Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Banjir di Kuantan Musim Tengkujuh Tiba Lagi

Banjir di Kuantan Musim Tengkujuh Tiba Lagi

Kelihatan air melimpahi jalan dan menenggelamkan beberapa buah kereta selepas banjir di bandar Kuantan , hari ini. - Foto Bernama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Cuti akhir  tahun 2012 semakin tiba ke penghujungnya. Apa khabar para pelajar? Adakah para pelajar ada mengunjungi sungai dan pantai untuk bermandi manda ketika ini? Jika ada, berhati-hatilah ye, kerana musim tengkujuh sudah tiba.

Hingga ke hari ini, 25.12.2012 terdapat beberapa kawasan di Pantai Timur  sudah ditenggelami air banjir ekoran hujan yang berterusan selama beberapa jam. Misalnya di Bandar Kuantan sejak malam Ahad lalu, hujan tak berhenti-henti membasahi bumi.

Para pelajar dan pelayar blog cikgukaunseling dipersilakan membaca artikel sebelum ini, Persediaan Menghadapi Banjir di sini 

Sehubungan dengan itu pelbagai pihak termasuk pihak NGO memberi pertolongan. Hubungi nombor berikut untuk info dan bantuan :-

  • Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang (HQ Kuantan) 09-5142999 atau 09-5052276 atau 09-5052294. Untuk senarai penuh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) semua Daerah di Negeri Pahang sini klik [ENTER]


Bandar Kuantan, Pahang juga menerima nasib yang sama.Lihat beberapa keping gambar foto banjir di Kuantan Pahang Disember 2012:














 
Gambar Foto Banjir di Terminal Makmur Kuantan
 
 
 







Negeri pantai timur sudah di naiki air di Kuantan  24.12.2012  

  • Peringatan
     
    Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.





Maklumat daripada  Facebook. Info daripada IPK Pahang : 

Kepada penduduk Kuantan khususnya, sila elakkan melalui Jalan Wong Ah Jang, Jalan Bukit Ubi satu. Di trafik jalan menghala aspa cottage berhampiran pusat perlupusan sampah, jalan lim hok lek di hadapan Eng Hong, parking Pasar Kuantan jalan tersebut sudah dinaiki air dan sesak. Penguna jalan raya diminta mengelak daripada mengunakan laluan tersebut.

Di hadapan jalan berhampiran Poliklinik Beserah menghala ke Beserah terdapat pokok tumbang dan kepada semua pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan dibawah pokok, jika dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat. Pihak polis trafic berada di laluan-laluan ini untuk menguruskan laluan yang selamat. Penguna di minta bersabar. Terima kasih Info IPK Pahang.


Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam hingga 1.5 meter. 

 Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang Isnin, 24.12.2012 ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan
keselamatan penumpang.

Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu. Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi. "Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan.

Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.

Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial. Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.

"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. -mk-  

Bandar Kuantan dilanda banjir kilat 

KUANTAN - Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.

Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.- Bernama



Bagi mereka yang mahu mendapatkan perkembangan terkini dan maklumat semasa tentang banjir anda boleh layari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) di portalbanjir.mkn.gov.my untuk info banjir terkini.


Tengku Abdullah: Sistem parit di Kuantan perlu dikaji semula


KUANTAN - Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji semula sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan kerana ia didapati menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat di sini hari ini.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini," katanya.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat 302 orang mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing di sini hari ini.

Selain itu, Tengku Abdullah juga berharap agar orang ramai dapat memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di sekitar bandar ini.

Langkah itu, titah baginda ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mangsa yang terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang akibat banjir kilat yang disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa tahun ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail yang turut hadir berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.

Di Kuantan, selain SK Galing,  seramai 77 orang mangsa banjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).

Di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan ke SK Sungai Miang dan di daerah Rompin 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang. - Bernama

sumber gambar dan info : Sinar Harian Edisi Pahang, akuanakpahang dan BH Online – wowberita.org 


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .