Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/12/31

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 
(UTHM)











PENGENALAN



LATAR BELAKANG 



Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). 

Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara ini.

 Pada 30 September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). 




Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini dan pada 1 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di seluruh Malaysia. 



UTHM menawarkan program di peringkat Pasca Ijazah, Sarjana Muda dan Diploma. Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat Pasca Ijazah ialah di dalam bidang Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Pengurusan Teknologi dan Teknologi Maklumat. 


Program Sarjana Muda pula menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Pendidikan Teknik & Vokasional, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Teknologi dalam pelbagai bidang. Program Diploma pula menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam pelbagai bidang.



Semua kursus yang dijalankan oleh UTHM memiliki keunikan tersendiri di mana program yang ditawarkan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) dan komponen praktikal di samping pengetahuan teori dan profesional kejuruteraan. Graduan yang dikeluarkan oleh UTHM bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang mantap tetapi keterampilan, kemahiran teknikal dan kemahiran genarik yang tinggi bagi menceburi bidang kerjaya yang lebih luas dan memenuhi keperluan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam dan keperluan industri masa hadapan.



LOKASI



UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kampus UTHM mudah dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan lokasinya amat strategik dengan di kelilingi oleh kawasan perindustrian yang menempatkan industri-industri bertaraf multi-national serta industri kecil dan sederhana. 


Kedudukan logistiknya yang strategik ini telah merangsang penyertaan sektor industri di dalam program kerjasama Universiti dengan Industri terutamanya dalam kegiatan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.



VISI

Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat. 



MISI

Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.



FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI

Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.



FAKULTI


Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh lapan (8) fakulti dan satu (1) pusat pengajian iaitu:


1.       Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

2.       Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

3.       Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

4.       Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

5.       Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

6.       Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

7.       Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
8.    Fakulti Teknologi Kejuruteraan

9.       Pusat Pengajian Diploma



SISTEM PENGAJIAN

UTHM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua (2) semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester lazim terdiri daripada 14 minggu perkuliahan. 



KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik. Bagi program Diploma, kemasukan pelajar terbuka kepada lulusan SPM dan Sijil Politeknik/setaraf yang berkaitan.



TEMPOH PENGAJIAN



Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda ialah minimum enam (6) semester atau 110 kredit bagi program bukan profesional dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester atau 120 kredit bagi program profesional.



Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma pula ialah enam (6) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan ialah 10 semester. Walau bagaimanapun, tempoh minimum menamatkan pengajian adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak Universiti.



KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN



Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Universiti ini dan antaranya ialah Perpustakaan Digital, Bengkel & Makmal, Ruang Kuliah, Kiosk, Perkhidmatan Pelajar & Kedai Koperasi, Pengangkutan, Penginapan Asrama, Masjid, Sukan & Rekreasi, Bank Muamalat & ATM, Pusat Kesihatan Universiti, Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya, Kafetaria & Kantin, Pos Mini dan lain-lain.



KETERANGAN BIASISWA/DERMASISWA



Pelajar digalakkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan daripada badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan adalah tertakluk kepada pihak penaja berkaitan. 

Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTHM, antaranya adalah seperti berikut:



  1. Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  4. Yayasan Negeri
  5. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  6. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
  7. Petronas
  8. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
  9. Yayasan Felda
  10. Kuok Foundation Berhad
  11. Lain-lain




ALAMAT
:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA
86400
BATU PAHAT
JOHOR 
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 07-4537689
Talian 2 : +6 07-4537686
Talian 3 : +6 07-4537685
Talian 4 : +6 07-4537695
NO. FAKS
:
+6 074536085
E-MEL
:
pa@uthm.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.uthm.edu.my



87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL