Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/11/24

Rumah generasi kedua Felda Padang Piol dan Sungai Retang Jerantut

Rumah generasi kedua Felda Padang Piol dan Sungai Retang Jerantut


Rumah generasi kedua di Felda Padang Piol yang siap sepenuhnya. 
Sumber foto Sinar Harian Edisi Pahang

Felda bina rumah generasi kedua 

 

JERANTUT - Generasi kedua di Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang menarik nafas lega apabila usaha kerajaan dan Felda membina rumah untuk golongan itu secara berperingkat.
Pengurus Felda Padang Piol, Abdul Malek Shaari berkata, sebanyak 26 unit rumah Perumahan Generasi Kedua Felda Padang Piol (PGKFPP) yang telah siap dan bakal diduduki akan diserahkan kepada pemohon yang layak dan berjaya dalam tapisan yang akan dijalankan tidak lama lagi menjelang tahun depan.

Menurutnya, manakala sebanyak 393 permohonan generasi kedua Felda itu telah diterima oleh pihak pengurusan Felda itu dan akan mengadakan saringan awal dan memanggil pemohon yang telah disenarai pendek untuk ditemu duga tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Belia Felda Padang Piol, Zuhainuddin Abdullah berkata, golongan muda di kawasan itu tidak sabar untuk menduduki rumah berkenaan tetapi terpaksa akur akan prosedur yang ditetapkan.

“Ini yang kami tunggu, walaupun hanya 26 unit, sudah pasti memberi sinar kepada generasi kedua yang berkeluarga dan masih menumpang di rumah keluarga, saya bersyukur usaha kerajaan yang prihatin terhadap golongan seperti kami.

“Kami juga sedia maklum rumah bakal dibina untuk fasa seterusnya, serta pembinaan kira-kira 400 unit rumah yang sama berdekatan Felda Sungai Retang. Oleh itu, kami rasa peluang untuk mempunyai rumah sendiri lebih cerah,” katanya.

Pengurus Pusat Internet 1Malaysia, Padang Piol, Siti Sholha Abu Bakar berkata, pembinaan rumah itu bakal menyelesaikan masalah perumahan dan tempat tinggal untuk golongan generasi kedua.

“Dimaklumkan harga rumah pun tidak melebihi RM80,000 agak berpatutan dan reka bentuk yang moden dan menarik, ini satu transformasi kerajaan untuk merubah generasi kedua Felda yang moden.

“Kepada golongan muda harap dapat bersabar kerana kita bakal memiliki rumah masing-masing mengikut fasa yang siap secara berperingkat dan yang betul-betul layak akan mendudukinya,” katanya.

Adun Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, sebanyak 26 unit rumah itu akan diserahkan secepat mungkin dan 400 unit lagi akan dibina tidak lama lagi di Felda Padang Piol dan Sungai Retang.

“Pihak pengurusan Felda akan memastikan mekanisme cara pembayaran sewa beli rumah dengan pihak bank bagi membantu generasi kedua yang masih tinggal dengan ibu bapa masing-masing serta bekerja di Felda ini.

“Bukan sahaja anak peneroka sebaliknya anak kakitangan Felda turut layak memohon, bagaimanapun semua itu melalui tapisan kelayakan yang ketat,” katanya.


Sumber; Sinar Harian, klik di sini.
Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (463) selepas SPM (337) Halatuju (336) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (51) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Panduan Temuduga (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Institusi Kemahiran MARA (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) Haluan Kerja Pendidikan (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List