Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/11/29

Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa dapat tempat kelima pertandingan robotik dunia

MOHD. Safuan Abdul Rahim (dari kiri), Mohd. Haziq Nordin dan Mohd. Muaz Mat Lazim 
anak petani Kampung Kandis, Bachok yang mewakili negara dalam 
 Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, baru-baru ini. 
Sumber gambar; Utusan Malaysia

Mohd. Safuan Abdul Rahim, 12; Mohd. Muaz Mat Lazim, 12, dan Mohd. Haziq Nordin, 11 adalah 3 orang anak petani yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kandis.
Mereka telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila merangkul tempat kelima dalam Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, Indonesia pada 14 hingga 17 November lalu.
Mereka telah menunjukkan keupayaan dan ketangkasan membina robot untuk bersaing dengan peserta dari 26 buah negara di seluruh dunia.
Guru pengiring, Khairul Azman Awang Hamat berkata, tiga anak petani itu adalah murid pintar sekolah luar bandar yang menjuarai pertandingan robotik peringkat sekolah rendah negeri Kelantan.
Adik ini ada yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 
Subhanallah. Anak kampung yang cekal + gigih. Teringat lagu Aku Anak Kampung....
Tahniah kepada ibu bapa dan guru kepada 3 orang murid SK Kandis, Bachok, Kelantan di atas kejayaan mereka.
Marilah kita contohi kegigihan anak-anak muda ini.

Tahniah SK Kandis Ke Peringkat Antarabangsa, SK Kandis tempat kelima pertandingan robotik dunia

 

BACHOK 25 Nov. - Tiga anak petani yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kandis dekat sini, berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila merangkul tempat kelima dalam Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, Indonesia pada 14 hingga 17 November lalu. 


Mereka ialah Mohd. Safuan Abdul Rahim, 12; Mohd. Muaz Mat Lazim, 12, dan Mohd. Haziq Nordin, 11.
Mereka telah menunjukkan keupayaan dan ketangkasan membina robot untuk bersaing dengan peserta dari 26 buah negara di seluruh dunia. 


Guru pengiring, Khairul Azman Awang Hamat berkata, tiga anak petani itu adalah murid pintar sekolah luar bandar yang menjuarai pertandingan robotik peringkat sekolah rendah negeri ini. 


Beliau berkata, mereka dipilih mewakili negara setelah dinobatkan sebagai juara pemasangan komponen robotik peringkat kebangsaan yang di Melaka pada 24 hingga 26 September lalu.


"Hanya mereka anak Melayu tunggal dari kawasan luar bandar yang berpeluang menunjukkan keupayaan di pentas pertandingan tersebut. 


"Walaupun gagal menewaskan murid dari Rusia dan Taiwan, namun penglibatan mereka cukup membanggakan kerana berjaya mengharumkan Malaysia," katanya ditemui di SK Kandis hari ini.


Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 anjuran World Robotic Oliympiad Association Ltd., yang berdaftar di Singapura menyaksikan murid berusia 12 tahun ke bawah dari Kumpulan Newton dan Betta yang mewakil Rusia mendapat tempat pertama.


Tempat kedua dimenangi Kumpulan Hao-Bang-Bang dari Taiwan dan tempat ketiga (Kumpulan CJ7), manakala dua pasukan negara iaitu SK Kandis Robotics Team (kelima) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min A (keenam), seterusnya menewaskan pasukan tuan rumah, China, Jepun dan Greece.


Khairul Azman berkata, bakat murid itu dicungkil bersandarkan kepada kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran Sains, selain memiliki aspek kepemimpinan di sekolah berkenaan.


"Dengan kejayaan tersebut, SK Kandis dinobatkan sebagai penerima anugerah Kecemerlangan Sains dan Teknologi dalam aktiviti kokurikulum peringkat negeri Kelantan tahun ini," katanya.


"Kejayaan ini juga hasil dorongan semua pihak termasuk guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok dan Jabatan Pelajaran negeri," katanya. 


Sementara itu, ketua peserta SK Kandis Robotics Team, Mohd. Safuan berkata, kejayaan itu membuktikan murid sekolah luar bandar berupaya bersaing dengan sekolah-sekolah bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran.


"Saya bangga kerana berpeluang untuk ke peringkat antarabangsa dan ini adalah kali pertama saya ke luar negara. Kami sudah berusaha untuk meletakkan Malaysia di tempat pertama, namun tewas dari segi tempoh ketangkasan waktu ditetapkan.



"Sepanjang tempoh di luar negara, saya turut dihadiahkan dengan khabar gembira iaitu mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ayah yang mengambil keputusan ketika saya berada di Indonesia baru-baru ini," katanya yang bercita-cita menjadi pereka automotif.


Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang ketika dihubungi berkata, JPN akan terus memberi sokongan kepada sekolah-sekolah yang berupaya mengetengahkan bakat pelajar dalam pelbagai kegiatan di peringkat antarabangsa.


Tambahnya, kejayaan yang dicapai bukan sahaja menunjukkan piawaian dan standard pendidikan berjaya ditempa oleh guru dan pelajar tetapi merupakan bakti yang perlu mendapat penghargaan kerana mengharumkan nama jabatan, sekolah dan negara di peringkat global.
Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (464) Halatuju (338) selepas SPM (338) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (53) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) Haluan Kerja Pendidikan (6) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List