Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1

Semakan Keputusan SBP 2013 
dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1


Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh  2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online anda boleh mula menyemak pada 16 Disember 2012 semalam. 
 


Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh mengetahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013

Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki.
 
Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar
 
Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. 
 

Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1

Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapat sekurang-kurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar ), klik di sini.

Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1

Untuk membuat semakan, sila klik link pautan di bawah:

Talian semakan sudah pun dibuka. Sila masukkan angka atau nombor giliran UPSR untuk membuat semakan.  
 
Pelajar yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my . Selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar, terutama pelajar-pelajar saya.
 
Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran di SBP atau Sekolah Berasrama Penuh.
Kepada yang tidak berjaya, usah berdukacita ya. 
 
Belajar di sekolah harian pun anda akan berpeluang meraih kejayaan cemerlang, asalkan anda berusaha bersungguh-sungguh dan selalu berdoa pada Yang Maha Esa, serta mengamalkan ciri-ciri pelajar cemerlang. Boleh klik di sini.
 
Boleh juga baca di  Selepas UPSR Sekolah Asrama Penuh vs Sekolah Harian, di sini.
 
Pendaftaran SBP Sesi 2013

Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.

Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013

Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012.

Sumber: Website KPM DAN melvister.com 
 
 



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .