Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KIT BIASISWA

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

2013/06/29

WAHAI AYAH DAN IBU DENGARLAH RINTIHAN ANAKMU

WAHAI AYAH DAN IBU DENGARLAH RINTIHAN ANAKMU




Keluarga Bahagia Impian Semua


Guru ibarat ibu bapa kedua anak-anak  di sekolah.


PUISI BUAT AYAH DAN IBU 
YANG MEMPUNYAI ANAK REMAJA

Alhamdulillah pagi Sabtu 20 Syakban 1434 Hijri
yang cerah lagi ceria.
  Unggas dan kicau beburung memecah hening pagi.
Sore semalam hujan turun membasahi bumi. 
Syukur ku pada Ilahi.
 Doa hamba-hamba Allah yang dikasihi, 
telah perkenankanNya.
 Jerebu pun beransur pergi.

 Kasih sayang fitrah insan. Fitrah itu anugerah Ilahi.
 Keluarga entiti pertama masyarakat penyayang dan harmoni.
 Indahnya keluarga bahagia Nabi Muhammad SAW, menjadi impian kita semua.

 Wahai ibu wahai bapa.
 Anak itu adalah amanah Allah SWT kepada ibu bapa,
. Kita perlu ingat bahawa Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak. Baginda sering dilihat bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien. 

Dalam satu hadis disebutkan Nabi SAW sujud lama ketika sedang solat kerana
 cucu Baginda sedang duduk di atas tengkok Baginda SAW. 
Baginda Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda
 kepada seorang sahabat,
" “Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak, tidak akan disayangi."

Wahai ayah. Wahai Ibu.
 Anak itu adalah titipan Sang Pencipta.
 Anak itu bukan hakmilik kita. 
Sampai masanya,
 kita atau mereka,
 pergi menemui Sang Pencipta.
 
 Wahai ayah. Wahai Ibu.
 Dengarlah rintihan anak-anak remajamu.
 Wahai ayah wahai Ibu
Tolonglah beri kasih sayang, perhatian dan didikan sempurna
 meskipun sibuk dengan pelbagai masalah rumahtangga berlaku,
 wahai ibu wahai bapa
janganlah dikau abaikan anak-anakmu.
 Andai dikau mahu anak-anak mengasihimu waktu tuamu, 
tolonglah hormati anak-anakmu 
sebagai insan sewaktu kecil dan remaja mereka.
 Agar anak-anakmu nanti akan penuh kasih sayang 
pada  ibubapa dan insan sejagat.

Wahai ayah wahai ibu
SALAH satu hak anak ialah hak mereka
Untuk dibesarkan dengan penuh kasih sayang. 
Ini bermakna ibu bapa yang membesarkan anak-anak
 dengan kebencian dan pergaduhan,
membesarkan anak dalam keadaan mereka merasa tertekan
 dan takut  penuh kebimbangan
 akan mengakibatkan anak-anak mengalami gangguan emosi

Wahai ayah wahai ibu 
percayakah kalian emosi yang terganggu ini beri kesan sangat besar?

Gangguan emosi seperti ini mengambil masa
 untuk menunjukkan kesan wahai ayah wahai ibu.
 Kesan yang paling biasa dialami 
oleh anak-anak yang dibesarkan dengan suasana sebegini
 Anak-anak mengalami kemurungan,  ponteng sekolah, ponteng kelas, 
 'blur' dalam pelajaran, vandalisme dan sakit. 
Sakit yang paling biasa dialami ialah muntah-muntah, sakit kepala dan demam. 
Fizikal melahirkan apa yang sudah tidak tertanggung oleh emosi....
 akan terganggu, 
Tumpuan belajar akan berkurangan bahkan kadang kala
 di tahap kronik anak ini bagai hilang ingatan seketika...

Wahai ayah. Wahai Ibu.
Kasihanilah anak-anakmu. Kasihilah anak-anakmu.
Titipkanlah rasa sayangmu pada anak yang kau benci itu.
Tegakah kau membiarkan anak-anakmu di injak-injak, 
dipukul di tulang belakangnya, dibaling pinggan kaca, 
belum lagi kata nista dan hina,
Siapapun anak di bawah jagaanmu
Tolonglah tolonglah pelihara amanah Sang Pencipta
Anak itu amanah, yang akan ditanya
oleh Allah SWT apabila kita mati.

 PUISI GURINDAM JIWA CIKGUKAUNSLEING.COM

Lepas tekanan di sekolah

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, isu disiplin pelajar sekolah kembali mencengkam institusi persekolahan negara .Masalah itu bukan sekadar mengundang kerisauan malah menimbulkan persoalan apakah tindak tanduk berkenaan ibarat bom jangka.


Usaha proaktif sudah dilakukan termasuk merombak pelaksanaan sistem dan modul namun isu disiplin pelajar masih belum menampakkan penurunan. Biarpun belum mencapai tahap paling kritikal dan dianggap kes terpencil, pelaksanaan tindakan perlu dibuat segera bagi menjamin masalah berkenaan tidak berpanjangan.





Persoalan paling nyata, mengapa pelajar ini bermasalah? Adakah kerana longgarnya peraturan atau faktor persekitaran ibu bapa, guru dan masyarakat menjadi penyumbang.

Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip berpendapat masalah disiplin yang melanda pelajar disebabkan isu kekeluargaan dan masyarakat yang semakin renggang.

Ditambah pula dedahan media massa, menjadikan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak pelajar terus bertindak sesuka hati.

“Umum mengetahui, pelajar sekolah khususnya mereka di peringkat menengah adalah golongan yang mempunyai sikap berani tanpa batas.

“Disebabkan gelora perasaan dan keinginan yang meluap-luap untuk menzahirkan kelakuan, menyebabkan masalah disiplin boleh berlaku.

“Apatah lagi pemantauan daripada guru, sekolah, ibu bapa dan masyarakat agak longgar menjadikan golo–ngan ini semakin besar kepala serta mahu menunjukkan ‘kebolehan’ mereka,” katanya.

Menerusi beberapa kajian pernah dilakukan, beliau tidak menolak antara punca disiplin pelajar kerana longgarnya institusi kekeluargaan.

“Keadaan semasa terutama faktor ekonomi menyebabkan ada ibu bapa tidak dapat memantau pergerakan fizikal serta kehendak emosi anak. Kekurangan sokongan itu menyebabkan anak rasa terpinggir.

“Pelajar yang mempunyai kekurangan di rumah, selalunya akan menzahirkan gelodak emosi mereka di sekolah hingga menimbulkan masalah disiplin,” katanya mengakui kebanyakan pelajar ini terasa terkongkong di rumah tapi menjadikan sekolah, guru dan rakan sebagai tempat melepaskan tekanan.

“Sekolah antara lokasi paling menarik perhatian pelajar bagi melepaskan kemarahan disebabkan faktor tarikan seperti rakan sebaya, kurangnya pemantauan pihak sekolah kerana jumlah pelajar ramai serta terhadnya kuasa guru.

“Masalah disiplin ditimbulkan sebagai ‘pemberontakan’. Sebab itu, isu ini tidak akan selesai selagi longgarnya institusi keluarga di rumah.

“Didorong faktor persekitaran seperti media massa, Internet dan rakan sebaya, ia menjadi rumit jika tiada tindakan segera dilakukan,” katanya.

Malah, terjebak dalam isu disiplin ini juga menyebabkan pelajar menjadi semakin lemah dalam aspek pembangunan jati diri serta pencapaian akademik.

Menurutnya, pelajar yang mempunyai jati diri kuat mampu menangani segala godaan daripada melakukan kesalahan.

“Tapi, pelajar yang mempunyai jati diri rendah atau langsung tiada jati diri de–ngan mudah akan terjebak. Malah pencapaian akademik juga tidak cemerlang.

“Sebab itu, mereka kalah godaan dan mudah pula dieksploitasi serta menjadi mangsa keadaan.

“Keadaan itu seterusnya akan menyebabkan kelangsungan hidup mereka bertambah bermasalah andai kata tidak mendapat pertolongan sewajarnya,” katanya.

Sikap segelintir guru yang menjengkelkan juga boleh menjadi penyebab masalah disiplin di kala–ngan pelajar sukar dirawat.

Menurutnya sebagai guru, mereka seharusnya prihatin mengenai masalah pelajar dan segera mengambil tindakan supaya masalah boleh ditangani di peringkat awal.

“Selalunya pelajar yang bermasalah ini adalah golongan terpencil tapi menonjol di sekolah disebabkan pelanggaran peraturan yang dilakukan.

“Jika sudah jelas gerak geri pelajar berkenaan, guru perlu segera mengambil tindakan dan tidak boleh bersikap lepas tangan.

“Sudahlah pelajar ini bermasalah, guru juga terus menambah masalah dengan menganggap pelajar ini tidak boleh ‘dipulih–kan’. Ini memburukkan keadaan,” katanya yang mengakui kaunseling antara mekanisme terbaik boleh digunakan.

“Pelajar bermasalah selalunya membabitkan emosi. Mungkin mereka tiada tempat untuk mengadu.

“Kaunseling boleh digunakan biarpun mungkin pada peringkat awal, pelajar tidak mahu memberikan kerjasama disebab–kan ego.

“Tapi percayalah, lama-kelamaan hati mereka akan tersentuh. Selepas itu mereka akan meluahkan segala-galanya dan jika guru bijak menggunakan peluang itu, pelajar boleh berubah,” katanya.

Beliau berpendapat, pernyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 18,550 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara terbabit de–ngan salah laku disiplin pada 2012 perlu diberi perhatian.

“Walaupun jumlah ini mewakili peratusan kecil, ia boleh menjadi virus yang merebak dan mungkin sukar dikawal suatu hari nanti.

“Sebab itu pentingnya semua pihak membantu pelajar bermasalah ini untuk keluar dari kepompong masalah mereka,” katanya.

Beliau tidak menafikan kudrat guru sangat terbatas untuk membantu ‘memulihkan’ golongan ini.

“Saya faham, guru sekarang memang terbeban dengan segala tugasan namun anggaplah tanggung–jawab membantu pelajar ini juga satu pertolongan murni.

“Pada masa sama, ibu bapa juga jangan bersikap lepas tangan kerana itu adalah anak anda.

“Jika semua pihak sanggup memainkan peranannya, saya percaya pelajar ini boleh dibantu kerana mereka juga adalah manusia yang boleh diubah,” katanya.

Sumber; Harian Metro Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (453) Halatuju (327) selepas SPM (325) kerjaya (269) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (124) IPT (112) selepas STPM (79) IPTA (67) dunia ICT (62) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Aliran Sains (56) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (50) kerjaya perguruan (45) Matrikulasi (44) STPM (44) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas STPM (37) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (36) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (32) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (26) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) MARA (21) Panduan Temuduga (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Kolej Vokasional (18) Jom Masuk U (17) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) ADTEC (12) Institusi Kemahiran MARA (12) Kerjaya OKU (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) kerjaya separa perubatan (11) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Perajurit (9) Kerjaya Pertanian (9) Politeknik Premier (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Kerjaya Automatif (8) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (8) Pameran Pendidikan (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) kerjaya paramedik (8) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (7) Jururawat (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) Universiti (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Jururawat (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) Haluan Kerja Pendidikan (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) KKTM (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Pentadbiran (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL