Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013

Permohonan ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon PMR 2012 yang berminat melanjutkan pelajaran ke MRSM pada 2013, anda boleh mula memohon MRSM bermula 1 Oktober 2012 nanti.

Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.



PERMOHONAN

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 di website http://www.mara.gov.my/
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013, 
      Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
       Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013


  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
Cara Memohon MRSM Tingkatan 4 2013 Secara Online  


Cara Mohon Nombor Pin / Kata Laluan Untuk ke MRSM 2013
  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula 1 hingga 19 Oktober 2012.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Percubaan  Peperiksaan PMR yang telah disahkan.  yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Empat 2013,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan dibuka pada 1 Oktober Hingga 19 Oktober 2012.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada Februari 2013.Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Berkaitan Untuk makluman IKlan MRSM 2013, Klik di sini
Untuk memohon sila layari Portal Majlis Amanah Rakyat  di sini http://www.mara.gov.my

Sejarah Latar Belakang MRSM

Pengenalan 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara . 

Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.

 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Malaysia

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 MRSM Beseri, MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM Kulim, MRSM Balik Pulau, MRSM Transkrian, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Taiping, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pasir Salak, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Jasin, MRSM Terendak, MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pengkala Chepa, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuala Lipis, MRSM Mersing, MRSM Batu Pahat, MRSM Pontian, MRSM Muar, MRSM YT Besut, MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Kuching.

Alamat MRSM Di Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN
LOKASI
Menengah Rendah
(Tingkatan 1 - 3)
 Kuala Klawang, Pasir Tumboh, Gerik
Menengah Atas
(Tingkatan 4 - 5)
 Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba, Taiping
Menengah Rendah & Atas
(Tingkatan 1 - 5)
PDRM Kulim, Terendak, Kuching, Kota Putra, Pendang, Lenggong, Langkawi, Mersing, Jeli, Batu Pahat, Pontian, Kuala Krai, Kuala Kubu Bahru, Kuala Terengganu, Transkrian, Tun Ghazali Shafie, Muadzam Shah, Serting, Kota Kinabalu, Pasir Salak, Besut, Gemencheh, Kubang Pasu, Merbok, Kepala Batas, Alor Gajah, Muar, Balik Pulau, Beseri, Kuala Berang, Felda, Bentong, Betong, Kuantan, Tun Abdul Razak, Mukah, Tawau, Pengkalan Hulu, Tumpat, Baling, Johor Bahru, Parit.


  MRSM Pengkalan Chepa (1973)
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu, Kelantan
No. Tel : 09-7738252, 7738396
No. Faks : 09-7738254
    MRSM Kuantan (1974)
Jalan Tok Sira, Alor Akar
25250 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09-5674439, 5675194
No. Faks:09-5674644
   
    Pengetua : Siti Fatimah binti Hassan
Emel : sfatimah@mara.gov.my
   
Pengetua : Zainal Bin Yunus
Emel : zainaly@mara.gov.my
           
           
    MRSM Kuala Terengganu (1978)
Wakaf Tengah
Mengabang Telipot
21030 Kuala Terengganu
Terengganu
No.Tel : 09-6696344, 6696345
No. Faks : 09-6696087
    MRSM Muar  (1980)
Km 10 Jalan Bakri
84200 Muar,
Johor
No. Tel : 06-9866201, 9866202
No. Faks : 06-9866300
   
    Pengetua : Mohamad Anuar bin Mohamad Yusof
Emel : manuar@mara.gov.my
    Pengetua : : Abdul Rahim bin Mohammad
Emel : arahim@mara.gov.my
           
           
    MRSM Tun Ghafar Baba  (1981)
Jalan Simpang Kerayong
77000 Jasin, Melaka
No.Tel : 06-5291443, 5291677
No. Faks : 06-5291915
    MRSM Balik Pulau (1982)
Jalan Pondok Upeh
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Tel : 04-8669493, 8669499
No. Faks: 04-8668371
    Pengetua : Dr. Mariam binti Md. Salleh
Emel : mariammd@mail.mara.gov.my
    Pengetua : Khalil bin Abdul Rahman
Emel : khalil@mara.gov.my
           
           
    MRSM Taiping  (1982)
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak
No. Tel : 05-8073022, 8084228
No. Faks : 05-8077627
    MRSM Terendak  (1983)
76200 Terendak, Melaka
No.Tel : 06-3571009, 3573008
No.Faks : 06-3573049
    Pengetua : Rozali bin Mamat
Emel : rozali@mara.gov.my
    Pengetua : Noor Hassan bin Hussain
Emel : nhassan@mara.gov.my
           
           
    MRSM Beseri  (1985)
Batu 8 1/2,
Jalan Kaki Bukit
01000 Kangar,
Perlis
No. Tel : 04-9381489, 9381488
No. Faks : 04-9381363
    MRSM Kuala Berang (1987)
Pejabat Pos Kuala Berang
Peti Surat 31
21700 Kuala Berang
Terengganu
No.Tel : 09-6812586, 6812573
No. Faks : 09-6812486
    Pengetua : Mohamad Salim bin Bulat
Emel : msalim@mara.gov.my
    Pengetua : Fatimah Binti Daud
Emel : fatimah@mara.gov.my
           
           
    MRSM Pasir Tumboh (1987)
Desa Darulnaim
16150 Pasir Tumboh, Kelantan
No. Tel : 09-7650067, 7651866
No. Faks : 09-7654132
    MRSM Kuala Klawang (1987)
Jalan Titi, Kuala Klawang
71600 Jelebu, Negeri Sembilan
No. Tel : 06-6112561, 6112568
No. Faks : 06-6112567
    Pengetua : Omar Bin Mohamed
Emel : omarmo@mara.gov.my
    Pengetua : Shahrome Bin Daud
Emel : shahrome@mara.gov.my
           
           
    MRSM PDRM Kulim (1991)
PKN Polis Hutan (PPH)
KM 5, Jalan Junjung
09000 Kulim, Kedah
No. Tel : 04-4905640, 4905658
No. Faks : 04-4900084
    MRSM Serting (1993)
Bandar Baru Serting
72100 Serting
Negeri Sembilan
No. Tel: 06-4582013, 4582010
No. Faks: 06-4582011
    Pengetua : Ahadiah Kandar
Emel : ahadiah@mara.gov.my
    Pengetua : Suhaimin Bin Omar
Emel : suhaimin@mara.gov.my
           
           
    MRSM Gerik (1993)
Bukit Nasah, Kenayat
Peti Surat 7,
33300 Gerik, Perak
No. Tel : 05-7913272, 7910273
No. Faks : 05-7913271
    MRSM Kuching (1993)
Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 Kuching
Sarawak
No. Tel : 082-447439, 447589
No. Faks : 082-447435
    Pengetua : Md Noh bin Jani
Emel : mnoh@mail.mara.gov.my
    Pengetua : Ahmad Sanusi Bin Hashim
Emel : asanusi@mara.gov.my
           
           
    MRSM Muadzam Shah (1995)
Pesiaran Dara
Bandar Muadzam Shah
26700 Muadzam Shah, Pahang
No. Tel : 09-4523424, 4523425
No. Faks : 09-4523423
    MRSM Kota Putra (1998)
Jalan Bukit Keluang
22200 Besut
Terengganu
No. Tel : 09-6957688, 6957699
No. Faks : 09-6957677
    Pengetua : Ahmad Kamal bin Abu Bakar
Emel : akamala@mara.gov.my
    Pengetua : Abdullah Bin Abdul Rahman
Emel : abdullahar@mara.gov.my,
           
           
    MRSM Langkawi (1999)
Lot PT 2146
Jalan Kisap, Mukim Kuah
07000 Langkawi, Kedah
No. Tel : 04-9698201, 9698204
No. Faks : 04-9664528
    MRSM Lenggong (2001)
Changkat Berangan
33400 Lenggong
Perak
No. Tel : 05-7676003, 7676004
No. Faks : 05-7676300
    Pengetua : Shabani Bin Ahmad
Emel : shabani@mara.gov.my
    Pengetua : Sa'imin Bin Jumari
Emel : sa'imin@mara.gov.my
           
           
    MRSM Mersing  (2001)
Lot 2824, Km 6
Jalan Jamaluang
86800 Mersing, Johor
No. Tel : 07-7995520, 7995179
No. Faks : 07-7993316
    MRSM Pendang (2001)
Jalan Jenun
06750 Pendang
Kedah
No.Tel : 04-7583851, 7583857, 7583858
No.Faks : 04-7593855
    Pengetua : Adran bin Jahuri
Emel : adran@mara.gov.my
    Pengetua : Mohd Yusoff Bin Mar Taha
Emel : myusoffmt@mara.gov.my
           
           
    MRSM Jeli  (2001)
Kg Gemang
17700 Ayer Lanas
Kelantan
No. No. Tel : 09-946 7884, 9467885
No. Faks : 09-9467886
    MRSM Pontian  (2002)
Jalan Benut, Jelutong
82100 Ayer Baloi
Pontian, Johor
No. Tel : 07-6933744, 6933745
No. Faks : 07-6933746
    Pengetua : Mohamad Anuar Mohamad
Emel : manuar@mara.gov.my
    Pengetua : Arshad bin Omar
Emel : arshad@mara.gov.my
           
           
    MRSM Tun Ghazali Shafie (2002)
Km 7 Jalan Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis
Pahang
No. Tel : 09-3121162, 3123030
No. Faks: 09-3121389
    MRSM Kota Kinabalu  (2002)
P.O. Box 50167
88722 Putatan
Kota Kinabalu, Sabah
No. Tel : 088-755213, 755214
No. Faks: 088-755209
    Pengetua : Che Mohd Fauzi b Che Omar
Emel :cmfauzi@mara.gov.my
    Pengetua : Ibarahm@Ibrahim Bin Othman
Emel : ibrahim@mara.gov.my
 


MRSM Transkrian  (2002)
Mukim Transkrian
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang
No. Tel : 04-5941877, 5941889
No. Faks : 04-5941876
    MRSM Batu Pahat  (2002)
Jalan Simpang Lima Separap
83000 Batu Pahat
Johor
No. Tel: 07-4102977, 4102864
No. Faks : 07-4102545
    Pengetua : Samsudin Bin Suip
Emel : samsudin@mara.gov.my
    Pengetua : Hamzan Bin Omar
Emel : -
           
           
    MRSM Kuala Kubu Bharu (2002)
KM 8 Jalan Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Baru
Selangor
No. Tel : 03-60643944, 60643907
No. Faks : 03-60643949
    MRSM Kuala Krai (2002)
Kampung Padang Sembilan
Km 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang,
18000 Kuala Krai
Kelantan
No. Tel : 09-9669060, 9660060
No. Faks : 09-9606066
    Pengetua : Mustafar Bin Che Mat
Emel : mustafar@mara.gov.my
    Pengetua : Junidah Binti Saleh
Emel : junidah@mara.gov.my
           
           
    MRSM  Pasir Salak (2003)
KM 4, Jalan Tanjung Tualang
36800 Kampung Gajah
Perak
No. Tel : 05-6313349, 6313549
No. Faks : 05-6313116
    MRSM Besut (2004)
Jalan Tembila
Kampung Raja
20200 Besut
Terengganu
No. Tel: 09-6958468, 6958462
No. Faks: 09-6956044
    Pengetua : Abdul Manab bin Abdul Majid
Emel : abdmanab@mara.gov.my
    Pengetua : Che A Halim Bin Che Daud
Emel : cahalim@mail.mara.gov.my
           
           
    MRSM  Gemencheh (2007)
Lot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh
Kampung Sungai Dua, Jalan Besar
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
No. Tel : 06-4348528, 4348755
No. Faks : 06-4348384
    MRSM  Alor Gajah (2007)
Lot 1720,
Mukim Ayer Pa'abas
78000 Alor Gajah
Melaka
No. Tel : 06-5520001, 5520010
No. Faks : 06-5520140
    Pengetua : Mohd Ghazi Bin Shamsudin
Emel : mghazi@mara.gov.my
    Pengetua : Wan Ainizah Binti Ariffin
Emel : -
           
           
    MRSM  Kubang Pasu (2007)
Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong
Kampung Hutan Terabak,
Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra, Kedah
No. Tel : 04-9170695, 04-9170697
No. Faks : 04-9170699
    MRSM  Merbok (2007)
Di Atas Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408
Jalan Taman Bujang
Mukim Bujang
08400 Daerah Kuala Muda, Kedah
No. Tel : 04-4575762, 04-4575764
No. Faks : 04-4575671
    Pengetua : Rohana Binti Mohd Yunus
Emel :  rohanamy@mara.gov.my
    Pengetua : Ahmad Nazir Bin Lateh
Emel : anazir@mara.gov.my
           
           
    MRSM  Kepala Batas (2007)
Lot 8784, Mukim 6
Jalan Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
No. Tel : 04-5755542, 5755650
No. Faks : 04-5755496
    MRSM Tawau (2008)
Peti Surat 61275,
91022 Tawau,
Sabah
No. Tel : 089-911655
No. Faks : 089-911544
    Pengetua : Mohd Yunus Bin Deraman
Emel : myunusd@mara.gov.my
    Pengetua : Rosli bin Rohani
Emel : roslir@mara.gov.my
           
           
    MRSM Felda (Trolak) (2008)
Jalan Meranti 2,
Felda Jaya Utara,
35600 Sungkai, Perak
No. Tel : 05-4388499
No. Faks : 05-4388599
    MRSM Pengkalan Hulu  (2008)
Lot2097, Lot 2103
KM 1, Jalan Baling
33100 Pengkalan Hulu, Perak
No. Tel : 04-4778427
No. Faks : 04-4778489
    Pengetua : Saleh Bin Osman
Emel : salehos@mara.gov.my
    Pengetua : Mohamad Ghazali Bin Mat Saleh
Emel : mghazali@mara.gov.my
           
           
  MRSM Bentong  (2009) -TUTUP
Lot 2650 dan 1945,
KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak,
Mukim Bentong, 28700 Bentong, Pahang
No. Tel :-
No. Faks : 09-2237073
    MRSM Betong  (2009)
Lot 175, Entaban Land District,
Jalan Feeder
95700 Betong, Sarawak
No. Tel : 083-471652, 471606
No. Faks : 083-471617
    Pengetua : -
Emel : -
    Pengetua : zabidin Bin Bedut
Emel : zabidinb@mara.gov.my
           
    MRSM Tun Abdul Razak(2010)
Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan - Pekan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-4260175/176
No. Faks : 09-4260170
 
    MRSM Mukah (2010)
Lot 910, Blok 76, Mukah Land District
Jalan Service Centre
Peti Surat 1296
96400 Mukah
Sarawak
No. Tel : 084 - 874209 ;084 - 874207
No. Faks : 084 -874208
    Pengetua : Mohd Yusoff bin Hassan
Emel : myusoff@mara.gov.my
    Pengetua : Azman Bin Manap
Emel : azmanm@mara.gov.my
           
    MRSM Baling (2010)
Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman
No.Tel : 04-4702882
No. Faks : 04-4702800
    MRSM Tumpat (2010)
Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh,
Jalan Pengkalan Kubor,
16200 Pengkalan Kubor,
Tumpat, Kelantan
No. Tel : 09-7215015
No. Faks : 09-7215002
    Pengetua : Abdul Hamid bin Hj. Ahmad
Emel : ahamidh@mail.mara.gov.my
    Pengetua : Noora @ Roslily Binti Mohd Adam
Emel : - 
           
    MRSM Johor Bahru (2012)
Peti Surat 71, Persiaran Sinaran Ilmu
Bandar Seri Alam
81780 Masai
Johor Darul Takzim
No. Tel : 07 - 387 7201, 387 7202
No. Faks : 07 - 387 7204
    MRSM Parit (2012)
Lot 3836,
Mukim Belanja
32800 Daerah Perak Tengah
Perak
No. Tel   :  05 - 377 5002 / 5003 (am)
No. Fax  :  05 - 377 5004
    Pengetua : Mahzan bin Atan
Email : mahzan@mara.gov.my
    Pengetua : Abdul Majid Bin Abd Ghani
Emel : amajid@mara.gov.my


Syarat-Syarat Umum Kemasukan Ke MRSM
 
Untuk Tingkatan Satu :
  • Warganegara Malaysia tahun enam
  • Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung. 
  • mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan. 
    Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif
    .
Untuk Tingkatan Empat :
  • Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah  Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia.
  • Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun semasa.
  • Markah yang tinggi dalam UKKM (Ujian kecenderungan ke MRSM) tahun semasa.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  • Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

    Untuk Tingkatan Satu :
    Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan.

    Untuk Tingkatan Empat :

    Pemohon  yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Semester 1 (Mei tahun semasa), Tingkatan 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan. 

     Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta KeputusanPercubaan  Peperiksaan PMR yang telah disahkan.


    Proses Pengiraan Markah Kemasukan Ke MRSM

     
    Untuk Tingkatan Satu :
    25%  daripada akademik atau 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.
    45%  daripada status sosioekonomi (SES). Pendapatan kedua ibu bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan terbaik yang boleh menyumbang kepada merit/markah seseorang pemohon.
    30%   daripada ko-kurikulum.


    Untuk Tingkatan Empat :
    Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A 2B  ( A DALAM MATEMATIK & SAINS) adalah layak untuk mengemukakan permohonan. Pelajar tingkatan empat harus menduduki satu ujian khas iaitu ujian kecenderungan ke MRSM (UKKM) yang merangkumi 70% daripada syarat pemilihan dan 30% yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atau keluarga.

    Semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi 3 aspek utama iaitu soalan Matematik (50 soalan), soalan Sains (50 soalan), dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan, sukatannya adalah berdasarkan Pelajaran Menengah Rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.

    Bagi memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar tingkatan empat, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

             a. mendapat 8A/9A dalam keputusan peperiksaan PMR.
             b. lulus dengan cemerlang di dalam UKKM  dan markah
                 mestilah menepati susunan tertinggi yang telah ditetapkan)
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM 


  1. Pemohon akan menduduki UKKM Antara 26 hingga 30 November 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Kemudahan Pelajar di MRSM

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:
  • Pusat Sumber
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Surau
  • Perkhidmatan Dobi
  • Rawatan Gigi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kawasan Rekreasi
  • Bantuan Kewangan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan

Ciri MRSM
1. Badan Wakil Pelajar (BWP)

Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:
  • Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.
  • Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.
  • Menganjur aktiviti pelajar
  • Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.

2. Lembaga Displin Pelajar

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.
Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan pelajar-pelajar yang berdisipllin dan berakhlak mulia.
     
  • LDP diharapkan dapat membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
     
  • Pelajar yang layak dan mampu memimpin akan dicadangkan namanya dan satu temuduga dilakukan untuk sesi pemilihan.

3. Homeroom

Setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat.
Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :
  • Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.
     
  • Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama
     
  • Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.


4. Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK)
  • Berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan keperibadian yang sihat, bertanggungjawab, berupaya menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan.
     
  • Memberi bimbingan individu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi ketidakselesaan hidup supaya mereka mampu mengatasi keadaan mereka.
     
  • Menyediakan berbagai program untuk kebaikan pelajar dari aspek personaliti, pembelajaran, kerjaya dan disiplin.

5. Cara-cara UPK memberikan Perkhidmatan
  • Kaunseling individu
  • Kaunseling kelompok
  • Pengajaran kelas/ ceramah
  • Risalah-risalah
  • Konsultasi
  • Program Pembangunan Pelajar


NOTA;

Nota:-
Perkara biasa yang akan berlaku apabila sistem online dibuka ialah kesesakan trafik pada waktu puncak. Jadi, anda boleh cuba memohon di luar waktu puncak (selepas waktu kerja).

Bantuan Kewangan Kepada Pelajar :
  • Pelajar MRSM diberikan biasiswa yang mana pihak MARA namakannya sebagai Bantuan Kewangan yang berupa pengecualian daripada membayar yuran
  • (RM30) dan Wang Saku sebanyak RM 25 sebulan. Mereka yang layak menerima Bantuan Kewangan dikira menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan jumlah tanggungan di dalam keluarga.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.














7 Comments:

Anonymous said...

kalau dapat 3A 4B 1C dalam Percubaan PMR agaknye boleh mohon x?

Anonymous said...

Tiada cara selain pergi ke pejabat untuk mendapatkan kata laluan borang MRSM?

Anonymous said...

Assalamualaikum saye ade sedikit jesulitan,,,,saye sangat lewat utk memberikan maklumat kepada pihak mrsm dan saye baru tahu tentang kemasukan secara online,,,,saye rase kecewa sangat tetapi kalau saye hentar borang permohonan melalui post adakah ia akan dipertimbangkan,,,,,,,saye teruja memohon trolak kerana saye anak peneroka,,,,,,,,,,,,,,adakah masih boleh diterima tolong bantu saye ape yang saye perlukan email saye: aminurrasyidabglong@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum saye ade sedikit jesulitan,,,,saye sangat lewat utk memberikan maklumat kepada pihak mrsm dan saye baru tahu tentang kemasukan secara online,,,,saye rase kecewa sangat tetapi kalau saye hentar borang permohonan melalui post adakah ia akan dipertimbangkan,,,,,,,saye teruja memohon trolak kerana saye anak peneroka,,,,,,,,,,,,,,adakah masih boleh diterima tolong bantu saye ape yang saye perlukan email saye: aminurrasyidabglong@yahoo.com

Puan Ummi said...

salam anon @ aminurashid November 23, 2012 1:02 AM,
sila berjumpa pengurus felda tempat anda tinggal bagi meminta pandangan beliau berkiatan berminat nya anda ke mrsm trolak, atau terus hubungi pihak pengetua/ pentadbir MRSM berkenaan.

Anonymous said...

Kalau masuk mrsm ada bayaran ke? macam bayaran yuran tahunan dan bulanan?

e.hakim said...

nombor pin atau kata laluan tu perlu ke utk semak keputusan kemasukan MRSM tingkatan 4 2013? sebab saya ade jumpa website nih yg kena pakai password: http://mohon.mrsm.edu.my/ola/login.jsp

tolong check-kan website ni for me pls... it would help me a lot. tq..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .