Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Review Buku Haluan Kerja Pendidikan

Review Buku Haluan Kerja Pendidikan 
- Merealisasikan Agenda Transformasi Negara

BukHaluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.


Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Buku Haluan Kerja Pendidikan secara keseluruhannya bukanlah catatan impian atau sekadar tulisan retorik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebaliknya Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.

Kali ini saya cuma ingin berkongsi link buku Haluan Kerja Pendidikan yang boleh download secara percuma untuk bacaan guru seluruh Malaysia.


 Judul: Haluan Kerja Pendidikan–Merealisasikan Agenda Transformasi Negara
Penulis: Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Jumlah halaman: 124
Tahun terbitan: 2011
ISBN: 978-983-43018-3-5
Penerbit: Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengurus penerbitan dan pengedaran: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (Telefon: 03-83217010)



Buku haluan kerja pendidikan untuk di download ada letakkan di bahagian bawah. Sebelum itu, boleh lihat terlebih dahulu apa isi kandungan buku tersebut di bawah ini. Antara isi kandungan ialah seperti MBMMBI, Program Transformasi pendidikan, 1 Malaysia dan lain lain lagi. Sesuai untuk jadi bahan rujukan dan simpanan guru samada untuk bacaan atau juga sebagai bahan untuk membuat tugasan.


2 dekad yang lalu,  Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin menyahut seruan Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan membentangkan kerangka tindakan beliau sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menerusi buku Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian.

Semenjak itu Wawasan Pendidikan menjadi satu-satunya buku yang membekalkan idea rujukan kepada kaum guru dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik modal insan untuk menggerakkan Malaysia ke arah wawasan negara maju menjelang tahun 2020.

Tiada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia selepas Dr. Wan Mohd Zahid yang menggarap agenda baharu pengisian wawasan sehinggalah Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menganjurkan falsafah 1Malaysia pada 3 April 2009 dan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, dilantik menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 8 November 2010.


Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; mengambil inisiatif menyambung agenda pengisian wawasan Dr. Wan Mohd Zahid dengan menggarap prinsip kerja dan tekad menyampaikan pendidikan cemerlang menerusi bukunya Haluan Kerja Pendidikan - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.

Haluan Kerja Pendidikan mengandungi idea inovatif Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, sebagai ketua operasi jentera pendidikan kebangsaan untuk menggembleng tenaga profesional pimpinannya, khususnya kaum guru, bagi menjulang falsafah 1Malaysia dan mempamerkan kepada masyarakat bahawa penyumbang terbesar dan terbaik kepada agenda transformasi negara ialah kaum pendidik dan jentera pendidikan kebangsaan.

Sebagaimana Wawasan Pendidikan, buku Haluan Kerja Pendidikan bukan catatan impian atau bicara retorik Ketua Perkhidmatan Pendidikan.

Haluan Kerja Pendidikan mengemukakan kerangka tindakan responsif terhadap fenomena baharu sejagat, acuan untuk menempa juara perubahan, resepi bekerja aras cemerlang, program untuk menterjemah agenda ‘rakyat didahulukan’, dan inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan agenda ‘pencapaian diutamakan’.

Dalam bab 3 misalnya, menerusi tema Tuntutan terhadap jentera pendidikan, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud membentangkan Prinsip Kerja X-PLUS:

“Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP dan ETP: memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence), berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip kerja X-PLUS.” (Muka surat 43.)

Jelas kelihatan dalam buku ini Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud mengerah pengalaman profesional beliau sebagai guru, pengetua dan pengurus pendidikan selama 33 tahun serta latihan intensif kepimpinan yang beliau terima menerusi The Oxford Strategic Leadership Programme di Universiti Oxford, United Kingdom untuk mengajak dan merangsang daya juang kaum guru menggalas agenda transformasi negara, menempa modal insan berdaya saing, berikhtiar membantu kerajaan menjadikan Malaysia negara berekonomi pendapatan tinggi, dan menjamin kelestarian jati diri bangsa Malaysia.

Beliau seterusnya mengajak kaum guru mempamerkan watak profesional dan mengingatkan mereka berkenaan ungkapan guru ulung dan pemikir besar Imam Al-Ghazali:

“Maka benarlah ungkapan Al-Ghazali lebih 900 tahun yang lalu, kira-kira maksudnya: Bagi ilmu pengetahuan ada lima keadaan. Mencari, berusaha dan menghasilkan, yang tidak memerlukan lagi kepada bertanya. Meneliti, iaitu berfikir mencari yang baharu dan mengambil faedah daripadanya. Dan keadaan memberi sinar cemerlang kepada orang lain. Dan inilah keadaan yang semulia-mulianya. Maka barangsiapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.” (Muka surat 25).




Isi Kandungan
Hala Tuju 2010—2012
Retrospeksi
Daya Saing
Ekonomi Pendapatan Tinggi
Kelestarian Jati Diri
Agenda Transformasi Negara
1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Program Tranformasi Kerajaan


Program Transformasi Ekonomi
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Tuntutan Terhadap Jentera Pendidikan
Responsif Terhadap Fenomena Baharu
Menempa Juara Perubahan
Prinsip Kerja X-PLUS
Merealisasikan Gagasan1Malaysia: Rakyat Didahulukan
Merealisasikan Gagasan 1Malaysia: Pencapaian Diutamakan


Mengangkat Profesionalisme Kaum Guru
Watak Profesional Guru
Profesional Guru Mengajar Murid Berfikir
Profesional Guru Belajar Sepanjang Hayat
Ketua Guru Berkelayakan dan Terlatih

Penutup: Daripada Agenda Kepada Inisiatif


http://www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .