Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015 DIBUKA JULAI HINGGA NOVEMBER




Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Kuantan.
 

 Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka, Pahang.
 

Kolej Matrikulasi Perlis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar Hilir,  saya telah pun mengumumkan Permohonan ke Matrikulasi KPM sejak Mei 2013 lalu.

Pada 29 April lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir telah pun menjemput Puan Noorhisham bagi memberikan taklimat Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk info lanjut berkaitan program berkenaan sila klik di sini.

Permohonan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013.(Permohonan dibuka lagi sehingga 30/11/2013 ini)

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online ).

Pelayar blog boleh melihat artikel di blog ini sebelum ini:

1)Permohonan ke Matrikulasi KPM 2012/2013 Di sini
2) Program Matrikulasi KPM Dua Tahun, sila klik di sini.
3)  Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi KPM, klik di sini.
4)  Di manakah Program Kolej Matrikulasi Dijalankan? sila klik di sini



Untuk maklumat seperti syarat  program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm


Cara buat permohonan
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm


Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya

  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan
Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083

ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA COPY PASTE DARI WEBSITE KPM BAGI MEMUDAHKAN SAYA JUGA UNTUK MEMBUAT SEBARANG RUJUKAN.

Manual Permohonan Melalui Internet (PMI)

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan
    kemudahan PMI.


2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
       A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
       B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
       C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
       D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
       E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
       F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
       G. Sekolah Berprestasi Tinggi.
    

 3. Cara Permohonan.


  i.   Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah               berkenaan.
       Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan                           menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank                     Simpanan Nasional(BSN).
          Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan           nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.


  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
       Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
       Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.


       Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila           gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa
          untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.


       Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama                 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN
          ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)


       Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada           resit BSN ialah:
          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PMI 5 Digit.


       Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian                     Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2013 dengan memasukkan nombor           kad pengenalan DAN nombor PMI.

LATARBELAKANG DAN KONSEP


 1.0
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, 100% permohonan menggunakan PMI.

2.0 KONSEP
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.


3.0 TEMPAT PENGAJIAN
Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan
 PROGRAM DAN PENGKHUSUSAN

1.0  BIDANG PENGKHUSUSAN
1.1 Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
a)   Sains            (M001)
b)   Perakaunan  (M003)
c)   Teknikal        (M007)
2.0 PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
2.1
Modul I
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik
4. Biologi
5. Bahasa Inggeris

Modul II
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik
4. Sains Komputer
5. Bahasa Inggeris
Modul III
1. Kimia
2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer
2.2




Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
Matematik,
Perakaunan,
Ekonomi dan
Pengurusan Perniagaan
2.3 Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
Matematik Kejuruteraan
Fizik Kejuruteraan
Kimia Kejuruteraan
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)
3.0 RANCANGAN PROGRAM
3.1 Jangka Masa Program

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).
3.2 Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun, iaitu pertama pada bulan Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya. Manakala pengambilan kedua ialah pada bulan Jun.
4.0 SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN
SEMESTER I (PST)
Pencapaian
Taraf
PNGS1 > 2.0
Lulus semua mata pelajaran teras.
Meneruskan pengajian ke semester II
1.5 < PNGS1 < 2.0
Lulus sebilangan mata pelajaran teras.
Pelajar ditawarkan ke semester II PDT
PNGS1 < 1.5
Gagal dan DIBERHENTIKAN.
 
SEMESTER II
Pencapaian
Taraf
PNGK > 2.0
Dipertimbangkan untuk kemasukan ke IPTA
1.5 < PNGK < 2.0
Dibenarkan untuk mengulang program.
PNGK < 1.5
Gagal dan DIBERHENTIKAN.

5.0 PELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS LULUS PROGRAM MATRIKULASI
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :
                    Sains / Teknikal                                 Perakaunan 
   Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu       Perakaunan
   Farmasi                                                   Pengurusan Perniagaan
   Pergigian                                                 Pentadbiran Perniagaan
   Bioperubatan                                            Pengurusan Sumber Manusia
   Sains                                                       Ekonomi
   Sains Komputer                                        Teknologi Maklumat
   Sains Pendidikan                                      Pentadbiran Maklumat
   Seni Bina                                                 Lain-lain
   Sains Gunaan                                          
   Sains Teknologi / Teknologi Maklumat
   Kejuruteraan                                      
   Lain-lain
 KELAYAKAN PERMOHONAN
 Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2013.


Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.
 SYARAT KELAYAKAN MINIMUM


SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
           
  • Fizik
  • Biologi


Jurusan Perakaunan (M003)

1.  C     Bahasa Melayu

2.  C     Bahasa Inggeris

3.  C     Matematik

4.  C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5.  E     Matematik Tambahan


Aliran Teknikal (M007)

1.  C     Bahasa Melayu

2.  C     Bahasa Inggeris

3.   B    Matematik

4.   C    Matematik Tambahan

5.   C    Fizik

6.  C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7.   E   Kimia
8.    B    Lukisan Kejuruteraan

PENEMPATAN
Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia

 PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)

1.0  PENGAMBILAN
Program ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).
2.0 PENDAFTARAN
Pendaftaran bagi Program Matrikulasi Dua Tahun dijalankan serentak bersama pelajar PST.
3.0 MODUL PENGAJIAN PROGRAM DUA TAHUN (PDT)

Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil Modul I atau Modul II semasa tahun pertama, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul II.

Modul Pengajian PDT


Tahun Pertama
Modul I
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik
4. Biologi
5. Bahasa Inggeris
Modul II
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik
4. Sains Komputer
5. Bahasa Inggeris
Modul III
1. Kimia
2. Biologi
3. Matematik
4. Sains Komputer

Pelajar wajib lulus semua mata pelajaran wajib dan kokurikulum.
4.0 SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT)
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.


1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi /
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
 CARA MEMOHON KOLEJ MATRIKULASI KPM

1.0
CARA PERMOHONAN
Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja. 

Borang Permohonan secara Online; 

Sila klik : di sini untuk memohon.
2.0  TARIKH TUTUP
Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2013.
3.0 
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
4.0  SEMAKAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
5.0  SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.
6.0 SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
7.0
RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.


Sebarang pertanyaan dan masalah, sila hubungi:

Bahagian Matrikulasi (BMKPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia di Aras 6 – 7,
Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Telefon : 03-88844083/ 03 8884 4036/ 4040/ 4083
Faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
Website : http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm


 (Artikel ini telh disiarkan pada 8/7/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 29/9/2013 bagi memudahkan pelajar-pelajar saya membuat rujukan)

1 Comments:

nurul said...

Sy umur 21 msuk 2014..teramat tringin nk blja n abis stdy ng cpat..mmg nk pulun blja abis2..rsult pn oke..tp mtrik acept ke?? :( xtau nk apply mne dh

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .