Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tunggu 50 tahun untuk menunaikan haji

Tunggu 50 tahun untuk menunaikan haji


Abdul Taib melihat replika model Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak pada Majlis upacara pecah tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak di Kuching, semalam, sambil disaksikan Jamil Khir.

Secara teknikal, umat Islam di negara ini terpaksa menunggu sehingga 50 tahun untuk menunaikan haji selepas mendaftar dengan Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pada waktu ini, ada 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan haji.  




Beliau berkata, beberapa faktor akan menyebabkan tempoh menunggu berkurangan termasuk bakal jemaah terdahulu meninggal dunia atau sakit berpanjangan.




Operasi haji lancar

Jamil Khir berkata demikian kepada media pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak, semalam.

Perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Mengenai kompleks berkenaan, Jamil Khir berkata, Kompleks Haji Sarawak yang turut menempatkan TH Hotel Kuching berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, dijangka mampu memastikan kelancaran operasi haji.

Malah, kompleks bernilai RM204 juta yang dibina di tapak seluas 2.5 hektar oleh TH Properties Sdn Bhd, bakal muncul sebagai mercu tanda baru di bandar raya ini sebaik beroperasi pada 2017.

Katanya, kompleks yang berfungsi sebagai pusat sehenti serba lengkap itu akan memberi kemudahan kepada bakal haji terutama warga tua dan mereka yang datang dari jauh.

TH ketika ini mempunyai tujuh stesen berlepas secara terus ke Tanah Suci iaitu Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Senai, Johor Bharu; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Sumber; Berita Harian, di sini


Tunggu separuh abad tunai haji

Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Beliau berkata, keadaan itu memang meresahkan kerana kuota 0.1 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk hanya layak menghantar 28,000 jemaah haji setahun.


Ini diburukkan lagi dengan kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram yang menyebabkan jumlah jemaah haji di malaysia tahun ini dikurangkan kepada 22,320 orang tahun ini.


Katanya, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.
“TH menggunakan sistem komputer bagi menetapkan tarikh dan tahun bagi setiap individu berdaftar dengan kami.
“Bagaimanapun tempoh waktu menunggu akan berkurangan jika ada bakal jemaah yang dipilih untuk mengerjakan haji itu meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan,” katanya.

Sumber; Kosmo

 







0 Comentarios