Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014

Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014 Johor ubah cuti hujung minggu

 Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Khaled yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya cuti mingguan Negeri Johor yang kini Sabtu Ahad ditukar kepada Jumaat Sabtu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Baginda bertitah, Jumaat adalah penghulu kepada semua hari dan umat Islam  perlu mengambil peluang keberkatan hari Jumaat untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut. 


 Pada masa kini, kita dapat perhatikan golongan lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur. 

 


“Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat menunggu imam selesai membaca doa. Kita sedia maklum, di Malaysia ini masih ada beberapa negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat malah Johor juga sudah mengamalkannya sebelum ini.

“Oleh yang demikian, selepas menilai banyak pandangan, saya membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014,” titah baginda sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55, di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, di sini semalam.


Pusat sumber Islam



Turut berangkat pada majlis itu, Raja Zarith Sofiah Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Johor pernah menjadikan Jumaat Sabtu sebagai cuti mingguan sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun cuti itu ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1994. Selepas 19 tahun mengamalkan cuti mingguan pada Sabtu Ahad, bermula tahun depan, cuti berkenaan kembali semula kepada Jumaat Sabtu.

Antara negeri yang mewartakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, Sultan Ibrahim menitahkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyediakan pusat sumber Islam secara dalam talian bagi dijadikan pusat rujukan umat Islam di negeri ini. 


Sumber; Berita Harian

p/s; Terima kasih Tuanku....





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .