Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Norlina Pengasas Keluarga Norlina Alawi Berhad (KNAB) Syukur


Norlina Pengasas Keluarga Norlina 
Alawi Berhad (KNAB) Syukur

 KNAB Pertubuhan sukarela yang memelihara
 dan menguruskan kanak-kanak penghidap HIV


Petikan artikel Norlina Syukur di akhbar Harian Metro



Norlina syukur

  KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur apabila berjaya meraih diploma meskipun berdepan dugaan hebat apabila kehilangan dua orang tersayang iaitu anak anugerah, Muhammad Amir Hamzah, 11, dan bapa, Alawi Tahar, 68, ketika dalam tempoh pengajian.”

Demikian kata Pengasas Keluarga Norlina Alawi Berhad (KNAB), Norlina Alawi, 40, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ke-26 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).
KNAB adalah pertubuhan sukarela yang memelihara dan menguruskan kanak-kanak penghidap HIV berpusat di Cheras.





Norlina yang menerima Diploma Eksekutif Kaunseling antara 892 penerima sijil dan diploma eksekutif yang menamatkan pengajian daripada keseluruhan 17 program UMCCed disampaikan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof Dr Kurunathan Ratnavelu.

Beliau yang ditemani 20 anak anugerahnya pada majlis itu berkata, dorongan suami, Lt Kol Roslan Zakaria, yang pernah mengikuti Sarjana Pengurusan dalam program sama tahun lalu, menguatkan semangatnya untuk terus mengikuti pengajian biarpun sibuk dengan tugas kemanusiaan.

“Suami penyokong utama apabila bersedia memberi perangsang dan membantu menguruskan keluarga besar kami. Apabila saya sibuk dengan kuliah, dia yang menguruskan keluarga besar kami,” katanya.

“Selain itu, dua anak kandung, Nur Emilia Erna, 21, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Nuraini, 19, di UiTM Shah Alam menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus mengikuti pengajian,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Naib Kaunselor, Leelawathy Sivayam, 30, berkata, pengorbanan sepanjang mengikuti pengajian, termasuk membiayai sendiri pengajian, berbaloi apabila menggondol anugerah itu.

“Dulu saya tak berpeluang, maklumlah berasal dari kampung dan pemikiran ibu bapa ketika itu sukar melepaskan anak gadis keluar menyebabkan hasrat untuk capai kelulusan tinggi tersekat.

“Apabila bekerja dan mempunyai sedikit simpanan, saya sambung belajar. Biarpun biaya pengajian besar, saya sanggup dan menganggap ia pelaburan untuk masa depan,” katanya yang memperoleh baucar buku bernilai RM200 dan baucar pendidikan RM5,000 serta plak penghargaan.

Sementara itu, Prof Dr Kurunathan berkata, selepas 14 tahun penubuhan UMCCed, pusat pendidikan berterusan itu memberi manfaat kepada majikan mahupun graduan.

“Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011/2012 lalu, 12 peratus mendapat kenaikan gaji, 11 peratus kenaikan gaji dan empat peratus kenaikan pangkat manfaat daripada menamatkan pengajian di UMCCed. 

Sumber: Harian Metro



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .