Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014

 

Pendaftaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013/2014 pada 8 Mei 2013 yang lalu.  
 
 
 

Maklumat Yang Perlu Di Bawah Adalah : 
  1. Surat Tawaran
  2. Keputusan SPM 2012
  3. Kad Pengenalan
  4. Sijil Kelahiran 
  5. Sijil Tamat Sekolah
  6. Jurusan Dan Pakej Mata Pelajaran yang Diambil
 

Pelajar yang mendapat tawaran UPU @ Sedang menunggu tawaran daripada UPU Perlu Melaporkan diri dulu ke sekolah yang telah ditetapkan.

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan. Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN. Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi secara amnya tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan. Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan 6 masih ada peluang untuk mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA.


Bagi calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke tingkatan 6 sesi 2013/2014 boleh membuat rayuan ke jabatan pelajaran negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU mulai 24 april 2013 dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke jabatan pelajaran negeri selewat-lewatnya pada 14 jun 2013
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370



Tarikh melaporkan diri untuk pelajar Tingkatan Enam Bawah 2013 adalah pada 8 Mei 2013. Mulai 24 April 2013, pelajar boleh melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.emoe.gov.my untuk menyemak dan mencetak sendiri surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2013
Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2013 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:
1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2012.
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN        MATA PELAJARAN
I                              Bahasa Melayu
II                             Bahasa Inggeris
III                            Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV                            Sejarah
V                             Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI                            Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII                           Matematik / Matematik Tambahan
VIII                         Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX                            Salah Satu Mata Pelajaran Teknik/Vokasional/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X                             Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah/Syariah Islamiah
XI                            Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII                           Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi
                                 Rumah Tangga / Pengetahuan Sains   Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

ATAU

2. (B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 14 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN          MATA PELAJARAN
I                                Matematik / Matematik Tambahan
II                               Fizik
III                             Kimia
IV                             Biologi
V                       Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian  Agroteknologi   / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(B), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013


 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .