Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pelajar Naik Bas Sekolah Dilindungi Insurans

Pelajar Naik Bas Sekolah Dilindungi Insurans




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sesi persekolahan 2013 akan bermula Rabu ini. Bagaimana persiapan pelajar? Bagi ibu bapa pasti pelbagai persediaan telah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

 Bagi pelajar yang menggunakan bas sekolah sebagai kenderaan ke sekolah, anda bakal dilindungin insurans.

Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah perlindungan insurans selewat-lewatnya akhir Januari depan.

Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 adalah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu.


 Sebagai ibu bapa, perkara yang menjadi keutamaan adalah soal keselamatan.  Memang benar, kemalangan boleh berlaku dimana sahaja.  Namun, ada kemalangan yang boleh dielakkan seperti faktor kecuaian manusia. Oleh itu, Skim perlindungan insurans untuk pelajar yang naik bas sekolah sebagai satu langkah yang baik.

Bagaimanapun, sebagai hamba Allah, kita digalakkan memohon doa, termasuk doa naik kenderaan. Berikut ialah doa naik kenderaan:

 
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali.

Boleh rujuk Adab Naik Kenderaan klik di sini
 
 



Bukan itu sahaja, cara pemanduan bas sekolah juga tidak boleh dipandang ringan.  Pemandu bas sekolah perlu memastikan semua pelajar sudah duduk di dalam bas sebelum meneruskan pemanduan.  





Kecuaian tersebut boleh menyebabkan pelajar tersungkur di dalam bas atau terhumban keluar daripada bas sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kematian.

Dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah  mengumumkan skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit.  

Skim yang memanfaatkan dua juta pelajar dan murid itu menyediakan perlindungan maksimum 100-ribu Ringgit dengan kos premium 40 juta ringgit untuk tempoh dua tahun yang akan diselia Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD). 

Berkuatkuasa Januari 2013 esok, kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah bakal dilindungi insurans.  

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pihaknya telah membuka tender menawarkan pakej perlindungan insurans kepada pelajar itu kepada syarikat yang berminat.  

Syarikat insurans akan diminta membentangkan syor atau cadangan mereka berhubung pakej yang ditawarkan meliputi insurans kehilangan nyawa dan kemalangan diri. Syarikat insurans yang menawarkan pakej terbaik dan memenuhi syarat SPAD akan dipilih mendapatkan tender tersebut.


Untuk kebaikan semua pihak, perlindungan insurans perlu disediakan kepada pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.  Apa yang penting, pengusaha bas sekolah perlu memastikan kenderaan mereka tidak uzur dan selamat. Pengusaha bas sekolah juga perlu memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik.  

Bagi pemandu bas, mereka perlu memastikan jumlah pelajar yang dibawa tidak berlebihan.  Keselamatan pelajar perlu diberi keutamaan berbanding wang ringgit. Sesal kemudian tidak berguna, apatah lagi akibat kemalangan yang boleh dielakkan. 


Insurans murid atasi masalah bas haram

KUALA LUMPUR: Peruntukan skim perlindungan insurans kepada murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2013 Jumaat lalu mampu mengatasi masalah bas haram.


Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputra Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Fauzi Murad berkata, perlindungan insurans itu menggalakkan pengusaha bas sekolah haram memohon permit.

“Bagi pengusaha berpermit, kami mempunyai perlindungan insurans dan usaha kerajaan ini bagus untuk menggalakkan pengusaha haram memohon permit.

“Sehubungan itu, kami berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melonggarkan peraturan bagi memudahkan mereka mendapatkan permit,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa digalak mendapatkan perkhidmatan bas sekolah yang memiliki permit kerana anak mereka mendapat jaminan perlindungan insurans.


“Kami selaku pengusaha bas sekolah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Bagaimanapun, pemberian rebat tunai dan subsidi kadar faedah menggantikan bas sekolah berusia 25 tahun berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk, lebih kepada van.

“Biasanya tiada van digunakan lebih daripada 25 tahun kerana pemiliknya akan membeli baru selepas 10 atau 15 tahun. Jadi saya harap pemberian dapat diperluaskan kepada bas sekolah yang mempunyai kapasiti lebih besar,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid yang menggunakan khidmat bas sekolah berpermit. Skim yang memanfaatkan dua juta pelajar dan murid itu menyediakan perlindungan maksimum RM100,000 dengan kos premium RM40 juta untuk tempoh dua tahun yang akan diselia SPAD. Selain itu, kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus untuk pinjaman penuh bagi menggantikan bas lama berusia 25 tahun kepada bas baru berkapasiti antara 12 hingga 18 tempat duduk.


Harian Metro 1/1/2012

Insurans kemalangan pelajar sekolah mulai 2013


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.

Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.

"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD dan Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di sini hari ini. - BERNAMA

Pelajar naik bas sekolah dilindungi insurans

Kuala Lumpur: Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah perlindungan insurans selewat-lewatnya akhir Januari depan.

Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 adalah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu.

 Tender sudah dibuka

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar, berkata tender sudah dibuka kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan sebut harga.

“Pemilihan akan dibuat berdasarkan penawaran skim perlindungan insurans terbaik serta harga munasabah.

“Hanya yang terbaik saja akan dipilih sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan SPAD bersama pengusaha bas Bentong dan Temerloh, Pahang, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal; Pengurus Operasi First Coach, Chong Yee Hoong; Ketua Operasi City Liner, Basri Baharom serta 25 wakil SPAD, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Konsortium Transnasional Berhad.

Mesyuarat itu membincangkan beberapa perkara termasuk inisiatif bagi menambah baik dan melebarkan sistem pengangkutan awam darat di sekitar Bentong dan Temerloh.

Syed Hamid berkata, melalui perbincangan itu satu model baru untuk mengintegrasi sistem perkhidmatan bas di dalam bandar seluruh negara akan dibentuk.

“Sebagai permulaan kita akan mulakan di Bentong dan Temerloh. Sistem itu dijangka diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan memperuntukkan RM63.4 juta untuk membantu menambah baik sistem perkhidmatan bas antara bandar di negara ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan untuk penambahbaikan pengangkutan bas dalam bandar di Pahang membabitkan 10 syarikat. Dana itu akan diberikan berdasarkan kos operasi dan pendapatan sebenar sesebuah syarikat bagi membantu mengurangkan beban mereka.

“Inisiatif itu jelas menunjukkan kerajaan serius dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat negara untuk dimanfaatkan kepada rakyat negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian, 4 hari lalu


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .