Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/06/15

Jejak Warisan Lenggong Oleh USM

Jejak Warisan Lenggong Oleh USM

JEJAK WARISAN LENGGONG: USAHA BERTERUSAN USM PROMOSI TAPAK WARISAN DUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai bekas mahasiswa Minor Sejarah, antara kursus yang perlu  saya ambil ialah berkaitan Arkeologi. Bahkan dalam silibus Sejarah di Sekolah Menengah Rendah, di Tingkatan 1, ada diterangkan tentang kepentingan Sejarah Arkeologi.

Antara pengalaman menarik sebagai Pelajar Arkeologi ialah melakukan kajian di Tapak Lembah Lenggong yang kini telah diktiraf oleh UNESCO sebagai Lembah Lenggong Warisan Dunia. Saya, kawan-kawan dan pensyarah bermalam dan berkampung di sana. Termasuklah di Kota Tampan, dan Bukit Bunuh.

Dikelilingi oleh hutan yang segar, flora dan fauna yang ada tidak pernah saya temui sebelum ini, air kali yang jernih hingga ke dasar, tasik-tasik kuno yang masih terpelihara kebersihan alam sekitarnya, perkampungan yang tenang bagai lukisan alam yang hidup....

Dalam entry ini saya muatnaik beberapa artikel berkaitan Lembah Lenggong. Termasuk catatan dari USM berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh Pihak USM lebih sedekad lalu di tapak ini.  Projek ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong.

Benarlah kita akan lebih memahami sesuatu perkara bilamana kita pernah melalui sesuatu pengalaman itu. Pengalaman itulah guru kehidupan.


 

Seramai 24 pelajar tahun akhir, Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia USM membantu mempromosi Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Program tiga hari yang disertai 700 pelajar sekolah itu menjadi landasan kedua-dua pihak memperoleh maklumat mengenai arkeologi dan sejarah purba.




Turut diadakan program pengembaraan jejak warisan Lenggong serta tarian kebudayaan pada majlis penutupan.


Artikel ini disiarkan DI HARIAN METRO pada : 2013/06/09


JEJAK WARISAN LENGGONG: USAHA BERTERUSAN USM PROMOSI TAPAK WARISAN DUNIA


Gmbr 3


Gmbr 2


LENGGONG, 15 APRIL 2013 – Usaha Universiti Sains Malaysia (USM) mempromosikan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia diteruskan dengan jayanya setelah mendapat penyertaan lebih daripada 100 orang pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Lenggong menyertai Explorace ‘Jejak Warisan Lenggong’ baru-baru ini. 



Program yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad merupakan hasil inisiatif Pelajar tahun akhir, Bahagian Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia.



Aktiviti ini merupakan kesinambungan dari Siri Penjelajahan High School Attack yang telah diadakan pada 19 dan 20 Mac lalu.



Menurut Lum Wai Quan, Pengarah Projek, Kempen Warisan Lenggong, antara tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran para generasi muda menghargai Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia di negara ini.  



Lum Wai Quan berkata program ini bukan sahaja membantu para pelajar memperoleh pengetahuan dengan cara yang menghiburkan malah dapat memberikan pelbagai maklumat yang berguna berkaitan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.



“Rata-rata golongan muda di sini kurang mengetahui sejarah dan maklumat berkaitan Lenggong. Atas sebab itu, USM mengambil inisiatif ini bagi mendekati mereka supaya mereka dapat mendalami keunikan Lenggong itu sendiri agar menghargai warisan yang mereka miliki,” katanya lagi.



Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz.

Kemuncak kempen ini merupakan Majlis Penghargaan yang bertemakan ‘Sedetik Mengimbau Warisan’ yang  akan berlangsung pada 11 Mei 2013 di Dewan Serbaguna Kota Tampan, Lenggong.


 Maklumat lanjut boleh menghubungi Nurul Syazwannie Mohamad Saad, Ketua Bahagian Media dan Publisiti, Kempen Warisan Lenggong, di talian +6019-4283334



Warisan Dunia Lenggong



SALAH satu tajuk berita yang disiarkan sebuah akhbar tempatan awal Julai lalu menyebabkan Muhammad Solihin Abdul Majid terpaku. Anak muda berusia 21 tahun itu lantas menguntum senyum, melirik penuh teruja menggambarkan isi hati dan perasaannya.



Fikirannya tiba-tiba melayang. Tanpa sedar, dia mengimbau kelibat sekumpulan lelaki dan wanita dewasa yang keluar masuk ke sebuah kawasan berdekatan ladang kelapa sawit. Ladang itu terletak tidak jauh dari rumahnya di Kampung Kota Tampan, Lenggong lebih sedekad lalu.



Kumpulan tersebut ialah orang universiti yang berkampung di kawasan itu semata-mata mencari tinggalan sejarah.



Bagaimanapun dalam meniti usia, Muhammad Solihin mula memahami dan menyedari kehadiran mereka bukan sekadar membuat kajian biasa-biasa, sebaliknya meneroka khazanah sejarah jutaan tahun.



Muhammad Solihin mengakui, dia tidak menyangka penerokaan dan kajian yang dilakukan secara berterusan oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu telah mengangkat Lenggong di persada dunia.



Katanya, kebanggaan terhadap status Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semasa bersidang di Rusia pada 30 Jun lalu dikongsi sama oleh 30,000 penduduk Lenggong. Begitu juga dengan ribuan lain yang berasal atau mempunyai pertalian keluarga mereka dengan daerah kecil ini.



“Sebak rasanya apabila saya membaca tajuk berita yang tersiar itu. Lembah Lenggong diisytihar sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO,” katanya yang menetap dan bekerja di Lenggong.



Sebelum ini Muhammad Solihin hanya menumpang bangga dengan beberapa penemuan-penemuan besar kumpulan penyelidik USM terbabit seperti rangka Perak Man yang berusia 10,000 hingga 11,000 tahun di Gunung Gua Runtuh dan fosil rangka Wanita Perak pada tahun 2004 di Teluk Gua Kelawar.



Perasaan yang sama turut dirasai Norazam Idzha Mohamed Rashidi. Pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad, Lenggong itu tidak dapat menyembunyikan keterujaannya tatkala ditebak rasa hatinya mengenai pengiktirafan badan dunia tersebut.



“Saya masih ingat bagaimana sukarnya untuk menjelaskan kedudukan Lenggong kepada kenalan. Biasanya saya hanya nyatakan ia sebuah pekan kecil di antara Kuala Kangsar dan Gerik.



“Namun, kini ramai yang sudah mengetahui kedudukan Lenggong. Dahulu tidak ramai yang tahu mengenai kawasan ini,” katanya.



Dilahir dan dibesarkan di Lenggong, Norazam Idzha, 19, mengakui dia tidak sabar untuk melihat perubahan yang bakal berlaku di kawasan itu.



Sifat ingin tahu mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia memuncak.

“Baru saya tahu bukan sembarangan tempat boleh diangkat sebagai tapak Warisan Dunia,” katanya bangga.

Apa yang pasti, pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia bertitik tolak daripada penemuan bukti di Bukit Bunuh. Ia merupakan tapak Paleolitik tertua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik.



Migrasi kuno



Ia disahkan sebagai salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.



Biarpun teori Out of Africa mengaitkan setiap manusia mempunyai hubung kait turun-temurun dengan sekumpulan homo sapiens yang merantau keluar dari Afrika, namun migrasi kuno itu mempunyai jejak signifikan di sebuah tempat di negara ini.



Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Dr. Mokhtar Saidin, terdapat bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia prasejarah di Lembah Lenggong telah wujud sejak 1.83 juta tahun lalu.



“Manusia terawal di dunia dibuktikan wujud di Afrika dua juta tahun dahulu, tetapi di Lenggong ia tertua di luar Afrika.



“Penemuan ini menyaingi bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu,” katanya kepada Kosmo!.



Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan tapak ini dihuni secara berterusan.



“Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan penempatan awal kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu.




“Ia menyediakan persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang mereka perlukan,” kata Mokhtar.



Penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan kawasan ini merupakan satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu.



“Penyelidikan di Bukit Bunuh juga menemukan bukti tentang sebab kemusnahan budaya awal Paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan,” katanya.



Tambahnya, ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong juga menemui bukti-bukti kewujudan manusia awal menerusi analisis mitokondrial asid deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito.


Penemuan tersebut menunjukkan kaum berkenaan berasal daripada sekumpulan manusia yang meninggalkan Afrika kira-kira 80,000 tahun dahulu.

Selain itu, penyelidikan yang dijalankan mendapati, penempatan zaman prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam wujud di Lembah Lenggong.

Penemuan di Bukit Jawa misalnya, hasil pemetaaan paleoalam tapak Kota Tampan mendedahkan penempatan masyarakat Paleolitik yang biasanya di gigi tasik, mempunyai enapan kelilir Sungai Perak yang digunakan untuk membuat alas batu, sekitar 100,000 ke 200,000 tahun dahulu.

Di tapak Gua Gunung Runtuh pula telah ditemui rangka lelaki Perak Man yang merupakan satu-satunya rangka manusia terlengkap prasejarah, dilahirkan dengan kecacatan genetik Brachymesophalangia Jenis A2.

Perak Man yang hidup kira-kira 10,000 ke 11,000 tahun dahulu dan dipercayai mati kerana sakit tua pada usia 40 ke 45 tahun. Berdasarkan kehausan gigi gerahamnya, dia dipercayai manusia tertua berikutan jangka hayat individu pada masa itu antara 20 hingga 30 tahun sahaja.

Rangka manusia



Ciri keunikan Zaman Neolitik di Lembah Lenggong pula boleh ditemui di Gua Harimau apabila 11 pengkebumian rangka manusia berusia kira 2,000 ke 4,000 tahun dahulu dijumpai dengan barangan kiriman seperti bekas tembikar, alatan batu, perhiasan badan dan sisa makanan.



Malah, penemuan tunggal penempatan Zaman Logam di Gua Harimau itu juga menunjukkan logam yang digunakan lebih tua usianya berbanding alatan sama yang ditemui di Sarawak (Gua Niah dan Gua Sireh), Selangor (Jenderam Hilir dan Kampung Sungai Lang) dan Sabah (Gua Agop Atas dan Gua Pusu Lumut).



Sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab menulis cadangan untuk dipertimbangkan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia kepada UNESCO, Mokhtar mengakui beliau yakin segala-galanya berjalan lancar.


Jelasnya, pengiktirafan tersebut amat penting bagi memastikan artifak-artifak yang ada termasuk batu-batu suevit perlu dipelihara sebagai warisan negara.

“Kita juga mahu ia terus diselidiki bagi mendapat gambaran sebenar mereka yang menghuni di kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun lalu yang sebenarnya berupaya mengubah beberapa teori tentang masyarakat Paleolitik seperti teori normadik dan pergerakan manusia awal,” jelas Mokhtar.



Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List