Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/11/30

Aishah Warga Malaysia Bertemu Kakak Kandungnya

Aishah Warga Malaysia Bertemu Kakak Kandungnya

 Cikgu Kamar Mahtum menunjukkan gambar Siti Aishah yang hilang,
 dipercayai dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri selama 30 tahun di Britain. -
Sumber gambar: AGENSI

Sumber; Astro Awani.

Kamarmahtum akhirnya bertemu Siti Aishah


LONDON: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia.
Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.

Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.


Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang menjadi hamba di London selama 30 tahun.
Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu.


Sumber: Astro Awani

Media Britain, The Independent semalam melaporkan bahawa pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku dirinya sebagai ‘Nabi Isa’.
Sementara itu, akhbar Britain, The Telegraph dan Daily Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai.

Ini apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan oleh pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London.

Zan Azlee juga merupakan anak saudara kepada Siti Aishah Abdul Wahab.

Dalam catatan terkini blog, ‘tukartiub.blogspot.com' milik aktivis politik, Hishamuddin Rais yang turut mengikuti perjalanan menjejak Siti Aishah pula memberitahu bahawa “Pegawai polis, Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya, Siti Aishah”.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun. 


Sumber; Astro Awani, klik di sini

Strok punca Siti Aishah dapat diselamatkan

KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini lapor Astroawani.

Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.


Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata, kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu, mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini tersebar di media.



Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam menanggani kes ini.


AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan. Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’ diri dan memohon bantuan. 


Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah diindoktrinasi atau ‘brainwash’ dan kemungkinan didera secara fizikal namun bukan secara seksual. Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah. 


Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut. 


Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London


Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London  
KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - Foto AP
 
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.


Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.


“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya. 

Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain
. - AP. Sumber; Berita Harian, 2013/11/22 - 09:28:43 AM

Wanita Malaysia dakwa mangsa hamba domestik di Britain adalah adiknya

LONDON 26 Nov. - Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.


Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.


Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.


Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.


"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.


"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu," katanya.



Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.


Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.


Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.


Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.


Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.


Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.


"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan," katanya.


Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.


''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi London.


''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk mencarinya," ujar beliau.


Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan pertunangannya putus.


Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

 












Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (464) Halatuju (338) selepas SPM (338) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (53) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) Haluan Kerja Pendidikan (6) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List