Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/12/26

Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir Bersama Motor

Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir Bersama Motor

BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI

Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
 

Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih) atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat dan kegembiraan. 

Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin, sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika kita bersedih lalu bersabar. 

Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.

Gambar Pemuda Hampir Lemas Dihanyut Banjir Bersama Motor 


SEORANG pemuda, Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, semalam. 

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. - Foto BERNAMA



DIBAWA ARUS… 


 

Turutan gambar detik-detik cemas seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di sini, hari ini.

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.

Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.

Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 2,594 pagi ini berbanding 1,301 malam tadi.

– Bernama



TUKANG RUMAH NYARIS MAUT



SETIU 25 Disember 2012 - Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.


Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.
Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.

“Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.

“Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. - BERNAMA

Terima kasih kepada Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad.
Bagi saya nilai berita dan gambar ini sangat tinggi..... 

BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI

 سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ
 
ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
 
(١٥٦)   أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)  
 
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  dan  kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


 Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Firman Allah:


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)


Walaupun pelbagai spekulasi dan andaian dibuat untuk mencari punca kejadian banjir, yang pasti semua itu hanyalah asbab kepada ujian dan musibah daripada Allah. Kita perlu berlapang dada dan bersabar menghadapi segala bencana ,musibah dan ujian Allah walaupun kita tahu “berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.”

Walaupun bagi sesetangah orang melihat peristiwa bencana alam ini sebagai hukum alam dan fenomena alam namun pada hakikatnya inilah ujian daripada Allah Ta’ala kepada hamba-NYA. 


Sesungguhnya manusia akan diuji oleh Allah dalam dua bentuk Ujian, pertama ialah ujian Allah dalam bentuk musibah dan keduanya manusia akan diberi ujian dalam bentuk kesenangan. 

Ternyata ujian berbentuk musibah yang melanda saudara kita ini perlulah dihadapi dengan penuh keinsafan dan redha. Inilah ketentuan Allah.

Adapun ujian Allah kepada kita adalah berasaskan beberapa kemungkinan. Yang pasti jawapannya hanya ada kepada kita. Apakah Allah menguji kita hanya kerana hendak menduga keimanan dan kesabaran kita atau kita diuji Allah sebagai mengkifarah segala perbuatan dosa dan noda yang pernah kita lakukan atau Allah Ta’ala menguji kita sebagai peringatan menyedarkan kita akan segala kemaksiatan yang semakin berleluasa berlaku dalam masyarakat kita yang perlu kita sama-sama pertanggungjawaban untuk membenteraskannya.

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri… “(an-Nisaa’: 79)

Ujian dan musibah Allah ini bukan kerana Allah hendak berbuat zalim kepada manusia kerana Allah tidak akan berbuat zalim kepada seorangpun hamba Nya.

 Tetapi manusia sendiri yang asyik masyuk dengan perhiasan dunia hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Mereka lupa tanggungjawab mereka kepada Allah, mereka lupa tanggungjawab mereka kepada sesama manusia.  

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim:

“Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat)Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih“ (Ibrahim: 7)

Marilah kita sama-sama berdoa, agar Allah memperteguhkan hati dan keimanan kita dan saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan ujian-ujian getir dari Allah. 

Semoga mereka dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Marilah kita berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada semua umat Islam untuk kembali menuju jalan-Allah, untuk melakukan taubat nashuha secara lahiriah dan batiniah, samada dalam ucapan mahupun perbuatan, sehingga kita menjadi sebaik-baik umat. Amin .

اللهم أجرني في مصيبتي هذه وآخلف لي خيرا منها
Ya Allah, berikanlah pahala di atas musibah yang menipa kami ini dan gantikanlah bagi sesuatu yang lebih baik daripadanya.


Saudaraku, percayalah, yakinlah Sesungguhnya ALLAH bersama sama dengan orang yang sabar..
 


Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List