak mempunyai kelayakan spm.
Boleh tak saya memohon tevt&ilka lepasan skm tanpa mengunakan spm?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .