Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Biasiswa YWJ Sedang Dibuka Anak-anak ATM CEMERLANG UPSR PMR

Permohonan Biasiswa YWJ Sedang Dibuka Untuk Anak-anak ATM CEMERLANG UPSR PMR 2012 Dan Kemasukan ke IPTA Sesi 2012/13


Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar anak-anak ATM, SUKACITA dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa YWP bagi peperiksaan UPSR 2012, PMR 2012 dan calon SPM dan STPM 2012 yang memohon kemasukan ke IPTA sesi 2012/2013 kini sedang dibuka.

Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit

Latar Belakang




 

Yayasan Warisan Perajurit (YWP) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.

Objektif utama penubuhan Yayasan ini ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan-peperiksaan seperti UPSR dan PMR.  






Majlis pelancaran YWP telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak pada 4 Mei, 2000. Semasa pelancaran Yayasan tersebut, YAB Dato' Sri Mohd Najib telah memaklumkan bahawa beliau amat berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat-Syarikat LTAT kerana telah pro-aktif untuk membantu anggota-anggota ATM untuk mendorong anak-anak mereka cemerlang dalam pembelajaran masing-masing. Ini adalah selaras dengan hasrat beliau supaya anak-anak anggota ATM bersama dapat memajukan diri mereka untuk meningkatkan taraf hidup keluarga dan memajukan negara.

Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit 

 

Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan Warisan Perajurit ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.

Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM adalah seperti berikut:

Bil. Peperiksaan Bilangan A Jumlah Bayaran
1. UPSR 5A
4A 1B
4A 1C
(B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A)
RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
2. PMR 9 A
8 A
7 A
6 A
(B.M wajib mendapat A)
RM800.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM600.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM500.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM400.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
3. IPTA Untuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam per-khidmatan sahaja. Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi.
4. ROLE MODEL UPSR 3A 2B
3A 1B 1C

Untuk anak-anak pertama ATM lain-lain pangkat (LLP) yang ibubapa masih dalam perkhidmatan sahaja.
RM200 setahun untuk tempoh 3 tahun dan penajaan program pembelajaran 'Tutor Online' untuk


Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.

Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan bolehlah membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak bekas ATM pula dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri masing-masing.

Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak bekas ATM hendaklah menghantar borang-borang yang telah diisi dengan lengkap kepada PBTM negeri masing-masing.

Kelayakan dan Syarat Permohonan untuk:
#sila pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail di atas dan di bawah ini. 

Klik Sini Untuk Borang :

(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Kegagalan menghantar Laporan Akademik sebelum 28 Februari setiap tahun akan mengakibatkan pembayaran biasiswa ditamatkan secara automatik dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


SOALAN -SOALAN YANG BIASA DITANYA DI LAMAN WEB

1) Mengapa YWP diwujudkan ?
Objektif utama penubuhan YWP ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan syarikat-syarikat kumpulan LTAT bagi membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara.


2) Apakah fungsi YWP ?
Fungsi YWP adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR bagi memastikan anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara berjaya di dalam bidang pembelajaran masing-masing. Bantuan ke IPTA adalah terhad kepada anak-anak ATM sahaja.


3) Siapakah yang layak mendapat bantuan YWP?
Hanya terbuka kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan juga anak-anak bekas ATM dari kalangan Askar Wataniah Yang Diserapkan Sepenuh Masa (AKAS) tetapi tidak termasuk anak-anak Bekas Tentera British.


4) Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan YWP?
4.1 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A, 4A1B dan 4A1C) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan (B.M salah satu sama ada penulisan/pemahaman wajib mendapat A)

b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.2 a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR (9A,8A,7A dan 6A) hanya bagi mata pelajaran teras sahaja dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. (B.M wajib mendapat A)

b) Keputusan peperiksaan PMR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

4.3 a) Mendapat tawaran ke IPTA untuk mengikuti Pengajian Ijazah Pertama sahaja .
b) Hanya layak untuk anak-anak ATM (Ibu/Bapa) yang masih berkhidmat.
c) Permohonan adalah bagi kemasukan dalam tahun semasa sahaja.
d) Pengajian sepenuh masa.
e) Sertakan Salinan Sah Surat Tawaran daripada Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.


5) Bagaimana untuk memohon bantuan YWP?

a) Bagi anak-anak ATM yang masih berkhidmat, permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

b) Bagi anak-anak bekas ATM, permohonan boleh dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian/Cawangan masing-masing.


6) Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan YWP?

a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR/PMR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan sah Kad Pengenalan bapa / Buku Persaraan (hanya Bekas Tentera).
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN /AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diistihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat).

7) Siapakah yang layak mendapat bantuan YWP Role Model?
Hanya terbuka kepada anak-anak pertama anggota ATM yang sedang berkhidmat dari Lain-lain pangkat (LLP).

8) Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan YWP Role Model?
a) Lulus dan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan UPSR (3A2B, 3A1B1C)
b) Sertakan salinan sah Keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


9) Bagaimana untuk memohon bantuan YWP Role Model?
a) Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan arah Pendidikan ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

10) Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan YWP Role Model?
a) Salinan sah keputusan peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Salinan sah Sijil Kelahiran Pelajar.
c) Salinan sah Kad Pengenalan Pelajar.
d) Salinan Kad Pengenalan Tentera (BAT C10)
e) Salinan sah Buku Akaun Bank BSN / AFFIN (bukan akaun bersama).
f) Jika Anak Angkat/Anak Tiri hendaklah disertakan salinan sah surat pengesahan penjaganya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/diisytihar di dalam PERBAH 11- Pasukan (anggota yang masih berkhidmat). 


 SEGALA SOALAN DAN KEMYUSKILAN, SILA HUBUNGI:

Urusetia Yayasan Warisan Perajurit
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 2, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
55100 KUALA LUMPUR
Email: ywp@ltat.org.my

Website; http://www.ltat.org.my

Phone1: 603 - 2148 9777
Phone2: 603 - 2148 6166


Petikan Berita daripada akhbar pada 2011:

Anak Veteran ATM Cemerlang Digalak Mohon Biasiswa YWP

SIBU: Anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 digalakkan untuk memohon Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP).

Kelayakan dan syarat-syarat bagi menerima skim biasaswa YWP ini ialah memperolehi 5A, 4A1B atau 4A1C dan wajib mendapat salah satu keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman /Penulisan) bagi UPSR.

Mata pelajaran yang diambil kira jika di Sekolah Kebangsaan (SK) ialah Bahasa Melayu (Pemahaman) dan (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sementara bagi PMR, memperolehi sekurang-kurangnya 6A ke atas dan wajib mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran yang diambil kira ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 2 serta Pendidikan Islam.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Januari 2012.

Justeru, semua Veteran ATM hendaklah membawa salinan keputusan ujian 2011, salinan kad pengenalan, sijil lahir anak, salinan Buku Akaun BSN/AFFIN Bank anak, salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D92 dan kad pengenalan Veteran ATM.
Borang permohonan boleh didapati di pejabat Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sibu, Persatuan Bekas Tentera Laut Malaysia Negeri Sarawak (PBTLDM) dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) yang beralamat di No. 43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman, Sibu atau hubungi talian 084-349755.
 Petikan Akhbar Kosmo 

Kecermerlangan Anak-anak ATM





MOHD. NOOR (tengah) dan isteri, Datin Samsiah Abd. Samad semasa meraikan salah seorang pelajar cemerlang.

WALAUPUN membesar tanpa ayah sejak lima tahun lalu, Nur Syamimi Amanina Kamdan, 16, bersyukur kerana kebajikan pendidikannya sentiasa mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham bapanya, Sarjan Kamdan Makon yang bertugas di Markas Staf Stesen Taiping, Perak meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berdarah.

Keputusan cemerlang 7A 1B yang diperolehnya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu menyaksikan beliau terpilih menerima sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM750.

“Alhamdulillah, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menunaikan cita-cita bergelar doktor,” ujar anak sulung daripada dua beradik yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.

Ditemani ibunya, Pegawai Waran 2 Norliza Ismail yang bertugas di Kor Agama Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Pulau Pinang, Nur Syamimi Amanina memberitahu, sumbangan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Sejak pemergian ayahnya, tanggungjawab membesarkan Nur Syamimi Amanina dan adiknya, Nur Syuhada Asyikin, 13, dipikul oleh Norliza yang baru dua tahun ditukarkan ke Butterworth dari Taiping, Perak.

“Walaupun ayah tiada, tetapi ATM tetap menjaga kebajikan saya dan adik menerusi bantuan wang pencen yang kami terima.

“Insya-Allah, saya akan tunaikan impian ibu dan arwah ayah yang mahu lihat kami (adik-beradik) menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Sumbangan kecemerlangan TKAT turut diterima Muhammad Zakwan Abu Bakar, 18, yang mendapat keputusan 7A1 dan A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menerima wang tunai RM1,500.

Beliau kini melanjutkan pengajian di bidang kejuruteraan di Kolej Mara Banting untuk meneruskan cita-citanya bergelar jurutera kimia untuk dihadiahkan kepada bapanya, Leftenan Kolonel Abu Bakar Musa.

Ujar anak ketiga daripada lima beradik itu, beliau bertuah kerana bapanya sentiasa mengutamakan keperluan pendidikan beliau adik-beradik selain menekankan kepentingan ilmu agama sebagai bekalan hidup.

Prinsip saya dalam belajar mudah iaitu ikut suruhan agama, jangan lupakan solat selain sentiasa mendengar kata-kata ibu bapa serta ikut nasihat guru,” katanya.

Jelas Muhammad Zakwan lagi, pangkat yang tinggi bukan penentu kejayaan seseorang (anak) kerana katanya, ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang cemerlang dalam pelajaran datang daripada keluarga sederhana dan miskin.

Selain Nur Syamimi Amanina dan Muhammad Zakwan, seramai 98 anak-anak warga ATM dari Zon Utara yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu menerima sumbangan sama.

Ia disampaikan oleh Panglima Markas 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia 2011 peringkat Zon Utara di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Anuar Sabtu serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat yang lain.

Pelajar cemerlang bertambah

Daripada jumlah itu, 24 pelajar adalah pelajar cemerlang SPM dan 76 lagi cemerlang dalam PMR. Ia merupakan peningkatan kira-kira 25 peratus berbanding hanya 75 pelajar cemerlang (bagi kedua-dua kategori tahun lalu).

Pada tahun ini juga, TKAT telah menaikkan kadar bagi anugerah kecemerlangan akademik iaitu RM750 bagi PMR, manakala RM1,500 bagi SPM berbanding RM500 dan RM1,000 sebelum ini.

Dalam ucapannya, Mohd. Noor berkata, ATM menyediakan pelbagai insentif biasiswa, hadiah pelajaran serta pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak warganya bagi memastikan pencapaian mereka cemerlang dalam bidang akademik.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan penghargaan ATM bagi memastikan anak-anak warganya terus berusaha (dalam akademik) bagi mencapai cita-cita seterusnya menyumbang tenaga demi kemajuan negara.

“Anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi mempunyai peluang dan ruang menerima insentif-insentif ini, justeru rebutlah peluang dan manfaatkan peluang ini.

“Kepada para anggota pula (ibu bapa), mainkanlah peranan masing-masing dengan sebaik-sebaiknya kerana anugerah ini merupakan pengiktirafan ATM terhadap pencapaian anak-anak anda,” ujarnya.

sumber; Kosmo 23 Jul 2011






5 Comments:

Unknown said...

Hi... saye baru lepasan SPM.. bg info kat saye mcm mane nak mintak bantuan yayasan ni.. saye duduk di perak boleh ke?? sye tgh buntu ni

Unknown said...

Hai.. saye baru lepasan SPM.. saye nak buat bantuan utk dpt duit pergi mane2 universiti... mcm mane ek?? mara belum bukak lagi utk spm.. ade tak bantuan lain?? yayasan ni mcm mane ek? hah tengah buntu ni.. harap awk boleh tlg sye ...

Unknown said...

hi.. saye nak cari bantuan utk lepasan SPM.. nak masuk Universiti ni.. takut nnti susah takde duit.. tawaran ni bukak bile ye?? ke dah tutup?? ade tak tawaran lain.. ?? tgh buntu ni.. harap awk boleh tlg saye.. tgh buntu sangat2... mane nak dpt bantuan...

Anonymous said...

salam . sya nak tnye bilakah wang Rm1000 untuk kelayakan ke IPTA yang sya mohon akan dimasukan ? saya sekarang sudah habis 1 sem dn akan masuk ke sem 2 xlama lagi . tapi duit bantuan tak dapat lagi . adakah prosesnya lama dan memakan masa ? maaf jika bertanya .

Puan Ummi said...

Maaf saya tak tahu.Sila rujuk bendahari IPTA anda


Anonymous said...

salam . sya nak tnye bilakah wang Rm1000 untuk kelayakan ke IPTA yang sya mohon akan dimasukan ? saya sekarang sudah habis 1 sem dn akan masuk ke sem 2 xlama lagi . tapi duit bantuan tak dapat lagi . adakah prosesnya lama dan memakan masa ? maaf jika bertanya .

May 1, 2013 at 1:40 PM
Delete

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .