Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/12/31

SAINS DAN MATEMATIK MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA

SAINS DAN MATEMATIK 
MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pelajaran Sains dan Metematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan sebenarnya. Yang penting minat, kemahuan dan semangat tinggi untuk berusaha memahami mata pelajaran tersebut. 

KATA sesetengah orang, subjek Sains susah untuk difahami dan ‘menakutkan’. Kebiasaannya, sains asas adalah meliputi Fizik, Kimia dan Biologi. 

Ada juga yang berkata, subjek tersebut cukup membosankan serta merumitkan terutama bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah. Namun, hakikatnya, walau susah bagaimanapun, sains amat penting dalam kehidupan manusia.


Halangan mental misalnya dengan minda menyatakan menyatakan Matematik susah, Sains tak best  hendaklah dibuang jauh-jauh. 

Di Malaysia, pembelajaran ilmu sains ini telah lama diperkenalkan. Di peringkat sekolah, menengah atas mahupun bawah, kesemuanya telah didedahkan ilmu sains ini. Maka, tertubuhlah sekolah-sekolah elit bestari seperti sekolah menengah sains, Asrama Penuh, Intergrasi, MRSM dan sebagainya. Ilmu sains ini mampu memberi minat kepada pelajar untuk belajar. 

Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri telah mewujudkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pelajar mengambil aliran Sains di Tingkatan 4.

Contohnya Pelepasan Cukai Sehingga RM3K Babi ibubapa yang anak-anaknya mengambil alioran Sains di sini. 

  Malah Nilai Biasiswa Kecil Persekutuan juga dinaikkan kepada pelajar aliran Sains. 




Menerusi sains, pelbagai kaedah dan teori ditemui dalam menyelesaikan banyak permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan harian kita.  Dunia pada zaman ini telah mencapai satu era yang sangat moden dalam aplikasi sains dan teknologi. 

Jika dahulunya kita sedia maklum, sejarah telah menjelaskan pada kita semasa era pemerintahan Islam yang kuat , ketika itu sains dan teknologi sangat menjadi perkara utama. Tamadun yang memfokuskan dalam meneroka ilmu sains dan teknologi mampu mengangkat tamadun itu keterhadapan. Lihat sahajalah negara Jepun masa kini.

Jika dilihat dalam Sejarah Islam, Islam telah melahirkan banyak tokoh Ilmuan dan Cendiakawan ternama dunia dalam bidang Sains dan Matematik, selain Falsafah, perubatan dan lain-lain.




 
Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna.

Sebagai contoh.. Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini yang lebih canggih.
 
 Jabir Ibn Haiyan (Geber) Digelar Kimia (Bapa Kimia) Buku Terjemahan The Book of the Composition of Alchemy,Book of Kingdom, Book of the Balances, Book of Eastern Mercury, Sum of Perfection (all translated byBerthelot). Meninggal pada 803 Masihi di Kufah.

Ibn Sina (Avicenna)  Perubatan, Falsafah, Matematik, Astronomi  Canon (1170-87), Sanatio (12th cent.), "A Treatise on the Canons of Medicine of Avicenna (1930), Book of Healing.  Lahir pada 981 di Asfahana Meninggal dunia pada 1037 di Bukhara.

Abu Yusuf Ta’qub ibn Ishaq al-Kindi/alkindus (sekitar 185 H/801 M-260 H/873 M)
Filosofi arab pertama. Menguasai bahasa syria, yunani. Menulis 270 makalah tentang: logik, filosofi, fizik, matematik, muzik, ubat-ubatan dan kehidupan binatang.

Tsabit ibn Qurrah (211 H/826 M atau 221 H/836-288 H/901 M)
Ahli matematik, astronomi. Menulis juga tentang: astronomi, teori bilangan, fizik dan cabang matematik lainnnya. Penerjemah besar Teori “getaran” (trepidation) sangat berpengaruh di abad pertengahan Barat. 

Artikel lain yang boleh pelajar Lepasan PMR Boleh buat rujukan:

Bilangan Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia, di sini. 

Ke Mana Selepas PMR, di sini

Selepas PMR, di sini. 

Di sini juga saya memuat naik sedikit Tip dan Petua Seronok belajar Sains. Sila baca lanjut artikel ini ya dengan klik readmore, terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini.



 Bagi pelajar yang keliru memilih aliran Sains atau Sastera, anda sebaik-baiknya mengambil langkah seperti membuat perbincangan dengan ibu bapa, guru dan orang yang berpengalaman.

Sebagai Muslim juga , kita usah lupa memohon petunjuk Allah, apakah yang terbaik untuk kita. Melalui Solat Istikharah dan Solat hajat, InshaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita.
 
Melakukan Solat Istikarah, klik di sini

Tip dan Petua Seronok belajar Sains

Di sini terdapat beberapa tips atau perkara yang membolehkan murid memberi lebih tumpuan dan merasai keseronokan sewaktu melakukan amali sains;

Sebelum melakukan sesuatu aktiviti Sains:
 Murid perlu membuat rujukan dahulu tentang topik berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan membuat rujukan, murid akan lebih bersedia dan teruja untuk melakukan eksperimen berbanding dengan murid yang tidak tahu dan tidak bersedia dengan apa yang akan dilakukan.

Sewaktu di dalam makmal: 
Murid seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada arahan guru sebelum melakukan eksperimen. Dengan ini, murid akan lebih faham dan melakukan eksperimen dengan lancar. Murid harus membaca objektif eksperimen yang dijalankan berulangkali. Ia membantu murid untuk lebih fokus ketika menjalankan eksperimen.

 Ketika eksperimen Sains dijalankan: 
Beri tumpuan sepenuhnya dan jangan bergurau senda atau bercakap-cakap dengan rakan sekelas. Jika terdapat sebarang keraguan, hendaklah dirujuk kepada guru. Timbulkan rasa seronok dan sifat ingin tahu ketika melakukan eksperimen.

Setelah selesai melakukan eksperimen: 
 Pemerhatian harus dibuat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Seterusnya cuba fikirkan dan kaitkan dengan teori mengapa terjadinya demikian. Keputusan atau data eksperimen hendaklah dicatatkan dengan jujur tanpa mengubahnya. Ini penting untuk mencapai kepuasan murid membuat eksperimen.

Murid-murid seharusnya mengikuti langkah-langkah di atas bagi menanamkan rasa seronok mempelajari matapelajaran sains. Sains itu mudah, sains itu menarik, sains itu melambangkan kejayaan manusia menerokai dan mengenali fenomena harian yang berlaku pada diri kita. Selamat mencuba!

Berikut ialah artikel-artikel yang tersiar di akhbar sebagai rujukan bersama.

Seronok Jika Diajar Dengan Betul

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diketahui minggu lalu. Daripada 481,424 pelajar yang mengambil peperiksaan itu, seramai 30,474 memperolehi keputusan paling cemerlang.

Selepas PMR, mereka akan memasuki tingkatan empat tetapi ramai yang mencongak untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Lazimnya, pelajar cemerlang tentu mempunyai keinginan memasuki aliran sains kerana jaminan memasuki institusi pengajian tinggi selain tawaran pekerjaan lebih cerah.



Bagaimanapun, penurunan pencapaian subjek Sains dan Matematik dalam setiap peperiksaan utama setiap tahun kini menimbulkan pertanyaan.


Adakah penurunan itu bagaikan isyarat senyap bahawa dua subjek berprestij itu semakin kurang diminati hingga pelajar
luahkan’ dalam peperiksaan atau kerana ketidakfahaman menjawab hingga gagal mencapai keputusan yang baik?

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Abdul Rashid Mohamed, berkata penurunan atau kenaikan peratusan pelajar dalam peperiksaan adalah normal.

Bagaimanapun, setiap keputusan masih memerlukan kajian, analisa dan tindakan segera bagi memastikan risikonya tidak berpanjangan dan menimbulkan implikasi lain .

“Dalam sistem peperiksaan, turun naik statistik pencapaian pelajar adalah normal namun masih memerlukan tindakan susulan bagi mencari punca.

“Peningkatan atau penurunan itu adalah isyarat untuk memberitahu ada kelemahan atau lompong perlu diperbaiki.

“Apatah lagi setiap sasaran diletakkan pada manusia (pelajar). Sudah tentu ada pelbagai kemungkinan sukar dijangka,” katanya.

Biarpun keputusan subjek Sains dan Matematik terus menunjukkan penurunan, beliau berkata, pihak terbabit tidak perlu melatah, sebaliknya memikirkan faktor dan tindakan mengatasinya.

Menurutnya, penurunan itu mungkin berpunca daripada faktor kecil dan remeh, namun pihak terbabit sama ada sekolah, guru atau kementerian terlepas pandang hingga akhirnya menjejaskan prestasi pencapaian.

“Faktor yang dianggap kecil dan remeh lebih berbahaya. Sebab itu, semua pihak perlu mempunyai sikap peka kerana kesan yang bakal diperoleh boleh melepasi jangkaan.

“Malangnya, ramai keliru dan menganggap sains dan matematik hanya sekadar angka atau formula.

“Tidak ramai nampak atau memahami apa sebenarnya kedua-dua subjek itu dan tujuannya,” katanya berpendapat jika diajar dengan cara betul, ia boleh memberikan keseronokan berganda kepada pelajar.

“Keseronokan ini tidak terbatas dalam akademik semata-mata sebab konsep pemahaman sains dan matematik sangat luas.

“Malangnya, mereka tidak dapat menikmati keseronokan itu kerana pendedahan diterima adalah melalui cara tekanan iaitu belajar dan menghafal.

“Sains dan matematik mempunyai hubung kait paling rapat dengan kehidupan. Cara pembelajaran penuh tekanan serta konsep pembelajaran salah boleh menyumbang kegagalan akademik dan aspek lain,” katanya.

Kebimbangan itu berasas apabila pelajar yang mengikuti aliran sains semakin menurun sehingga 29 peratus tahun ini berbanding sasaran 60 peratus.

Sebaliknya, peningkatan dalam aliran sastera semakin ketara disokong faktor tarikan termasuk tanggapan aliran sastera lebih mudah, mampu menawarkan tempat lebih tinggi di institusi pengajian serta peluang pekerjaan lebih banyak.

Manakala aliran sains pula dianggap lebih sukar bukan saja dari segi akademik malah peluang kerjaya semakin terhad dengan tiada pengenalan kerjaya baru.

Pelajar aliran sains, katanya, sudah tentu mahukan timbal balas yang mampu memberi mereka banyak kelebihan setimpal cabaran kesusahan sewaktu belajar.

“Namun, apa yang mampu ditawarkan bidang pekerjaan di negara kita bagi aliran itu hanya perubatan (yang terbesar), pegawai penyelidik, dan pensyarah.

“Skop kerjaya yang kecil menyebabkan penurunan permintaan.

“Berbanding negara lain, tawaran pekerjaan lebih banyak malah ada kerjaya baru diwujudkan dalam bidang tertentu yang fokus pada keperluan sains menyebabkan sains dan matematik satu kemestian,” katanya.

Cara belajar juga, katanya, menjadi penyumbang mengapa sains dan matematik sukar dikuasai.

“Pelajar di negara kita mempunyai cara belajar ‘kurang’ sempurna iaitu suka menghafal. Di negara lain, pembinaan asas pemahaman dilakukan dengan pelbagai teknik seperti penggunaan deria dan bantuan persekitaran.

“Menggunakan hafalan bagi memahami sains dan matematik bukanlah proses pembelajaran yang baik. Mereka menghafal hanya untuk membolehkan menjawab soalan.

“Jika soalan ditukar, mereka tidak boleh menjawab sebab konsep sains dan matematik itu berdiri pada asas pemahaman bukan menghafal,” katanya.

Pada masa sama, katanya pemilihan guru sekolah rendah perlu dari kalangan yang terbaik kerana mereka yang akan memulakan asas pembelajaran dan pemahaman pelajar.

“Sekolah rendah adalah ‘ibu’ segala asas pembelajaran dan pemahaman kerana di situlah pelajar didedahkan proses membaca, mengira, menulis dan memahami.

“Manakala sekolah menengah adalah proses pemantapan kefahaman dan pembelajaran. Pelajar hanya perlu dibimbing dengan kaedah pembelajaran berbeza dan lebih menyeluruh sebagai persediaan menuju pengajian tinggi.

“Jika asas pemahaman dan pembelajaran kukuh, proses seterusnya menjadi mudah. Malangnya kita kekurangan kualiti dan sentuhan guru yang baik mengakibatkan timbul pelbagai masalah,” katanya.

Berharap agar sistem pendidikan dipertingkatkan bagi menjamin kejayaan taraf negara maju menjelang 2020, beliau berkata usaha perlu diganda dan diberi penambahbaikan.

“Antaranya modul dan sistem perlu diselaraskan dengan perkembangan semasa, pengambilan guru berkualiti, kaedah pedagogi yang betul dan sebagainya.

“Fahami definisi negara maju itu sendiri, barulah kita boleh membangunkan sains dan matematik sebagai satu mekanisme penting yang sukar ditolak sesiapa pun,” katanya.



SUMBER; HARIAN METRO 23/12/2012

Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains

2012/03/29

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah.

Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi.

Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti.

Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan negara.

Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti.

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012.

Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai.

Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.

Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif.

Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.

BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini.

Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.

Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’.

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara.

sumber; Barita Harian

Nota Kaki:

 Remaja kini majoriti di peringkat sekolah, mereka akan cenderung ke arah jurusan sains tulen. Minat mereka itu perlu dibimbing dengan baik agar mereka tidak menyalahkan jurusan sains ini yang menggagalkan mereka sewaktu peperiksaan kelak. 

Sains mampu mengajak pelajar atau remaja memotivasi diri untuk lebih matang dalam berfikir. Cara-fikir Islam perlu diterapkan dalam sistem pembelajaran sains tulen masa kini. Semoga potensi pelajar berkembang dalam memikirkan hal-hal kritikal dalam penemuan sains.

Perlulah para guru menjadi seorang yang mampu mendidik pelajar ke arah pembetukan saintis muslim yang mengamalkan batas-batas pemikiran dalam sains. 


Gaya lontaran kata-kata guru perlu dikemaskini. Mereka inginkan kelainan. Mereka inginkan pendedahan demi pendedahan. Bukan menyalin nota-teori kemudian latihan. Dedahkan mereka dengan kreatif. 


Sejarah Islam dalam mempelopori dunia sains Islam, perbandingan antara cara-fikir saintis barat dan saintis islam, ini semua perlu didedahkan di peringkat awal. Remajalah perlu tahu dengan awal.


87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014





Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL