Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )

Definisi Paras Garis Kemiskinan 
( Kumpulan Miskin Tegar )


Sesebuah isi rumah adalah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat.






PLI miskin tegar adalah diukur berdasarkan kepada komposisi demografi ahli isi rumah iaitu bilangan isi rumah, umur dan jantina bagi menentukan keperluan diet atau kalori (Keperluan Harian Diperlukan atau Recommended Daily Allowance (RDA) 2004, Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia). 

PLI juga mengambil kira harga jualan semasa bagi membeli keperluan harian tersebut berdasarkan lokasi mengikut Negeri dan Strata (Bandar atau Luar Bandar). PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan.


Keperluan Kalori bagi setiap isi rumah dikira berdasarkan kepada struktur demografi setiap isi rumah seperti umur, berat, jantina dan kadar metabolasi badan atau basal metabolic rate (BMR) mengikut paras aktiviti fizikal atau physical activity level (PAL) setiap isi rumah.

Sejumlah 8,725 kalori setiap hari adalah diperlukan (untuk 5 Orang setiap isi rumah) berdasarkan kepada 7 kategori makanan yang meliputi 13 jenis makanan iaitu :
  • nasi;
  • tepung gandum;
  • biskut;
  • ayam;
  • telur;
  • ikan;
  • susu;
  • minyak masak;
  • majerin;
  • gula;
  • buah-buahan;
  • sayur-sayuran; dan
  • kacang.
(Berdasarkan kepada Komposisi Nutrisi Makanan Malaysia, IMR 1997)


Sehubungan itu, merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi, Paras Garis Kemiskinan Tahun 2009 selaras dengan Rancangan Ekonomi Kesepuluh (RMK-10), Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin tegar berdasarkan kepada kiraan di atas adalah RM460.00 seisi rumah.

Definisi Miskin

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.


PLI bukan makanan adalah manggunakan kiraan Bank Dunia di dalam menentukan keperluan minima perkhidmatan dan bukan makanan. Keperluan ini dikira berdasarkan kepada perbelanjaan keseluruhan isi rumah dengan mengambil kira PLI makanan (isi rumah yang berada pada jurang 10% di atas dan 10% di bawah PLI makanan). Ini akan menunjukkan jumlah perbelanjaan sebenar termasuk komponen bukan makanan untuk membolehkan sesebuah isi rumah tersbut berfungsi di dalam masyarakat.  


PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan dan bukan makanan mengikut Negeri dan Strata (Bandar dan LuarBandar).

PLI bukan makanan akan mengambil kira keperluan asas seperti berikut:
  • Pakaian;
  • Sewa, Minyak dan Elektrik;
  • Perkhidmatan asas;
  • Pengangkutan dan komunikasi; dan
  • Lain-Lain
Sehubungan itu, merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi, Paras Garis Kemiskinan Tahun 2009 selaras dengan Rancangan Ekonomi Kesepuluh (RMK-10), Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan bukan m
SUMBER; Website KPWKM



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .