Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM

SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM



bal-exercise.blogspot.com



Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah dunia dalam kaedah rawatan gigi apabila berjaya mencipta bahan tampalan gigi yang dihasilkan daripada sekam padi.

 Ciptaan yang dikenali Namokomposit Pergigian itu, adalah antara dua inovasi universiti berkenaan yang berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013), baru-baru ini.

 
Selain bahan tampalan gigi, pensyarah USM juga berjaya menghasilkan kerusi terapi bagi pesakit yang mengalami maslah pening kepala. Penemuan tampalan gigi dari sekam padi dihasilkan sepasukan pensyarah dari Unit Bio Bahan dan Audiologi USM sekali gus menjadikan ciptaan berkenaan yang pertama di Malaysia dan dunia.
  


Ketua Penyelidikan ( Nano-komposit  Pergigian ), Prof Ismail Ab Rahman, berkata inovasi tampalan gigi mendapati bahan tampalan gigi yang digunakan sekarang iaitu Amalgam, mengandungi toksik jika tidak digunakan dengan betul, sekali gus memberi kesan sampingan kepada pengguna. " Penyelidikan memilih sekam padi kerana ia mengandungi kira-kira 10 peratus silika sebagaimana yang dihasilkan daripada tampalan gigi menggunakan bahan tampalan simen biasa.


" Penggunaan simen yang digunakan dalam rawatan tampalan gigi sekarang didapati mudah pecah berbanding ekstrak yang dihasilkan selepas kira-kira tiga tahun penyelidikan," katanya di sini, semalam. Beliau memberitahu pemberita pada majlis pengumuman hasil kerjayaan USM di ITEX 2013, yang diadakan di Kuala Lumpur, Mei lalu. Turut hadir Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Omar Osman dan Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari.


Sementara itu, penyelidikan kerusi terapi, Dr Zuraida Zainun, berkata inovasi yang dikenali dengan 'Bal Ex' itu amat sesuai digunakan bagi menguji pesakit yang mengalami maslah ketidakseimbangan badan. " Kerusi terapi berfungsi menggunakan alat kawalan yang dihubungan ke komputer dan prosuk ini amat sesuai dalam usaha mengurangkan masalah pening kepala, yang dihadapi lebih 20 peratus penduduk di negara ini.
' Walaupun kerusi jenis ini sudah ada di pasaran luar negara, namun harganya terlalu mahal dan melalui kejayaan kerusi terapi ini, USM merancang mewujudkan pusat pemulihan bagi merawat pesakit yang menghadapi masalah pening,"katanya.

USM researchers produce world's first organic composite dental filling

KOTA BARU: A team of researchers from the School of Dental Science at Universiti Sains Malaysia (USM) in Kubang Kerian here has produced the world's first organic composite dental filling, made from rice husk.
Team leader Prof Dr Ismail Ab Rahman said the innovation, which would potentially replace the conventional amalgam dental filling, was the culmination of a research which began in 2011 under a USM three-year research grant of RM242,500.  
 
"It complies with dental international standards, can be produced at a lower cost, has a longer shelf life and a conceivably wide market," he told a press conference here today. 
 
Dr Ismail said they chose rice husk because it had a comparably high silica content of 10 per cent, and the estimated cost of producing 4gms of Composite Rice Husk (CRH) was only RM44 compared to the amalgam market price of between RM130 and RM200, depending on grade.
 
"Amalgam has been used as dental fillings for a long time but they can be toxic if used incorrectly, corrosive and unaesthetic. The colour of nanocomposite resin is similar to teeth, hence the choice," he said of the innovation which bagged a gold medal at the 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2013 last month.
 
Meanwhile, another USM researcher, Dr Zuraida Zainun also won a gold medal at the exhibition for her Bal ex Zuraida-Shah Rotatory Chair which can be used for  body imbalance therapy and rehabilitation.
 
"The U.S. first invented the chair which costs RM275,000 each; there are only two in Malaysia, at Hospital Prince Court and Pantai Medical Centre in Kuala Lumpur.
 
"I took the initiative to produce it, with the cooperation of researchers from Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), at a cost of only about RM11,000," she said. -- BERNAMA

NEWS STRAITS TIMES : USM researchers produce world's first organic composite dental filling




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .