Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

AINEEN Sofea Azhari menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Shah Alam, Selangor

Sesungguhnya kehidupan sebagai manusia tidak lari dari pelbagai ujian. Samada ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan dan kesedihan. Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita. Bagi individu/ anak-anak/ murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bahkan yang baru tamat peperiksaan SPM, contohilah kejayaan Adik Aineen Sofea Azhari sebagai IKON anda.
 
Teruskanlah perjuangan untuk maju dalam kehidupan meskipun kesakitan adalah peneman yang setia. di sebalik kesakitan yang dideritai itu percayalah Allah nak anugerahkan rahmat buat kita cuma sebagai hambaNya perlulah bersabar selalu......
 
1) Bina Bahagia, Ujian tidak datang di luar kemampuan kita ,klik di sini. 
2) Link Orang Kurang Upaya, klik di sini
 
 

KOTA BHARU 15 Nov. - Biarpun terpaksa berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang terletak lebih 500 kilometer dari rumahnya di Puchong, Selangor, namun itu tidak menghalang seorang murid yang menghadapi masalah saraf tunjang kongenital mencipta kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. 


Murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Aineen Sofea Azhari, 12, mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah semata-mata untuk mendapatkan rawatan. 


Dia yang dikategorikan sebagai pelajar kurang upaya (OKU) menghadapi masalah tersebut sejak dilahirkan dan menjalani rawatan susulan bermula tahun 2002 sehingga sekarang.


Sepanjang tempoh tersebut, Aineen Sofea terpaksa mendapatkan rawatan susulan dengan pakar neurosains, pediatrik dan ortopedik bagi mengatasi masalah berkaitan.


Penasihat Kelab Neurosains, Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Jafri Malin Abdullah melahirkan rasa gembira di atas kejayaan murid itu.


Katanya, murid tersebut menunjukkan iltizam dan semangat yang tinggi biarpun dalam tempoh pembesarannya terpaksa berulang alik dari Puchong ke Kota Bharu bagi menjalani rawatan termasuk pelbagai pembedahan di HUSM.


''Namun, di atas semua dorongan dan perhatian yang diberikan termasuk keluarga dan warga hospital, dia mampu menjalani kehidupan sebagaimana orang lain," katanya.


Semalam, Aineen Sofea menerima penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Mahmud Karim di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di Shah Alam.

Sebagai murid yang menghadapi masalah Spinal Dysraphism, kata Jafri Malin, kejayaan memperoleh 5A sungguh membanggakan.

Sumber : Utusan Malaysia, sila klik di sini untuk muat turun.

 

0 Comentarios