Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/06/22

Bencana Jerebu Jun 2013

Bencana Jerebu Jun 2013




Pekerja-pekerja binaan melakukan kerja seperti biasa berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas yang di selaputi jerebu ketika tinjauan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA




KEADAAN jerebu yang teruk melanda bandar Muar sejak awal pagi sehingga menjejaskan penglihatan pemandu kenderaan. Beberapa kenderaan memasang lampu berikutan jarak penglihatan yang terhad. - Foto Shahrul M Zain






 RUANG udara Pasir Gudang yang diselubungi jerebu teruk sepertimana yang dirakam jurugambar dari tingkat 20 Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor pagi semalam.

Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
 

Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373 

ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu

PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara

Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.




Noelen Heyzer, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Rantau Asia dan Pasifik (ESCAP) yang berpejabat di Bangkok, berkata masalah berkaitan pencemaran udara antara Indonesia dan Singapura ketika ini "memberi petanda bahawa cabaran lebih meluas yang akan muncul di negara terbabit (di rantau itu)."


Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.

“Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.

Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.

Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun.


Memandangkan lebih 1.7 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik bergantung pada najis haiwan, kayu, sisa pertanian dan arang batu untuk memenuhi keperluan asas mereka terhadap tenaga, maka pencemaran udara dari dalam rumah yang berpunca daripada penggunaan bahan bakar berbentuk pepejal dianggap menjadi punca bagi lebih 1.6 juta kematian, dengan jumlah korban paling tinggi membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan "pendaya paling penting bagi pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan kita serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".

Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.

Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara, terutama di rantau yang mengalami proses pesat perbandaran, ialah kepekatan zarahan, yang meningkatkan dengan banyaknya risiko penyakit jantung, paru-paru dan kanser.

“Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya sambil menambah bahawa dengan memperkemaskan mekanisme sedia ada dan melalui platform antara kerajaan yang bersifat inklusif, seperti ESCAP, maka cabaran itu akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya demi manfaat seluruh penduduk di rantau itu. - BERNAMA

Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373




Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373  
 KEADAAN jerebu yang teruk melanda bandar Muar sejak awal pagi sehingga menjejaskan penglihatan pemandu kenderaan. Beberapa kenderaan memasang lampu berikutan jarak penglihatan yang terhad. - Foto Shahrul M Zain
 
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Muar, Johor kembali ke tahap status berbahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 373 sehingga 11 pagi tadi.
Pada IPU 7 pagi tadi, bacaan di Muar adalah 276 iaitu di paras 'sangat tidak sihat' namun melonjak jam 11 pagi tadi ke paras 'berbahaya'.
Sementara itu 10 lagi kawasan kekal sebagai status 'tidak sihat' iaitu Pasir Gudang (190), Kota Tinggi (187), Sungai Rambai (182), Bandaraya Melaka (178), Larkin Lama (170), Port Dickson (141), Pelabuhan Klang (139), Banting (113), Nilai (113) Seremban (109)

 Sumber; Berita Harian, Sabtu, 22/6/2013

Jerebu: 211 sekolah di Muar, Ledang ditutup

MUAR 20 Jun - Sebanyak 211 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dan Ledang ditutup mulai tengah hari ini berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencatat bacaan 350, melebihi paras bahaya.
Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, surat pekeliling mengenai penutupan itu telah dikeluarkan kepada semua sekolah kedua-dua daerah berkenaan.
Menurutnya, sekolah berkenaan akan ditutup beberapa hari bergantung kepada perkembangan IPU semasa. - UTUSAN ONLINE

 

ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu

 

 Malaysia adakan perjumpaan dengan menteri Indonesia

Kuala Lumpur: Negara anggota ASEAN perlu saling membantu dalam semangat kerjasama untuk menangani masalah jerebu dan isu kualiti udara ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, menyatakan adalah penting bagi perkumpulan serantau itu untuk saling bekerjasama dalam menangani isu berkenaan.

Menurut kenyataan itu juga, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel akan ke Indonesia, Rabu ini untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai kerajaan republik berkenaan serta membincangkan cara menyelesaikan masalah jerebu.


Syarikat kena patuh

“Syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia juga perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar,” katanya.

Kenyataan itu juga menggesa orang ramai mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa berikutan keadaan berjerebu di negara.

Jerebu yang menyelubungi selatan Semenanjung Malaysia semakin teruk semalam apabila sekolah di tiga lagi daerah di Johor diarah ditutup.
Ini menjadikan semuanya 610 sekolah di enam daerah di Johor ditutup sehingga semalam.

Sekolah diminta prihatin

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta pentadbiran sekolah prihatin dalam menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar ketika musim jerebu ini.

Perdana Menteri menerusi twitternya semalam berkata, sekolah perlu bertindak sewajarnya mengikut situasi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar sentiasa terjaga.

“Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar pada musim jerebu. Bertindak sewajarnya mengikut situasi,” katanya.

IPU Pasir Gudang tertinggi

Sehingga tengah hari semalam, kawasan terbabit jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi pada 323, iaitu berbahaya.

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan lebih 301, berbahaya.

BERNAMA

 

 

Malaysia

Haze order: Schools must close if API hits 301

June 20, 2013
The Education Ministry today directed schools to close if the Air Pollution Index (API) hits the hazardous level of 301. This is to ensure the health and safety of students.

Director-General of Education Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud said school administrators need to take the action under the National Haze Action Plan.

Schools should also stop all co-curriculum and outdoor activities if the API is higher than 250 and stop all outdoor activities for high-risk students if the API exceeds 150, he said in a statement in Kuala Lumpur today.

"The Education Ministry takes a serious view of the haze phenomenon currently affecting the country. Following the decision of the Cabinet meeting on Aug 15, 2012, on the amendment to the National Haze Action Plan, the ministry issued a circular on the measures to ensure the safety of students in areas affected by critical levels of haze," he said.

Abdul Ghafar said state education departments, district education offices and schools had been directed to monitor developments through the mass media and the Department of Environment (DoE) website.

He said the ministry had also opened an operations room to monitor the situation.

"Pupils have been advised to wear masks and schools should take unwell students to the nearest clinic or hospital to ensure their safety," he said. 

More than 200 schools in Muar, Johor, were ordered to be closed today when the API there hit 383
. - Bernama, June 20, 2013.

 

Shipping firms warn of haze danger in Malacca Strait

SINGAPORE: Shipping companies warned Friday that the haze emanating from forest fires in Indonesia could lead to accidents in the busy Malacca and Singapore straits, risking a potentially devastating oil spill.

The Singapore Shipping Association (SSA) said more than 140 ships,  including oil tankers and passenger ferries, navigate the narrow waterways on  any given day and reduced visibility due to the smog has made conditions  dangerous.
 
“The SSA is gravely concerned with the effects of the worsening hazy  conditions on the safe navigation of ships through the Straits of Malacca and  Singapore,” it said.
 
Daniel Tan, the trade body’s executive director, said the Malacca and  Singapore straits are among the busiest and narrowest shipping lanes in the  world.
 
“Reduced visibility in such heavy shipping traffic will definitely affect  the safe navigation of ships in the straits,” Tan said in a statement.
 
“In the event of any unfortunate accident, human lives and the marine  environment will be at risk, especially if it involves a fully laden VLCC (very  large crude carriers),” he warned.
 
“The oil spillage from the tanker can have serious consequences not only on  the marine life in the straits but also affect the livelihood of fishermen and  those who depend on the tourist industry.”    
 
Smog from the forest fires in Indonesia’s Sumatra island caused by  slash-and-burn land-clearing activities has blanketed Singapore, parts of  Malaysia and the straits this week.
 
In Singapore, the pollution index reached a historic high of 401 at midday  Friday as thick grey smog surrounded skyscrapers, crept through homes and  shrouded streets for a fifth day running.
 
Massive oil tankers, container ships, cruise liners as well as smaller  crafts like passenger ferries, tugs and barges ply the straits daily. Many of  the ships pass through Singapore, a global bunkering centre and one of the  world’s busiest ports.
 
While ship captains are trained to navigate through foggy and stormy  weather, transiting through the waterways “can be very challenging and  dangerous especially under extreme smoky conditions,” the SSA said. - AFP






Share:

4 comments:

Lynn Munir said...

Memang bahaya, elakkan aktiviti luar yang tidak penting.

Nazrin said...

Assalamualaikum. Esok pagi, pada 24 Jun 2013, ada pendaftaran di Kolej Kemahiran Tinggi, Ledang. Saya mahu tanya, adakah pendaftaran akan berjalan seperti biasa, ataupun ditangguhkan ke hari lain?

Terima kasih.

Cikgu Kaunseling Ma said...

Lynn Munir
betul tu, macam skrg saya dah mula batuk2..
tq Lynn sudi ke blog saya

Cikgu Kaunseling Ma said...

Waalaikumussalam Nazrin.
cuba saudara hubungi terus KKTM Ledang ya.

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL